Haha.. panas nampak tajuk entri ni. Apa aku nak bikin gimik politik lak ke? tak cukup ke ada orang kata akan tertubuh kerajaan baru kat Malaysia ni.. aku pulak nak menambah satu lagi cerita half truth. Tak takut kena ISA ke nuaeman nih. Apapun ini semua bukan cerita yang sengaja direka-reka oleh aku dan jangan pulak ada yang terus percaya dan sebar meluas. Bukan ke ada tanda soal pada tajuk entri tu..
Sebenarnya ini hanya beberapa cerita panas yang dapat aku kumpulkan masa berborak-borak ngan rakan-rakan masa raya hari tu. Biasanya bila dah ramai-ramai tu ada jelah cerita nak disampaikan. Ada yang benar tak kurang jugak yang separuh benar. Topik hangat selalunya bab politiklah.. ada pulak sahabat-sahabat yang biasa campur ngan orang kuat parti keris maka cubalaa dikorek-korek skit.. berita dari dalam (Macam Lingam laa pulak..). Dalam banyak-banyak cerita politik tu ada satu yang boleh tahan panasnya bila dikatakan 9 Oktober 2008 adalah tarikh paling cepat untuk berlakunya Peralihan Kuasa yang juga menjadi tarikh perletakan jawatan seorang Perdana Menteri yang saban waktu diasak untuk turun tahta dan kalau tak jadipun mungkin paling lewat sehingga pemilihan parti Mac depan. Benar atau tidak kita tunggu dan lihat je laa yek.
Macam aku kata, cerita-cerita separuh benar ni terkadang ada yang jadi kenyataan jugak. Antaranya pasal Pak Zahid ngan Anak Tok Mad nak bertanding orang nombor dua parti keris. Tengok-tengok keluar berita pasal tu selang beberapa hari. Lepas tu hari ni baca lak paper Memanda Menteri akan buat pengumuman tentang status beliau pada hari ni atau esok. Cam dah dekat sangat jer kan. Bila tengok keadaan beliau kadang elok gaklaa rasa kalau percepatkan pun. Boleh banyakkan masa dengan Isteri barunya kat umah dan nanti takdelaa alasan Makcik Jeane salah pilih Tali Leher. Apapun sebagai rakyat tak bolehlaa nak nafikan terus jasa beliau sebagai Memanda Menteri. Bukan senang nak jadi Pemimpin. Yang banyak sangat komplen pun kadang diri sendiri tak terpimpin jugak. Sendiri makan pengat sendiri mau ingat laa..yek huh!
Itu bab politik laa.. belum bab-bab lain lagi.. nak cerita semua tak cukup ruang ni rasanya sampai ke tarikh Mawi nak kahwin pun si tukang masak dah bocor rahsia. Entah betul ke tidak mamat ni jumpa tukang masak aku tak tau hehe.. ye ye jee 27 Dec ni. Macam wartawan lak aku nih.. adei! tekak masih sakit ni. Batuk tak berhenti.. bilalaaa nak stop.. aku rehat minum air dulu..
Adios..!
No related posts.
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.





















tak tahu. biasanya, bila dia cakap camtu..lain dr apa yg dia cakap..
hehehehe. sekarang ni macam macam dah kan. hahahaha.
memang mcm2 sekarang….salah satu yang semakin menjadi-jadi…salah cikit saman !
entah laa..skang ni macam-macam cerita politik yang keluar..kadang naik bosan tgk besrita skang ni…asyik citer politik jer…
Pak lah berhenti atau tidak, hidup dan blogging tetap mesti diteruskan …
tak gitu?
hahaha. hidup blogging memang diteruskan. kan ke tu periuk nasi majoriti kalangan kita. hehee
ye betul tu taukey.. walau paklah dah bagitau keputusannya.. kita tetap tetap ngan keputusan kita untuk terus berblog.. hehehe
sekarang ni memang susah. Tapi tak usa sampai letak jawatan la.. cari jawatan kosong saat ini tak gampang.
Betul tu, apapun keputusan nya kita mestilah tetak kerja !
alah..apa ssh2..dah letak jwtn..tukar la parti lain plak..hehe =p