Pembentangan Bajet 2009!


Ditulis pada August 29, 2008 – 5:01 am | Oleh nuaeman
Share

Maka hari ini berkumpullah segala pemimpin tertinggi di negeri anta berantah untuk mendengar titah ucapan sang memanda menteri berkenaan belanjawan atau sekarang lebih senang disebut “bajet” yang mana satu lagi perkataan jawa yang telah digunapakai supaya nampak dasar pandang ke timurnya negeri ini.

Semua seakan tidak sabar menanti apakah yang akan di sampaikan oleh memanda menteri kali ini. Bukan sahaja menteri-menteri bawahan yang semua datang dengan kipas hikmat mereka bahkan jerung-jerung yang berperut besar sedang menunggu dengan penuh minat apakah ruang dan peluang untuk mereka menyusup masuk dalam pada usaha untuk menambah kekayaan.

Di satu sudut lain begitu ramai rakyat jelata juga ternanti-nanti pembentangan dari memanda menteri . Mereka sedar dan bersyukur sangat berada di negeri ini kerana pemimpin-pemimpin atasan amat prihatin pada masalah mereka dan sebagai rakyat yang hidup umpama peminta sedekah ini mereka tak seharusnya mempersoal apa sahaja yang dibuat oleh kerajaan negeri . Dengan itu mereka hanya mengharap sedikit ikhsan dari memanda menteri untuk sedekahkan seringgit dua kepada mereka atas nama “subsidi”. Itupun jika ada kalau tak ada mereka tahu kerajaan negeri dah terlalu banyak berkorban untuk rakyat maka mereka sememangnya dah terlalu faham dan kene faham semua tu.

Suasana menjadi hening seketika bila memanda menteri mula naik ke pentas untuk memulakan pembentangannya. Agak lewat juga memanda menteri sampai tadi katanya tertidur sebentar di kereta tetapi ingat beliau tidak lena. Dengan senyum kucing memanda menteri mula membaca teks pembentangan yang katanya baru disiapkan subuh tadi.

Lebih kurang 2 jam memanda menteri membahaskan kertas pembentangan sebelum ditutup dengan rasmi yang juga dihiasi dengan senyum kucing beserta harapan semua puas dengan langkah bajetnya kali ini. Ada 4 perkara penting yang baru ditambah oleh memanda menteri dalam ucapan bajetnya kali ini.

  1. Sekian juta diperuntukkan untuk biasiswa kepada para pelajar yang ditendang kolej atau universiti. Ini sebagai langkah menghargai usaha murni mereka tetapi sesiapa yang ingin memohon perlu beratur di pejabat timbalan memanda menteri.
  2. Sekian billion pula akan diperuntukkan untuk mendidik dan mengajar sebahagian katak-katak di kepulauan borneo merayap supaya mereka tidak lagi melompat.
  3. Beberapa ribu dikhaskan untuk menerbitkan sebuah kitab “Bagaimana kaedah Bersumpah/Bermubahalah dengan Betul ” yang akan dikeluarkan oleh Jabatan Mufti Wilayah Anta Berantah dan diedarkan kepada seluruh menteri dan bekas menteri.
  4. Lebih sekian juta diperuntukkan pula untuk menerbitkan satu risalah kecil bagi diberikan secara percuma kepada seluruh rakyat jelata. Risalah ini dinamakan “ Memahami Definisi Subsidi”

Pelbagai reaksi dari menteri hingga ke rakyat jelata berkenaan bentangan bajet memanda menteri kali ini. Rata-rata menteri mengatakan ini adalah bajet yang terbaik pernah mereka dengar selama mereka hidup. Rata-rata rakyat jelata pula begitu terharu dengan pembentangan yang dibahaskan sebentar tadi. Ada yang menangis kerana tidak dapat menahan rasa terharu mereka dengan langkah kerajaan yang pemurah ini. Memanda menteri sudah tiada di dewan ketika para wartawan cuba mendapatkan pandangannya. Diberitakan beliau telah tertidur kembali didalam kereta kerana terlalu lama berucap.. Owh!

*Kisah ini adalah rekaan semata-mata dan tidak ada kene mengene dengan yang hidup atau yang mati sekiranya berkenaan ianya terjadi secara KEBETULAN. :D

Related Posts with Thumbnails
Bookmark Artikel nih:
  • BlinkList
  • co.mments
  • De.lirio.us
  • del.icio.us
  • Digg
  • Facebook
  • Furl
  • Google
  • Netvouz
  • NewsVine
  • Reddit
  • Smarking
  • Socialogs
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati
  • TwitThis

Entri Berkaitan:

  1. Pembentangan bajet 2010 – Apa pengharapan Kita?
  2. Paklah Letak Jawatan Esok?
  3. Debat : Apa kesudahannya..
  4. Ucapan SMS Raya 2009
  5. Karikatur 2009

Artikel ditulis oleh nuaeman

Seorang lelaki, suami dan juga bapa yang sederhana.

Nuaeman Telah Menulis 363 Artikel Setakat Ini .

Langgan feed melalui RSS atau EMAIL untuk mendapat pemberitahuan tentang artikel terkini dari Nuaeman.

  1. 9 Responses to “Pembentangan Bajet 2009!”

  2. By megat on Aug 29, 2008 | Reply

    aik tarik trafik nampak eheh.

    [Reply]

  3. By nuaeman on Aug 29, 2008 | Reply

    ngeh3

    [Reply]

  4. By affuan on Aug 29, 2008 | Reply

    aku suka sebut belanjawan. bajet itu sesuai pak lah je sebut. wakaka.

    [Reply]

  5. By Kujie on Aug 29, 2008 | Reply

    ingat nak tumpang nangis juga lah….

    [Reply]

  6. By eri on Aug 29, 2008 | Reply

    uiks, sampai camtu sekali yek..

    [Reply]

  7. By Mohd Hafifi on Aug 30, 2008 | Reply

    semoga bajet ni dapat tolong rakyat..

    [Reply]

  8. By azwan on Aug 30, 2008 | Reply

    aku tak beli paper lagi hari ni
    macam dah malas pulak nak dengar ‘bajet’ ni

    [Reply]

  9. By KNizam on Aug 30, 2008 | Reply

    haha aku nak petrol rm2 je. hehe :)

    [Reply]

  10. By titan on Sep 1, 2008 | Reply

    haha..aku takde apa aku nak sangat. Cukuplah kalau malaysia ni aman damai..

    [Reply]

Post a Comment

CommentLuv Enabled