Kasut Crocs punca kemalangan di escalator?

“Ucu, kalau nak kasut crocs murah-murah datanglah Pasar Borong Pandan, kakak ada kerja kat sana”  kata anak buah aku

Bagus sangat ke kasut crocs ni? Aku tak pernah beli lagi kasut yang dikatakan ringan serta mempunyai cengkaman yang cukup bagus ni. Berdasarkan statistik yang dikeluarkan pada 2007 ni, Crocs berada di tangga ketiga untuk ujian geseran. Kira mencengkam lah tu !

Berita semalam ada satu kes kemalangan di escalator.

KUALA LUMPUR 31 Jan. – Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun parah di kaki kirinya akibat tersepit di eskalator hampir satu jam di sebuah pusat beli-belah di Bandar Utama di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 pagi itu, mangsa bersama ibunya sedang menuruni eskalator terbabit untuk ke lobi dan tiba-tiba kanak-kanak itu menjerit kesakitan dan menangis apabila kaki kirinya tersangkut di tangga bergerak itu.

Difahamkan, pihak pengurusan pusat beli-belah itu dan orang ramai cuba mengeluarkan kaki kanak-kanak malang itu setelah mendengar jeritan ibu mangsa. Mereka bagaimanapun terpaksa mendapatkan pertolongan Jabatan Bomba dan Penyelamat untuk mengeluarkan kaki kanak-kanak itu setelah percubaan mereka gagal.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Damansara ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu daripada pihak pengurusan pusat beli-belah itu kira-kira pukul 11.56 pagi. Sebuah jentera dengan lima anggota telah bergegas ke lokasi, dan berjaya mengeluarkan kaki kanak-kanak itu dalam tempoh setengah jam.

Mangsa dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) sebelum dirujuk ke Pusat Perubatan Pakar Damansara untuk rawatan lanjut. –  Sumber Bernama

Yang menariknya susulan dari kes kemalangan ini bapa kepada kanak-kanak terbabit mahu menyaman syarikat pengeluar kasut. Berdasarkan maklumat yang diberi dari berita dibawah ini seolah-olah ia berpunca dari kasut jenis getah berjenama terkenal. Mungkinkah Crocs?

Bapa budak tersepit eskalator mungkin saman syarikat kasut

PETALING JAYA 1 Feb. – Sekiranya berlaku kemalangan di pusat beli-belah atau pasar raya, kita sering terbaca keluarga mangsa akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pemilik premis yang terlibat berikutan kecuaian.

Namun, dalam kejadian seorang kanak-kanak berusia dua tahun tersepit kaki kiri pada eskalator di Bandar Utama, semalam, keluarganya mungkin mengambil tindakan saman terhadap syarikat pengeluar kasut getah yang dipakai kanak-kanak itu.

Menurut bapa kanak-kanak tersebut, Syed Najib Albar, 44, kasut sandal getah dari jenama terkenal yang dipakai anak bongsunya itu turut dikaitkan dengan punca kemalangan tersebut.

Pengarah eksekutif di sebuah syarikat swasta itu berkata, pakar perubatan yang merawat anak turut mengakui pernah menerima kes hampir sama – kemalangan yang berpunca daripada kasut getah tersebut.

“Selepas anak saya sembuh, saya akan berbincang dengan peguam sama ada perlu untuk mengambil tindakan terhadap kedua-dua pihak iaitu pemilik pasar raya dan syarikat kasut.

“Buat masa ini, biarlah saya tumpukan kepada anak saya,” katanya ketika ditemui Hospital Pakar Damansara di sini hari ini.

Semalam, kanak-kanak malang itu, Abdullah yang baru pulang dari kelas Bahasa Jepun di tingkat satu pasar raya tersebut, tersepit kaki kiri pada eskalator ketika hendak turun ke lobi bersama ibunya, Faezah Datuk Mohd. Amir, 37.

Mangsa yang cuba dibantu oleh orang ramai dan pihak pengurusan pasar raya itu terpaksa menunggu selama sejam sebelum kakinya ditarik sepasukan anggota Bomba dan Penyelamat.

Berikutan insiden itu, kanak-kanak terbabit patah tiga tulang kaki kiri selain kulitnya terkoyak sehingga memerlukan pembedahan untuk membetulkan kedudukan kakinya itu.

Syed Najib memberitahu, meskipun trauma dengan kejadian itu, namun anaknya kelihatan stabil selepas diberi ubat penahan sakit.

Katanya, Abdullah dijangka menjalani rawatan di hospital tersebut untuk beberapa hari lagi memandangkan keadaan kakinya yang masih cedera. Sumber Utusan

Berbalik kepada kisah kasut Crocs ni memang pernah terjadi kejadian yang hampir serupa sebelum ini. Walaubagaimanapun menurut sumber yang dipercayai bukan kasut jenis Crocs sahaja malah sebarang kasut yang jenis lembut ataupun mudah lentur memang berbahaya dipakai ketika menggunakan escalator. Aku tengok kasut   jenis getah  macam tu memang dah banyak dijual sekarang. Tapi tak tahulah samada cengkamannya sehebat Crocs ataupun tidak.

Jika punca kemalangan tu memang dari kasut jenama terkenal kira oklah kalau nak ambil tindakan undang-undang. Tapi kalau setakat  Crocs tiruan macam dekat Pasar Borong Pandan tu.. nak ambil tindakan pada siapa?

