Gempa, Hujat, Ribut dan Tsunami


Ditulis pada October 2, 2009 – 12:49 am | Oleh nuaeman
Share

Dalam dua tiga hari ni banyak betul kisah-kisah bencana alam berlaku diseluruh dunia tak terkecuali di tanah air kita sendiri. bermula dengan taufan Ketsana di Filipina kemudian disusuli pula dengan kejadian gempa bumi sehingga 7.6 magnitud di sumatera Indonesia sehingga gegarannya dapat dirasakan oleh kita di Malaysia. Ditambah lagi dengan kejadian Tsunami di kepulauan Semoa dan baru sahaja tadi berita TV memaparkan kejadian ribut dan angin kencang di Terengganu dan Kedah. Mesej apakah ini..? Alam dan semakin kuat bersuara. Apakah manusia diatas bumi ini sudah sedar atau masih alpa?

Bumi telah semakin tua dan mungkin tidak mampu lagi untuk menampung segala kemungkaran yang dilakukan oleh umat manusia. Apakah dunia ini akan…

KIAMAT!

Tak mustahil. Apa-apa sahaja boleh berlaku kiranya Allah mengkehendaki. Persoalannya kita.. telah bersediakah untuk mengadap tuhan? Sempurnakah segala amalan yang dipertangggungjawabkan selama ini sebagai hamba-Nya.  Topik ini menjadi bualan di pejabat dari pagi hingga ke tengah hari tadi sehingga masuk pula ke kisah Yahudi yang menantikan kemunculannya Al masihnya dan juga Nasrani yang sabar menanti kembalinya Isa yang kononnya telah menebus dosa untuk mereka.

Ada yang kata mereka merasakan gegaran gempa bumi yang berlaku di Padang. Aku tak merasakannya pulak cuma ada juga sedikit gegaran lain untuk aku bila melihat akaun adsense aku pagi tadi. Terbeliak biji mata sekejap maklumlaa first time berlaku pada akaun sendiri. Takdelah macam speedadsense tu tapi dah cukup bagus untuk kalau hari-hari macam ni..

 

Related Posts with Thumbnails

No related posts.

Artikel ditulis oleh nuaeman

Seorang lelaki, suami dan juga bapa yang sederhana.

Nuaeman Telah Menulis 417 Artikel Setakat Ini .

Langgan feed melalui RSS atau EMAIL untuk mendapat pemberitahuan tentang artikel terkini dari Nuaeman.

  1. 10 Responses to “Gempa, Hujat, Ribut dan Tsunami”

  2. By fikri on Oct 2, 2009 | Reply

    huyoo… alhamdulillah dpt earning bnyk tu… saya nak try gak… cuma dah terlupa email apa saya pakai & password pe yg saya guna utk adsense. nak daftar baru, alamat umah de satu je… :(

    [Reply]

  3. By Ezad on Oct 2, 2009 | Reply

    Haha, adsense aku baru bape..huu

    [Reply]

  4. By MyDailyBlog.Info on Oct 2, 2009 | Reply

    hahaha…nie pon boleh panggil tsunami jugak…tsunami adsense ..heheheh

    [Reply]

  5. By Kujie on Oct 2, 2009 | Reply

    Dunia makin tua , mcm kita juga….mulalah mcm penyakit yg datang

    erk… boleh belanja mee bandung muar tu

    [Reply]

  6. By Shaffik on Oct 2, 2009 | Reply

    Wei ape teknik nie…yang penting legal eh bro..

    [Reply]

  7. By MatKool on Oct 3, 2009 | Reply

    Dunia sudah semakin lanjut usia dah… lepas nih musim tengkujuh bakal menjelang… akan kedengaran pulak citer tanah runtuh, banjir dan tragedi susulan sebagaimana kebiasaan fenomena musim tengkujuh

    [Reply]

  8. By teh on Oct 3, 2009 | Reply

    mengingatkan aku tentang 2012

    filem kontroversi

    tapi bagus untuk menyedarkan kita bumi ni da banyak penyakit
    kalau bumi seorang manusia, pasti dia sedang nazak..hanya menunggu masa untuk mati

    [Reply]

  9. By hasbul on Oct 4, 2009 | Reply

    wah
    masuk duit lagi walaupun gempa bumi kan
    alahmdulillah!

    [Reply]

  10. By maza on Oct 5, 2009 | Reply

    perkhh .. memang menusuk kalbu gitew kanzz..

    ngeri beb..ngeriiii

    mudah2an kita selamat.. ameennnn

    [Reply]

  11. By Kak Long on Oct 6, 2009 | Reply

    Biarpun berlaku pelbagai bencana, manusia mudah lupa yang alam dah bosan dengan tingkah kita.
    Lepas reda sikit, mula musnahkan alam semula.

    [Reply]

Post a Comment

CommentLuv badge