Pembentangan bajet 2010 – Apa pengharapan Kita?

Sedikit perbualan antara aku dan isteri sewaktu menjamah sate malam tadi..

“Bang, tadi Cuepacs ada mintak kerajaan bagi bonus RM 2000. Kalau Tok Jib luluskan bagus jugak ek”

“Emm, susah juga dia nak bagi. Bukan ke dia dah umum bantuan RM 500 hari tu.. rasanya itu jeelaa kot”

Perbualan itu takde lain adalah berkenaan menjelangnya bajet 2010 yang akan dibentangkan oleh PM 1 Malaysia kita. Sape lagi kalau bukan Tok Jib kan. Kalau orang kerja kerajaan selalunya yang menarik untuk mereka adalah berita pasal bonus dan elaun. Benda ni memang ditunggu-tunggu tapi untuk tahun ni macam samar jee aku tengok sebab kerajaan baru sahaja umumkan duit ehsan RM 500 masa Raya Puasa hari tu.  Lagi satu yang ramai orang kerajaan nak dengar sangat ialah pasal KOLA. Apa elaun KOLA tu..?? heh yang pasti takde kena mengena dengan Coca Cola ye.. bagi yang kerja swasta macam aku ni setakat mampu dengar jelaa.

Bajet 2010 yang akan disiarkan secara langsung petang ini tentunya amat dinantikan oleh semua. Walaupun soal bonus dan elaun kerajaan tak akan beri apa-apa kesan kepada para pekerja swasta sepertimana aku tapi dari hal-hal lain kami tetap nak tahu. Sejauh mana PM baru kita ni menterjemahkan maksud “Rakyat didahulukan, pencapaian diutanakan” dalam belanjawan yang akan diumumkan nanti. Kalau tanya pengharapan aku sekarang ni, takde lainlah selain dari nakkan PM beri keutamaan sedikit tentang bagaimana nak meningkatkan perkhidmatan Jalur lebar di negara kita ni. Aku cukup kecewa dengan semua perkhidmatan yang ada yang mana lebih kepada mencuri duit rakyat Malaysia sahaja sedangkan apa yang mereka janjikan HAMPEH sungguh! Tapi boleh ke hal ni masuk dalam bajet? Huhu.. macam nak menyimpang dari tajuk jee aku ni kan. Tak kiralah!

Berita baik atau kurang baik untuk kita pasal bajet 2010 ni semuanya dah ada dalam briefcase Tok Jib tuh. Sama samalah kita tunggu ye.

Ada sesiapa letak pengharapan tinggi ke? Apa yang diharapkan yek?

Bookmark Artikel nih:
  • BlinkList
  • co.mments
  • De.lirio.us
  • del.icio.us
  • Digg
  • Facebook
  • Furl
  • Google
  • Netvouz
  • NewsVine
  • Reddit
  • Smarking
  • Socialogs
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati
  • TwitThis

No related posts.

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

6 Comments

  • At 2009.10.23 05:44, catzer said:

    aku berharap agar depa spend byk pada peningkatan jalur lebar di negara kita ni..biar berdesup laju.

    • At 2009.10.24 08:29, nuaeman said:

      sikit pun takde huhu..

    • At 2009.10.23 07:18, zaryl said:

      pasal kola tu aku ada dengar nak selaraskan utk pekerja swasta gak. tp aku tak follow up. tak tau apa jadi dgn cadangan tu.

      bajet biasa la. klau pekerja kerajaan mmg main issue pasal bonus dan elaun je la. bkn nk pro cuepacs (sbb aku keja gomen) tp itu je yg diorang leh buat ~ minta minta minta dpt belum tentu.. heheh

      • At 2009.10.24 08:30, nuaeman said:

        so apa komen ko zaryl dengan apa yang dah dipersembahkan.. ?

      • At 2009.10.23 09:12, rohaizad said:

        Aku harapkan Tok Jib bentangkan bajet di tempat yang mengalami masalah jalur wayar lebar nih seperti di rumah-rumah kita.

        p/s: kalau internet provider tak dapat tangkap jugak maksud ayat aku nih, tak tahulah apa nak cakap.

        • At 2009.10.24 08:30, nuaeman said:

          Diorang ni mmg susah nak faham.. kalau faham pun sengaja buat-buat tak faham..

        (Required)
        (Required, will not be published)