Kos Makanan Asrama naik RM 3 Sehari
Ditulis pada December 12, 2009 – 1:49 pm | Oleh nuaeman Share
Kenaikkan ini tak melibatkan semua orang dan perkara biasa apabila berlaku kenaikkan kos mesti akan ada sebab atau alasan diberikan. Ini nak dengar nih..
Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Sektor Dasar dan Pembangunan Pendidikan), Dr Haili Dolhan, ketika dihubungi berkata, kenaikan itu tidak membebankan ibu bapa atau penjaga kerana ia hanya membabitkan pelajar daripada keluarga yang berpendapatan tinggi.
“Langkah ini akan mengurangkan bayaran subsidi kerajaan untuk yuran makan dan pada masa yang sama, ibu bapa yang berkemampuan boleh memberikan sumbangan.
“Walaupun yuran dinaikkan, subsidi kerajaan bagi makanan di asrama sebenarnya masih tinggi kerana peruntukan bayaran makan bagi seorang pelajar adalah antara RM8 hingga RM12 sehari,” katanya.
Terima kasihlah kerajaan yang banyak memberikan subsidi..
Berita ni membawa aku balik ke 14 tahun dulu. Memang dari dulu yuran makanan ni RM 1. Dalam sehari makanan disediakan sebanyak 5 kali iaitu sarapan pagi, tengahari, petang (lepas Asar), malam dan tengah malam (supper). Biasanya apa jenis makanan yang akan diberikan telah disediakan jadual. Paling best selalunya menu hari jumaatlah. Di asramalah aku baru kenal apa itu ikan ‘jacket’. Itu sebenarnya adalah panggilan popular untuk ikan cencaru tapi kalau kat asrama ni diorang memang tak siang sempurna sangat.
Aku tak pasti samada bayaran kepada mereka yang mendapat tender menyedia makan asrama ni cukup atau tidak kerana dalam tempoh dua tahun ada beberapa kali pengalaman termakan ikan busuk. Sungguh! Bila masuk sahaja ke mulut hanya tuhan sahaja yang tau rasanya hingga sampai termuntah kami jadinya. Apapun kejadian tu dah berlaku 14 tahun dulu. Harapnya sekarang makanan yang disediakan elok-elok belaka supaya takdelah yang buat jamuan maggi pukul 12 tengah malam!
Entri Berkaitan:






6 Responses to “Kos Makanan Asrama naik RM 3 Sehari”
By muhammad fakhruddin on Dec 12, 2009 | Reply
Assalamualaikum,
yuran makan naik ke tidak…jamuan maggi tu tetap ada, he3x
[Reply]
By nuaeman on Dec 13, 2009 | Reply
Macam ada pengalaman jee bos..
eh bos agen CIA tu kena ada kelayakan ke?
[Reply]
By awe 9 on Dec 18, 2009 | Reply
fuh… ikan jacket.. kenangan silam.. =p . hehehehehe..
apa-apa pun bro, hidup di asrama lebih banyak mematangkan saya dalam mengenal erti kehidupan.
[Reply]
By mesticun on Dec 24, 2009 | Reply
ikan ”jacket” tak pernah dengar pun.
[Reply]
By bing on Jan 14, 2010 | Reply
skang budak blh blik umah tiap2 minggu.
[Reply]
By amelia on Mar 15, 2011 | Reply
erm..sya bdk asrama..bru msuk taun ni..ad dah psl yuran mkn asrama… psl ikan,skrg ni..alhamdulillah dah ta dew ikan bsuk cmtu..^^
[Reply]