Inilah along yang betul-betul ada lesen!


Ditulis pada July 28, 2010 – 3:55 pm | Oleh nuaeman
Share

Membaca artikel di berita harian baru-baru ini berkenaan begitu ramai individu yang masih muda diisytiharkan muflis di Malaysia, benar-benar menyesakkan dada. Menurut artikel tersebut kira-kira 38,357 individu berusia 25 hingga 44 tahun diisytiharkan muflis di seluruh negara dalam tempoh 65 bulan sehingga Mei lalu.

Sebab-sebab yang mengakibatkan mereka jatuh muflis salah satunya ialah kerana kegagalan mengawal penggunaan kad kredit dimana melibatkan 4417 kes sepanjang tempoh itu . Sebelum itu  Bank Negara juga ada melaporkan bahawa sebanyak 50 peratus daripada pemegang kad kredit yang diisytiharkan bankrap adalah mereka yang berusia di bawah 30 tahun.

Dalam satu laporan lain pula ada kenyataan daripada Ketua Komunikasi dan Hal Ehwal Korporat Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), Devinder Singh bahawa 15 peratus daripada lebih 39,600 individu yang menyertai program pengurusan kredit AKPK adalah mereka berusia di bawah 30 tahun.

Kad Kredit… ” Ianya memang sedap diguna.. , kerana hanya perlu cucuk ataupun gesek  tetapi telah buat ramai manusia tergolek oleh sebab lepas cucuk dan gesek mereka lupa untuk bayar balik ! “

Aku masih ingat, ketika awal perkenalan aku dengan kad kredit. Entah bagaimana pada satu ketika jurutera tempat aku bekerja terperasan kad kredit yang terselit kemas di dalam dompet.

” Kau apply kad kredit? ” soalnya

” Haah, baru saja dapat, tak pernah guna pun lagi ” Jawab aku sambil tersenyum.

” Mesti rasa macam best je kan bila dapat ? ” dia menduga rasa hati aku.

Aku pula hanya tersenyum dengan kata-kata itu. Tiada jawapan..

” Emm, aku bukan hendak takutkan kau cuma apa aku boleh cakap kad ini kalau tidak diawasi betul betul, dia akan rosakkan hidup kita satu hari nanti ” dia memberi peringatan. Aku diam

” Kad ini yang buat hidup aku jadi tertekan. Sekarang aku sudah tak guna lagi tetapi hutang dia sampai sekrang aku bayar.  Kalau kau nak tahu, inilah along yang betul-betul ada lesen! ” sambungnya agak sedikit beremosi.

Pada ketika itu aku tidak terlalu ambil serius apa yang dikatakan kerana aku sendiri tidak terfikir untuk gunakan lagi kad itu. walaubagaimanapun segalanya mula berubah apabila aku telah mempunyai kereta, bayar harga minyak dengan hanya mencucuk atau menggesek.Seronokkan? Tidak perlu keluar duit berkepul-kepul.

Kemudian terpedaya pula dengan kata-kata ” 0 interest ” untuk pembelian barang-barang elektrik dan akhirnya keadaan kewangan aku sendiri pernah huru-hara dibuatnya. Syukurlah, segalanya sudah mula stabil. Memang nampak disitu kad kredit adalah salah satu penyebab tetapi satu lagi punca utama ialah diri sendiri yang tidak ada disiplin sewaktu menggunakannya.

Jika sudah sampai tahap hanya membayar nilai minimum sahaja kemudian kita masih lagi menggunakan kad kredit tersebut maka tunggulah saat keadaan kewangan kita menjadi sengsara. Biasanya pilihan yang ada selepas itu ialah ‘ gali lubang,  tutup lubang ‘ seperti melakukan balance transfer, membuat personal loan ataupun overdraft yang mana masih tidak dapat menjarakkan kita dengan interest walaupun mungkin peratusan interest mula mengecil.

Jika tidak mahukan interest boleh juga iaini dengan buat pinjaman daripada saudara mara ataupun sahabat handai tetapi pastikan kita membayar semula. Mungkin kita untung kerana pinjaman daripada mereka bersih dari segi interest tetapi kegagalan membayar semula boleh membuatkan nama kita menjadi busuk apabila dijaja merata sebagai orang yang tidak reti membayar hutang. Hidup juga boleh menjadi tidak tentu hala apabila disumpah seranah orang setiap masa. Boleh juga dikatakan itu doa dari orang yang teraniaya, kerana kita meminjam wang dari mereka kemudian boleh pula buat-buat lupa.

Kita berbalik semula kepada sebab utamanya ialah kad kredit. Kad ini memang bahaya apabila berada di tangan orang yang tiada bijak menggunakannya. Lalu menjerumuskan diri mereka dengan hutang dan riba. Seterusnya kehidupan menjadi tidak berkat sebagaimana firman Allah :

“Allah susutkan (kebaikan harta yang dijalankan dengan mengambil) riba dan Dia pula mengembangkan (berkat harta yang dikeluarkan) sedekah-sedekah dan zakatnya. Dan Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang kekal terus dalam kekufuran dan selalu melakukan dosa. ” ( al Baqarah : 276)

