Malu ye nak pakai ‘Mask’?


Ditulis pada August 23, 2009 – 1:41 pm | Oleh nuaeman
Share

Ketika sedang membuat pembayaran di salah sebuah ‘hypermarket’ berdekatan dengan tempat tinggal aku ada seorang anak bertanya kepada ibunya.

“Mak , kenapa orang tu ?” Merujuk kepada seorang ibu bersama dua anak yang berjalan dengan memakai topeng pelindung hidung dan mulut.

Maknya menjawab ” Owh, orang tu sakit…”

Terfikir juga aku. Si Ibu ini sengaja tak mahu memberi jawapan kepada anaknya atau memang kefahamannya begitu yang mana mereka-mereka yang pakai topeng tu menghidap sakit (batuk,selsema) ataupun topeng itu hanya untuk mereka yang sakit.

Mungkin ada yang kata tak mungkin si-ibu tadi tak tahu tentang H1N1. Ya, mungkin dia memang sedia tahu tetapi boleh jadi ada kesilapan pada kefahamannya kerana tak semua orang akan baca sesuatu informasi itu dengan sebenar-benarnya. Ada sesetengah orang yang suka baca sekali lalu sahaja dan kemudian berlagak faham. Kenyataan aku ni disokong pada satu situasi yang berlaku semasa aku balik ke kampung minggu lalu.

“Apsal Moi.. kedai you macam kurang orang saja sekarang..?”

“Itulaa.. sebelum ni ok je.., tapi lepas I pakai ini ‘mask’ makin kurang orang datang, I ada tanya.., diorang cakap takut sebab I ada pakai ‘mask’. Diorang ingat I ada H1N1…” keluh seorang Amoi penjaga kedai yang masih tega memakai topeng.

Pulak… macam ni punya kes pun ada kan..? tapi ini realiti. Samada kurang kefahaman dan lagi satu sebab ialah wujud perasaan malu nak pakai. Taknak pakai dah satu perkara dan ada pulak sesetengahnya yang mentertawakan mereka-mereka yang mengenakan topeng ni. Benda ni terjadi kepada diri aku sendiri ketika pergi ke Plaza Angsana lima hari lepas. Melihat aku dan Ammar yang berusia 2 tahun 6 bulan ini memakai topeng seolah-olah bagai melihat makhluk asing memasuki komplek membeli belah.  Ada juga suara-suara sumbang yang masuk ke lubang telinga ini mengatakan ” Budak kecik pun disuruh pakai topeng”. Pedulilah orang nak kata apa yang penting aku sayang anak-anak serta keluarga aku.

Kita punya bekas PM, Tun Dr Mahathir Mohamad pun ada cakap “Pakailah topeng mulut dan hidung” semata-mata untuk elakkan jangkitan selsema babi. Tambah beliau lagi ketika ditemui di bazar Ramadhan Jalan Raja Alang Kampung Bharu semalam ” Walaupun ada wabak H1N1, nampaknya orang ramai juga ( ke bazar Ramadhan), Saya susah hati sikit ramai tak pakai topeng mulut dan hidung” err.. aku tambah sikit.. termasuk PM sendiri yang pergi ke Bazaar yang sama semalam tak pakai topeng. Apa kes??

Kalau nak kira malu tu memang ada juga sedikit masa awal-awal tapi bila kita dah jumpa makhluk yang berasal dari planet yang sama nanti perasaan malu tu akan automatik hilang. Lagipun untuk keselamatan kita dan keluarga juga. Tak rugi pun kan…

Fakta Selsema Babi (H1N1) setakat ni

Jumlah Pesakit menurun kepada 1476 daripada 1556.

Daripada jumlah itu 316 pesakit adalah positif H1N1.

Dari Jumlah diatas 40 kes dirawat di Unit rawatan rapi (ICU).

Seramai 68 orang telah menjadi korban sehingga kini.

(Sumber: Berita Minggu 23/08/09)

P/S: Nampak jemaah terawih kat Makkah pun ada jugak yang pakai topeng. Dah dua malam aku sendiri pun tak pakai.. :D

Related Posts with Thumbnails
Bookmark Artikel nih:
  • BlinkList
  • co.mments
  • De.lirio.us
  • del.icio.us
  • Digg
  • Facebook
  • Furl
  • Google
  • Netvouz
  • NewsVine
  • Reddit
  • Smarking
  • Socialogs
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati
  • TwitThis

No related posts.

