Kita dan Cerita-cerita half truth

Posted by | Posted in Isu Semasa | Posted on 18-09-2008

Negara kita sekarang ni dah terlalu banyak dibanjiri dengan kisah juga cerita-cerita yang tak pasti kesahihannya. Kalau sebelum ni carta gossip negara banyak dimonopoli oleh golongan artis sahaja tetapi sekarang kedudukan teratas telah diambil alih golongan politik. Wah! satu lagi pencapaian yang hebat dari negara-ku Malaysia.. kerana cerita-cerita yang boleh dianggap half truth ni bukan sahaja jadi tumpuan rakyat negara ini bahkan turut menjadi fokus utama negara-negara luar.

Sekarang cerita Datuk K kahwin lagi orang dah tak endah lagipun bagi aku tanpa Siti Nurhaliza takde apa yang boleh dibanggakan dengan dia tak kiralah lebat mana pun misainya ataupun tebal mana poketnya . Orang lebih tertumpu pada cerita bila Malaysia akan bertukar tangan. Persamaan antara kedua-dua cerita ini ialah keduanya tergolong dalam cerita half truth yang mana kesahihannya masih belum pasti tapi dah digembar gembur kesana-sini. Aku yakin tak ramai yang percaya tapi mereka gemar mengambil tahu kerana orang-orang yang membawa cerita ni memberi mereka peluang untuk berimaginasi. Bukankah orang kita juga sememangnya sangat suka membaca dan mendengar cerita-cerita half truth sebegini? Tak kira samada ianya melibatkan artis,politikus ataupun kisah tahyul.

Aku teringat pada salah seorang pemuda ditempat aku bekerja. Dia diberi jolokan sebagai “Bomoh” oleh rakan sekerja oleh kerana ketaksubannya pada cerita-cerita half truth tentang makhluk halus. “Bomoh” kerap membuat pelbagai andaian tentang kewujudan makhluk halus disekitar kawasan aku bekerja seolah-olah beliau telah mendapat satu anugerah untuk berinteraksi dengan makhluk sebegitu. Apa sahaja yang berlaku akan dikaitkan dengan seribu satu mitos. Bagi mereka yang dah masak dengan perangai beliau akan hanya melayan dan mengiyakan sahaja apa yang diperkatakannya biarpun terkadang agak geli lubang telinga mendengar beliau bersembang.

Bagi yang memang dah kenal si “bomoh” ni mereka tak menganggap dia ni penipu atau pembohong kerana sememangnya mereka juga dah awal-awal kurang mempercayai apa-apa cerita half truth yang disampaikan cuma mereka suka melayan. Bukan apa cerita-cerita “bomoh” ni kadangkala membuatkan otak mereka aktif berimaginasi. Terkadang kalau dia bercuti terasa sunyi pulak sebab takde penglipurlara.. heh!

Kisah si “bomoh” ni sama saja aku rasa dengan kisah orang yang menggemparkan negara dengan cerita half truth berkenaan akan berakhirnya tampuk kuasa sesuatu kerajaan. Bagi orang yang dah mengenali si pemukul canang ni mereka akan melayan sahaja cerita beliau. Sekurang-kurangnya cerita beliau memberi satu peringatan kepada mereka yang memerintah serta untuk kita dah tentu akan terlebih-lebih pulak berimaginasi apa akan berlaku jika Malaysia bertukar tangan, tak kurang juga yang timbul sedikit pengharapan jika ianya benar-benar terjadi.

Pada aku tak perlu untuk sang pemerintah nak terangkan kepada rakyat jelata bahawa pembawa cerita ni penipu atau pembohong kerana mereka sendiri mampu menilai dan juga dah masak dengan cerita-cerita half truth sebegini. Macamlah pulak pihak yang memerintah tak pernah turut sama mencipta dan memaksa rakyat mempercayai cerita-cerita half truth mereka selama ni. Adalah lebih elok mereka bermuhasabah dan koreksi diri serta memperbetulkan segala kepincangan dalam pemerintahan pada ketikamana mereka masih ditampuk kuasa. Manalah tahukan.. adakala cerita-cerita half truth ni boleh jadi kenyataan juga.. ini yang amat-amat ditakuti pemerintah sebenarnya..

Bagi kita.. cerita-cerita sebegini akan datang dan pergi. Kalau pun dah reda cerita yang sedang panas ni.. kita akan berhadapan pulak dengan cerita-cerita lain.. Malaysia ni kan ramai penglipurlara. Kesimpulannya kita sendiri ada akal untuk menilaikan.., jadi layankan aje.. heh!

Bookmark Artikel nih:
  • BlinkList
  • co.mments
  • De.lirio.us
  • del.icio.us
  • Digg
  • Facebook
  • Furl
  • Google
  • Netvouz
  • NewsVine
  • Reddit
  • Smarking
  • Socialogs
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati
  • TwitThis

Related posts:

  1. Dah takde cerita lain agaknya Malaysia ni.. selain dari RASUAH dan Gila KUASA Malaysia oh Malaysia.. sana sini orang bercerita. Penat soal rasuah...
  2. Isu Minyak : PM tak Cerdik atau kita yang tak bijak..? Aku lepak kat umah jee hari ni memandangkan sabtu bukan...

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

7 Comments

  • At 2008.09.19 00:35, am said:

    am rasa paling tepat sekali spekulasi lah..

    orang memang sukakan speku sana sini.. sebab tu lah yang jadi bahan rencana berita.. kalau takde orang speku.. tak jadiklah cite2 camni..kannn..

    • At 2008.09.19 14:31, Kujie said:

      Selepas PRU12, masing² bukan nak bekerja atas kapasiti sebagai wakil kepada rakyat (kita lah tu..) tetapi masing² sibuk mempertahankan diri ……bosan tau….

      • At 2008.09.19 14:55, aeropama dot com said:

        ambil tahu itu perlu. untuk rancang strategi hidup kita cm perniagaan kita dll. tapi jgn percaya seratus peratus. analisis dulu. itu yg terbaik…

        • At 2008.09.21 08:32, KNizam said:

          betula la kan. aku pun dah naik muak dengan secario politik negara
          dah mcm takde berita lain plak kan.
          seb baik ini semua berlaku tahun 2008
          kalau berlaku masa tahun melawat malaysia 2007, pasti hancus pelancongan negara kan. hehe :)

          • At 2008.09.23 21:57, tivitune said:

            hang ni menyindir dalam sekam tu..

            • At 2008.09.26 08:24, izzah said:

              hhuhuhuh panas ni.. hehehe.. baca jer sambil tersenyum huhuhuh..

              • [...] pakar-pakar penganalisis politik yang membicarakannya. Bagi aku semakin diikuti semakin banyak pula kisah-kisah half truth ataupun separuh benar yang kita [...]

                (Required)
                (Required, will not be published)
                fly.co.uk cheap flights from the uk to the whole world
                Qatar Flights Flights to Johannesburg
                Find Deals Discount Fares