Cara paling baik untuk menggunakan kad kredit ialah bayar terus jumlah yang digunakan dalam masa terdekat dan tutup mata daripada iklan-iklan 0 interest dengan pembelian menggunakan kad kredit. Andaikata sebab menggunkan kad kredit adalah kerana tidak mahu nampak duit keluar berkepul-kepul maka mohon sahaja kad debit kemudian masukkan sebahagian duit pada akaun itu. Langkah terbaik sememangnya…

“Katakan Tidak Pada Kad Kredit”

Related Posts with Thumbnails
Bookmark Artikel nih:
  • BlinkList
  • co.mments
  • De.lirio.us
  • del.icio.us
  • Digg
  • Facebook
  • Furl
  • Google
  • Netvouz
  • NewsVine
  • Reddit
  • Smarking
  • Socialogs
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati
  • TwitThis

Entri Berkaitan:

  1. Minggu yang betul-betul buat aku sakit Jiwa..!
  2. Buat benda betul biar betul betul!
  3. Inilah Kebenaran-kiranya itu yang dicari..

Tags: , , ,

Artikel ditulis oleh nuaeman

Seorang lelaki, suami dan juga bapa yang sederhana.

Nuaeman Telah Menulis 376 Artikel Setakat Ini .

Langgan feed melalui RSS atau EMAIL untuk mendapat pemberitahuan tentang artikel terkini dari Nuaeman.

  1. 14 Responses to “Inilah along yang betul-betul ada lesen!”

  2. By cyza on Jul 28, 2010 | Reply

    Salam…

    Bagus artikel ini utk menyedarkan macam-macam orang.

    So far, kredit kad boleh jadi bagus dan boleh jadi tak bagus….

    Yang bagus ialah kalau kita tahu macam mana menggunakan nya utk kelebihan dan keuntungan kita…tapi sayang, tak ramai yang pandai memanipulasi penggunaan kredit kad.

    Yang sayang dan kesian nya…terlalu ramai yang tak berduit terlalu bergantung pada kredit kad utk hidup…akibatnya, hutang menimbun…aku lihat ramai member aku pun camni…kesian…bila aku nak tolong potong, depa kata, kalau ko potong…aku nak makan apa?

    Kalau sampai tahap ni…mampos!!!

    So, sebenarnya..kalau tak dpt kawal…tak payah pakai langsung…
    cyza recently posted..The Best Outsourcing Secrets Specially Crafted for NewbiesMy ComLuv Profile

    [Reply]

    imran Reply:

    Kalau tak pakai langsung macam rugi pula. Gunakan sebaik-baiknya dan ukur baju di badan sendiri :D

    [Reply]

    nuaeman Reply:

    Ramai yang ukur ikut badan orang lain.. itu yang jadi parah.. :)

    [Reply]

    nuaeman Reply:

    Kadang-kadang ada yang rasa macam boleh kawal tetapi bila sudah dapat jadi tidak terkawal

    [Reply]

  3. By samdaddycool on Jul 29, 2010 | Reply

    Memang berpuaka kad kredit ni. Kena faham betul2 istilah bayar minimum payment / bayar semua sekali jumlah yang digunakan. Kalau tak, memang bank senyum sedut interest setiap bulan.
    samdaddycool recently posted..Intensedebate yang mesra backlink bagi blogspotMy ComLuv Profile

    [Reply]

    Nadri Reply:

    customer mcm nie yg bank sayang..klu lmbt byr, lg bank suka psl blh charge late interest..
    Nadri recently posted..Asyraf Juara Imam MudaMy ComLuv Profile

    [Reply]

    nuaeman Reply:

    aha.. ini bankers dah berikan jawapan

    [Reply]

    nuaeman Reply:

    Puaka tu.. ish ish ish… tapi bagi sesiapa yang sudah ada pengalaman mengerikan dengan kk semestinya akan beranggapan begitu.. dasyat..!

    [Reply]

  4. By Shukor on Jul 30, 2010 | Reply

    Memang bahaya kad plastik ni.

    Saya baru jer settle 2 kad kredit saya dan cancel terus…sebab saya ni jenis tak berdisiplin, nak2 bila tengok produk2 digital luar negara. Mulalah nak bershopping :)

    Saranan saya bagi mereka yan tidak berdisiplin macam saya…gunalah kad debit. Saya baru jer dapatkan kad debit Maybank.

    “Hidup tenang walau tiada kad kredit”…
    Shukor recently posted..SBD- Teknik Review – Buat Duit Dengan AffiliateMy ComLuv Profile

    [Reply]

    nuaeman Reply:

    Bagi yang hendak berjinak-jinak dengan KK ni perlu baca hidup tenang walaupun berhutang.

    Boleh di dapatkan di Nuaeman Bookstore. Chewah siap promote lagi.. heh!

    [Reply]

  5. By imran on Jul 31, 2010 | Reply

    Kad kredit ni macam pisau/pistol. Kalau betul pengunaannya menjadi manfaat, kalau tidak menjadi bahana :D

    [Reply]

    nuaeman Reply:

    itu yang ramai jadi mangsa… :) sebenarnya mangsa oleh sebab kekhilafan diri sendiri

    [Reply]

  6. By Nadri on Jul 31, 2010 | Reply

    klu mampu pakai charge card..pakai RM50 bayar RM50..tak pening kepala…
    Nadri recently posted..Asyraf Juara Imam MudaMy ComLuv Profile

    [Reply]

    nuaeman Reply:

    yep.. itu yang sebaiknya

    [Reply]

Post a Comment

CommentLuv Enabled