Lama jugak tak menyentuh suasana politik tanahair. Tapi akhir-akhir ni keadaan agak panas bila berlakunya perebutan dua bukit dan satu batang susulan dari kisah huru haranya sebuah negeri sehingga memaksa urusan penting dilaksanakan dibawah pokok. Aku pun tak pandai nak bercerita secara mendalam tentang keadaan politik di Malaysia sekarang ni. Rasanya biarlah pakar-pakar penganalisis politik yang membicarakannya. Bagi aku semakin diikuti semakin banyak pula kisah-kisah half truth ataupun separuh benar yang kita dapat.
Di Malaysia ni bila tiba Pilihanraya bagaikan tak sah kalau tak disensasikan dengan cerita rusuhan di pihak itu, pembahagian duit dan rasuah di pihak ini, pemimpin itu macam tu, pemimpin ini macam ni dan banyak lagi. Benar atau tidak hanya mereka yang terlibat sahaja yang tahu cuma kadangkala berita-berita yang separuh benar ini buatkan kita jelak dan nak termuntah. Apa tidaknya, kalau media elektronik dan media massa sendiri telah menjadi medan propaganda. Aduh!
Keadaan sekarang ini, suasana pilihanraya kecil bagaikan tak ubah sepertimana pilihanraya umum. Begitulah yang berlaku apabila esok tiga tempat menjadi rebutan dan kuasa rakyat menjadi penentu. Dua buah bukit iaitu Parlimen Bukit Gantang dan Dun Bukit Selambau dan satu batang iaini Dun Batang Ai di Sarawak menjadi satu ujian getir bagi Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat. Satu ujikaji untuk melihat apakah angin perubahan untuk membentuk Malaysia baru masih lagi utuh atau keadaan sebaliknya pula berlaku.
Apa yang pasti hati rakyat sukar dijangka. Ramal semua boleh ramal. Tapi takkanlah ramalan berdasarkan majlis makan-makan kerana sebagaimana kita tahu orang kita memang tak menolak rezeki, kalau nak ramal berdasarkan kedatangan pada majlis ceramah pun tak boleh juga kerana orang kita sebagaimana yang kita tahu memang sukakan cerita sensasi. Ada yang kata kemenangan semestinya kepada Pakatan Rakyat kerana ramainya umat semasa penamaan calon tapi perlu diingat puluhan ribu yang datang tu penduduk asli atau baru tiba dari setiap pelusuk negeri.
Dari itu, jawapannya tetap nak kena tunggu hari mengundi. Barulah tahu siapa yang gigit jari dan siapa pulak yang akan tersenyum lebar macam nak terkeluar gusi. Yang kalah eloklah bermuhasabah diri tanpa perlu menyalahkan orang itu dan ini manakala yang menang jangan pulak lupa diri kerana rakyat dah beri mandat maka lepas ni kenalah mulakan khidmat bakti sebagaimana yang telah dijanji. Barulah tak sia-sia setiap pangkah yang mereka kasi.
Oklah.. cukup sampai disini.. buat penduduk dua bukit dan satu batang aku ucapkan selamat mengundi!
Related posts:
- Sultan Johor Mangkat Sultan Johor, Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail,...
- Kisah Aku dan Emak.. Pada tanggal 15 Januari 1979 aku selamat keluar dari rahim...
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.





















Bukit dan batang yang tak tahu siapa bakal tersepit…..
samdaddycool’s last blog post..Eh… dapat baby lah!
aku jga berkira2 nak post tajuk yg lebey kurg mcm ni…2 bukit n 1 batang…then ternampak post ni kat negaraku..hahaha…
**btw,skang ni kat bkt gantang makin meriah dgr khabar…gas pemedih mata dah pn disembur tu..huhu
aloqmalai’s last blog post..day without lengthy words 7…
keputusan dah keluar …so pasrah ler
Erm apapun sendiri pangkah sendiri tanggung..tempat aku, aku yg pangkah so setakat ni tak puas hati aku call adun bukan nak bodek pun nasib mak ayah aku dok kampung kena jaga2 gak..adun aku anak watan kampung tu so tanggungjawap dia menjadi anak angkat pada sume orang kampung..huh berat tu..bukan senang nak jadi adun
catzer’s last blog post..Friendster vs Facebook
janji da ditabur,
kempen da abis,
undi da selesai,
keputusan da pon dapat,
yang tak berjaya cuba lagi,
yang menang…
apa lagi, pegi buat keje.
buat apa yang dijanji…
pcuserz’s last blog post..PC Fair 2009
2 bukit milik pakatan.. apecerita? diam trus kt media, xdak lg riuh.ha3..lawak tul.klo depa menang,1mggu la penuh berita.. hik3 ..wat la 1 lg pos bro…
j_hafiz’s last blog post..Teori R.A.H.M.A.N.
biasalah.politik.adat ade menang dan yang kalah.