Artikel ditulis oleh nuaeman

Seorang lelaki, suami dan juga bapa yang sederhana.

Nuaeman Telah Menulis 363 Artikel Setakat Ini .

Langgan feed melalui RSS atau EMAIL untuk mendapat pemberitahuan tentang artikel terkini dari Nuaeman.

  1. 12 Responses to “Malu ye nak pakai ‘Mask’?”

  2. By Kak Long on Aug 23, 2009 | Reply

    Memang pemahaman masyarakat kita masih kurang tentang pemakaian topeng mulut dan hidung ini.
    Orang yang pakai dipandang macam makhluk asing, tapi mereka kurang sedar bahawa makhluk asing yang merbahaya ialah virus yang mudah merebak tanpa langkah pencegahan kan?

    [Reply]

  3. By MyDailyBlog.Info on Aug 23, 2009 | Reply

    pendedahan pasal benda nie masih kurang nampak gayanya….org pakai mask utk elak sakit bukannya dah kena penyakit..

    p/s:kalau dh terkena penyakit,x payah dah nak pakai mask,dah duk kat hospital dah org tue…hahahah

    [Reply]

  4. By fikri{dot}com on Aug 23, 2009 | Reply

    nasib baiklah aku ni memang jenis muka pernah nak tau malu… aku bkn kisah org kiri kanan pon. wahahahahaha! :D yang penting, hidup aku panjang. :)

    [Reply]

  5. By megat on Aug 24, 2009 | Reply

    risau aku tengok kesedaran yang rendah oleh orang ramai. time macam ni tak nak sibuk jaga. bila salah seorang famili meninggal, sibuk nak melalak.

    bak kata anak aku, “bertukar” ha3.

    nak pegi sekolah. pegi param (pasar ramadan). pegi terawih tetap pakai.

    yang penting nak jaga diri sendiri.

    [Reply]

  6. By JHafiz on Aug 24, 2009 | Reply

    yg segan tu saya ckup bangkang dan bengang. apahal plk nk malu segan? tak sayang nyawa ke? xsayang diri sndiri,family?

    part yg amoi tu mmg kesian, tp blh jd jgk scene mcm tu.. hu3. ksian la plk kat amoi tu… mentality masyarakat kita gtu ye? walhal pakai tu utk elak dijangkiti, bukan smata2 sebab djangkiti. huh~

    [Reply]

  7. By nuaeman on Aug 24, 2009 | Reply

    Mereka lebih senang memperjudikan nyawa keluarga mereka Kak Long.. susah nak cakap..

    [Reply]

  8. By nuaeman on Aug 24, 2009 | Reply

    Orang takkan rasa benda ni bahaya selagi tak kena kat ahli keluarga sendiri

    [Reply]

  9. By nuaeman on Aug 24, 2009 | Reply

    Haa itu bagus.. lantok pi laa orang nak kata apa kan.. :)

    [Reply]

  10. By nuaeman on Aug 24, 2009 | Reply

    Aku pi terawih tak pakai laa Megat.. :( tapi kalau pasar ramadhan n shopping complex pakai aa..

    [Reply]

  11. By nuaeman on Aug 24, 2009 | Reply

    bagaimana cara terbaik dah betulkan kefahaman diorang ni yek.. mungkin kita boleh sedekah mask satu sorang macam kat penang tu.. utk wujudkan kesedaran.

    [Reply]

  12. By Kujie on Aug 25, 2009 | Reply

    macam tu lah kesnya…anak2 kak jie pun kena juga mcm tu…kerani sekolah dia yg tanya ” intan ada h1n1 ke?’

    tak kan dah kena baru nak pakai..mesti lah sebelumkan?

    orang kita mudah menyerah tanpa berusaha…..

    [Reply]

  13. By JHafiz on Aug 26, 2009 | Reply

    biasanya baru kena baru nk beringat. huh. yep, stuju kempen camtu. ala, bukan mahal sgt pon..

    [Reply]

Post a Comment

CommentLuv Enabled