Isu Minyak : PM tak Cerdik atau kita yang tak bijak..?

Aku lepak kat umah jee hari ni memandangkan sabtu bukan lagi hari bekerja untuk aku. Thanks to my boss yang terima proposal aku untuk kerja 5 hari seminggu :D . Sekurang-kurangnya jimat sikit duit aku untuk minyak.. yelah.. dengan jarak perjalanan aku ke tempat kerja lebih kurang 50 km (pergi balik dah 100km huhu..) ditambah dengan rate harga minyak sekarang ni.. aduh!

Nampaknya Isu minyak masih lagi hangat diperkatakan walau dah tiga minggu berlalu dan benda ni tak akan surut punya… sebab ia akan berkait-kait ke kenaikan harga barang pulak. Entah dah berapa bakul kutukan dan sumpahan yang dihamburkan pada Pak Lah. Aku ingat lagi pada malam dia umumkan kenaikan harga minyak dengan senyum simpulnya yang dibuat-buat, seluruh negara gempar bagaikan ada alien nak serang Malaysia! mana taknya semua jalan sesak dan aku salah sorang mangsa yang terjerat ditengah-tengah kebanjiran kenderaan yang sibuk nak penuhkan tangki masing-masing. Berita tu memang cukup panas sehingga menutup terus kisah che det keluar parti dan juga kisah mat ezam jilat ludah sendiri pada minggu-minggu sebelumnya. Sebab utama ialah semua orang dah naik minyak dengan keputusan PM yang pada mereka amatlah kurang cerdik tanpa memikirkan masalah yang bakal dihadapi oleh rakyat marhaen.

Wajarkah Paklah terus-terusan disumpah seranah. Aku tahu.. hati siapa yang tak panas.. aku sendiri tuhan sahaja yang tahu… tapi apa yang kita dapat hasil dari kutukan-kutukan yang kita buat dari jauh ni. Setakat kutuk depan TV, dalam kereta.., dalam jamban.. heh! benda tu tak ubah apa-apakan..? kenapa kita sendiri tak pikirkan solution untuk atasi masalah ni. Kita sendiri sebenarnya tak bersedia untuk hadapi segala kemungkinan pada peringkat awalnya. Ingat lagi ada seorang Pak Aji yang berdegar-degar bercakap di dewan kopinya ” Pecayelaa.. rege minyak tak kan naik.. gomen tak berani punya..” , mungkin Pak Aji ni masih dibuai mimpi indah gelombang tsunami politik pada PRU ke 12. Aku juga tak terkecuali.. walau dah ada angin bertiup dari BNM mengatakan harga minyak bakal mencecah 2.70 seliter.. tetap rileks dan mengharapkan berita ni tak benar. Maklumlah pakcik rambut putih yang dah semakin popular tuu asik ulang-ulang harga minyak takkan naik untuk tempoh terdekat.. hampeh!!

Zon selesa

Ramai diantara kita yang terperangkap dengan lingkungan hidup yang kita kira sudah berada di zon selesa. Kita tak cuba untuk keluar dari zon selesa tersebut. Bila berlaku benda-benda macam ni kita jadi terkejut sebab takde persediaan. Kita takde apa yang dikatakan sebagai Plan B. Masa nilaa baru nak pikir untuk cari other source of income. Bukan tak boleh.. tapi kosnya mungkin dah berbeza.. apapun belum terlambat untuk kita memulakan. Terlalu banyak ruang dan peluang yang boleh diterokai samada online ataupun offline. Aku amat-amat recommend bagi sesiapa yang minat membaca untuk cari buku ni ” Who moved my cheese” hasil tulisan Spencer Johnson. Aku rasa adalah langkah kurang adil untuk terus mengecam PM yang dikatakan kurang cerdik dalam membuat keputusan tu.. barangkali kita juga turut perlu dipersalahkan kerana tak bijak dalam menangani dan menghadapi isu ni..

adios…

Nota Kaki :Aku dengar ada lagi gelombang besar akan berlaku dalam dunia politik tanah air hari ni.. apa dia? kita sama-sama lihat… aku sendiri tak pasti.. mungkin hanya rumour..