Bookmark Artikel nih:
  • BlinkList
  • co.mments
  • De.lirio.us
  • del.icio.us
  • Digg
  • Facebook
  • Furl
  • Google
  • Netvouz
  • NewsVine
  • Reddit
  • Smarking
  • Socialogs
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati
  • TwitThis

Related posts:

  1. Kempen “Jom Naik Tangga! Lupakan Eskalator” Biasanya kalau anda pilihan untuk kita samada untuk menggunakan tangga...
  2. Sakit Kaki Tangan dan Mulut “Mulai hari ni awak kena kuarantinkan anak-anak awak. Kena elaklah...

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

24 Comments

  • At 2010.02.02 16:16, aboi said:

    adoi..tibe2 rasa sakit2 badan.. seram sey kalau kene macam ni..

    • At 2010.02.02 17:32, nuaeman said:

      Masa kerja dekat kilang stamping dulu biasa tgk bebudak putus jari kene hentak dengan mesin stamping.. seram jugak.. depan mata tu.. jari putus!

      • At 2010.02.04 15:10, hafizmd said:

        adeh bro…ngilu rase..

    • At 2010.02.02 16:31, Kujie said:

      wahhh…… kasut mahal2 pun bahaya juga….nasib baik dari dulu sampai kini hanya guna “bata”

      nak yang keras boleh guna batu bata … :p

      • At 2010.02.02 17:33, nuaeman said:

        mahal-mahal pun ada kekurangannya.. saya pakai selipar jepun je.. jepun dah lama balik.. seliparnya masih popular sampai sekarang..

        • At 2010.02.04 15:11, hafizmd said:

          selipar jepun juge menjadi pilihanku..hikss..

        • At 2010.02.02 17:07, Azah said:

          hmm… kes saman2 macam ni kurang best la..
          dah takdir nak kemalangan camtu..
          ibu bapa jugak yang pilih utk beli kasut tu…
          kemahuan pelanggan sniri..
          tah la..
          hoho… tp mmg scary..

          • At 2010.02.02 17:35, nuaeman said:

            setuju.. dah mmg pilihan diorang.. kenapa nak salahkan syarikat kasut pulak.. macam-macam hal..

            • At 2010.02.09 17:28, Khairul Ikhwan said:

              Yes, stuju.. B4 bli kasut, research je la dlu sket.. tya pendapat orang.. apa pro n cons.. Ini ble dah jadi, baru nk fikir.. isk3..

            • At 2010.02.02 22:01, Mari Buat Blog said:

              kalau korang tgk kat eskalator tuh..selalunya mmg ada amaran takleh guna kasut crocs kalau naik eskalator..so sape yg nak saman kalau mmg dh ada warning?

              • At 2010.02.03 09:00, nuaeman said:

                ada eh, aku tak perasan pulak.. sebab tulah dia tak boleh nak saman pusat perniagaan tu kot.. tapi cara lain cari pengeluar kasut pulak.. good lucklah utk dia

                • At 2010.02.03 09:23, Mari Buat Blog said:

                  ko google jer “crocs escalator”. tgk result dr web search n image search…image search tuh macam2 bahasa ada amaran psl jgn pakai crocs kalau guna escalator…yg penting berhati2..aku pon pakai crocs asadi jer…so far still takde pape time naik escalator…tak caya kalu…ko pegi supermarket ada escalator next time..tgk warning sign dia…kt KL mmg berlambak la warning psl crocs kat escalator

                  • At 2010.02.03 09:41, nuaeman said:

                    ooo dia ada image cam buaya pastu takde pangkah eh..?

              • At 2010.02.03 08:48, Qif said:

                zaman sekng orng cari duit dengan saman yer…

                • At 2010.02.03 09:01, nuaeman said:

                  Macam-macam cara org nak cari duit sekarang Qif..

                • [...] tangga berbanding eskalator? Kalau kita hanya beritahu bahaya yang bakal diundang sebagaimana kemalangan yang berlaku baru-baru ini rasanya tak cukup kuat untuk orang ramai meninggalkan eskalator. Lagipun kemalangan itu dipercayai [...]

                  • At 2010.02.03 22:05, cyza said:

                    Ngeri siutt…

                    • At 2010.02.05 15:15, nuaeman said:

                      Memang ngeri.. aku jadi risau nak bawak anak naik eskalator

                    • At 2010.02.04 15:13, hafizmd said:

                      Rasenye mungkin salah budak tuh juge..bukan salah si selipar tu..mane tau die main2 kat eklalator tu..tup2..selipar juge jadi mangsa..

                      p/s – mintak dijauhkan dan sila berhati-hati yer..

                      • At 2010.02.05 15:15, nuaeman said:

                        Susah jugak kalau dia nak saman syarikat kasut pun.. tapi apapun good lucklah untuk dia juga..

                      • At 2010.02.05 16:27, kabu said:

                        itu pasal mau simpan resit bila beli barang….. bukan stakat untuk tax aje….. :D

                        • At 2010.02.08 22:14, samdaddycool said:

                          Pada aku bukan masalah jenama ori atau tiruan. Sebenarnya kanak-kanak suka pakai SELIPAR ‘main-main’… Kena pakai kasut bertutup [strap on] utk cegah perkara sebegini bila berkunjung ke pasaraya ber ‘escalator’

                          • At 2010.02.12 15:46, menj said:

                            Aku pun tak paham apasal Crocs ni best sgt? Aku pakai biasa jerr…selipar Jepun lagi sedap.

                            • At 2010.02.16 14:43, ezrab said:

                              nak saman??? lau bli crocs ori myb bleh kot… tapi klau pandan punyer agak maaf la yek…. jgn bapaknye yang kne smn sudah…

                              (Required)
                              (Required, will not be published)