fly.co.uk cheap flights from the uk to the whole world
Qatar Flights Flights to Johannesburg
Find Deals Discount Fares

Blog nuaeman

Blog, Blogger,Blogging.. asalkan jangan jadi Goblok!
Random Image

Blog untuk anda berkongsi ilmu, idea, tips, dan juga pengalaman. Have fun!!


Click Here

Kemenangan Anwar Ibrahim dan Sejarah Penubuhan Malaysia

Sepertimana dijangka Pak Syeikh Anwar Ibrahim akhirnya berjaya memenangi semula kerusi Parlimen Permatang Pauh. Tahniah diucapkan.. tapi perlu diingat kemenangan ini bukan saja-saja.. tuhan kasi peluang untuk Pak Syeikh kotakan apa yang dikata. Sekarang rakyat dah bagi mandat maka pandai-pandailaa jaga dan ingat moga takdelah nanti orang kata Pak Syeikh kita hanya pandai temberang, sebelum ni kehulu kehilir bersurah.. kononnya macam-macam nak dibuat untuk rakyat.. tapi hakikat sebenar Pak Syeikh juga kaki sebat. Ada yang kata sebat takpe tapi jangan liwat.. opss..

Aku tertarik bila Pak Syeikh kata akan membentuk kerajaan baru pada 16 September bersempena tarikh penubuhan Malaysia. Bukan aku ghairah nak ada Presiden baru republik Malaysia tapi tentang ingatan yang diberikan.. Sedia maklum ramai antara kita yang ingat sangat tarikh Merdeka serta menyangkakan itulah tarikh terbentuknya negara Malaysia. Benda ni ada dalam kepala otak pun atas sebab ada sambutan besar-besaran setiap tahun.. cuba kalau takde.. dah tentu nasibnya sama dengan beberapa hari besar umat Islam yang terus makin luput ditelan waktu.

Mengikut Sejarah laungan “MERDEKA” oleh Tunku Abdul Rahman bukan sahaja dilakukan pada tanggal 31 Ogos 1957 tetapi laungan yang sama telah dibuat sebanyak 7 kali ketika penubuhan Persekutuan Malaysia 6 tahun berikutnya di Stadium Merdeka. Diberitakan tarikhnya bersamaan dengan 16 September 1963 ( mengikut sebahagian maklumat dah terjadi hujan ribut pada 16 september tu.. dan ditunda tarikh peisytiharan ke 17 September ). Pada hari bersejarah tersebut Singapura, Sarawak dan Sabah yang dulunya dikenali sebagai Borneo Utara telah secara rasmi bergabung dengan Persekutuan Tanah Melayu bagi membentuk Malaysia sebagaimana yang telah dipersetujui melalui satu perjanjian yang dilakukan di Pejabat Perhubungan Komanwel, London pada 9 Julai 1963. Apapun Singapura telah menarik diri dari gabungan ini pada tahun 1965 maka tinggalkan negeri-negeri yang ada tu sehingga sekarang.

Ini fakta yang semakin dilupakan generasi kini disebabkan tiada countdown serta percikan bunga api pada detik 12 malam 15 September. Tambah buruk bila wujud pemesongan fakta yang menyatakan Malaysia tertubuh pada 31 Ogos 1957. Adei!

Bookmark Artikel nih:
  • BlinkList
  • co.mments
  • De.lirio.us
  • del.icio.us
  • Digg
  • Facebook
  • Furl
  • Google
  • Netvouz
  • NewsVine
  • Reddit
  • Smarking
  • Socialogs
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati
  • TwitThis
Click Here

6 Comments

  • At 2008.08.27 05:16, megat said:

    kita tunggu apa yg bakal berlaku!

    tarikh yg ada skang ni pun semakin dilupakan. rasmi atau tidak mereka boleh tetapkan selagi mereka digelar pemerintah!

    • At 2008.08.27 06:46, Mohd Hafifi said:

      mmg menarik apa yang diperkatakan oleh DSAI..aku harap jika ianya menjadi kenyataan, setiap perubahan biarlah ke arah yang positif..

      • At 2008.08.27 08:58, aeropama dot com said:

        mari kita tunggu dan lihat! langkah pertama aku nk lihat sama ada perpindahan beramai-ramai MP BN ke PKR jadi atau tidak.

        • At 2008.08.27 19:14, NoktahHitam said:

          even kalau anwar tak dapat tarik orang masuk PR pon, aku tak kesah. Yg penting sekarang, Anwar dlm parliament. Di boleh ke utara kan macam2 masalah dlm parliament. pasni seronok laa tgk parliament live

          • At 2008.08.28 08:32, stu_comot said:

            yep!!im longing to c wut will hepen kat parlimen..hm..hopefully afta diz pihak2 tertentu akn pk lbeyy lg utk rkyat2 xterbela mcm gwe nih..eceh!!

            • At 2008.09.09 15:09, Princess anilza said:

              hopefully apa yg diperkatakan dilaksanakan..
              ingat blk bagaimana pemimpin dahulu melaksanakan tugas sebagai konsep ‘trust; iaitu amanah bukan utk mengejar keduniaan..

              semakin takut dgn generasi skrg yg tidak menghargai pembentukan MAlaysia yg aman ini…

              (Required)
              (Required, will not be published)


              ’Ajax