Bookmark Artikel nih:
  • BlinkList
  • co.mments
  • De.lirio.us
  • del.icio.us
  • Digg
  • Facebook
  • Furl
  • Google
  • Netvouz
  • NewsVine
  • Reddit
  • Smarking
  • Socialogs
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati
  • TwitThis

Related posts:

  1. Pembentangan bajet 2010 – Apa pengharapan Kita? Sedikit perbualan antara aku dan isteri sewaktu menjamah sate malam...

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

11 Comments

  • At 2008.06.21 10:51, bantingboy said:

    hehe..tak tau la jadi ke tak gelombang besar tu..

    • At 2008.06.22 00:11, nuaeman said:

      haah.. aku rasa macam takde ape jee.. berlaku semalam.. ye.. ye.. Dr Zol tu.. heh!

      • At 2008.06.22 01:23, Kasyidi said:

        Ya, InsyaAllah..satu gelombang besar akan berlaku. Yang pastinya bukan “Gelombang Biru” :p

        P/S: PL tak cerdik atau kita tak bijak..? hehehe.. jawapan sy..sy bijak dah… PL yg tak cerdik..sebab hari tu sy undi PL..sebab sy dok terengganu :D

        • At 2008.06.22 04:56, nasrun said:

          PM tak tegas la.. Petronas lak tak reti nak turunkan harga minyakk

          • At 2008.06.22 06:12, nasrun said:

            Thanks link blog aku kat blog ko..

            Aku dah letak link ko kat blog aku.. =)

            • At 2008.06.22 11:08, nuaeman said:

              Terima kasih Nasrun.. :)

              • At 2008.06.22 11:32, farahaznil said:

                huhhuu…PL yg mengong..hahaha..biasa la tu..marah kat rakyat..lima negeri tandus..termsk kg sndr..hahahaha

                • At 2008.06.22 11:38, numaizi said:

                  Walau apa pun yang datang aku akan tetap bersedia sebab aku yakin walaupun minyak tak naik waktu ni, bende2 lain macam makanan, kesihatah, pendidikan, pengangkutan tetap memerlukan peruntukkan yang banyak. Macam pendidikan semakin hari semakin mahal walaupun kerajaan dah mendirikan banyak IPTA..jangan sampai orang melayu tak bagi pendidikan yang cukup pada anak2 sebab mahal..lebih baik tinggalkan ilmu daripada harta..kita orang melayu sepatutnya ambil contoh orang2 cina mcmana diaorg plan untuk masa depan anak2 mereka, jangan asyik nak harapkan subsidi kerajaan sahaja..abis kalau takde subsidi tak boleh hidup ke..dah hakikatnya kita hidup di Malaysia..kerajaan mcm tu..jadi marilah sama2 kita fikirkan balik apa rancangan kita dalam menghadapi era globalisasi..adakah masih nak berada di takuk lama ataupun mulakan plan baru..kalau dah plan tu jangan berkulat pulak..execute..plan your work and work your plan.

                  • At 2008.06.22 14:57, nuaeman said:

                    Thanks maizi… Dubai best tak? bila nak balik malaysia..? aku pun silap-silap nak kena ke Australia pulak.. ada new project kat sana..

                    • At 2008.06.24 13:21, aNddy said:

                      wah jauhnya opis ko bro..huhuhu.

                      • At 2008.06.25 05:07, nuaeman said:

                        memang jauh.. tu yang aku kena buat biz online ni betul2 hari-hari lepak kat umah jee. :D savelaa sikit.. apapun tunggu income dah betul stabil… jangan cari pasal!! heh

                        (Required)
                        (Required, will not be published)