Episod Kotor Media bermula…


Ditulis pada June 30, 2008 – 5:50 am | Oleh nuaeman
Share

Euro akhirnya berakhir sudah.. kini giliran Sepanyol untuk membawa pulang Piala kebanggaan Eropah tu.. Ramai yang lega dengan berakhirnya Euro ni.. tak perlu lagi nak bersengkang mata melihat 22 pemain berebutkan sebiji bola.. takde lagi pakcik-pakcik yang tertido masa kenderaan berhenti dekat traffic light. Lentok baik.. punya! mana taknya.. habis bola dah dekat azan subuh.. masuk keje pukul 8 pagi huhu.. mana sempat nak tido lagi.. makcik-makcik pun tak perlu nak bising lagi.. kes suami tak balik umah pi layan bola kat kedai mamak.. huh!

Kenapa pulak tajuk entry ni episod kotor media.. heh! oklah, aku rasa semua dah tahu tentang berita yang mula tersebar tentang kes aduan liwat seorang remaja (mangsa) ke atas pemimpin kanan sebuah parti politik. Aku bukan nak cerita soal politik atau nak ambil kesempatan hentam ataupun bela mana-mana pihak samada yang dituduh atau yang menuduh ni.. jauh sekali nak berkongsi sebarang maklumat kotak rahsia.. hehe.. kotak kasut aku adalaa.. I’m not the next Raja Petra..!

Apa yang aku maksudkan dengan kotor tu ialah berita seumpama ini (liwat) akan kembali menjadi isu panas akhbar dan sentiasa menghiasi muka depan media cetak sebagaimana yang berlaku 10 tahun dulu. Bukan itu sahaja.., berbangkit dari isu jijik ni.. akhbar-akhbar malaysia akan jadi macam satu  bahan porno yang menceritakan secara detail perkara yang berlaku dalam kain. Ingat lagi pada tahun 1998 rakan aku pun cuba sorok paper daripada dibaca oleh anak-anak. Itu belum masuk lagi apa yang dilihat di TV, kes tilam diusung masuk dan keluar mahkamah.. nasib baiklaa dia tak boleh bercakap kot.. kalau tidak.. mungkin dia pun akan bagitau yang dia pening diperlakukan macam tu..

Isu ni masih baru dan panas lagi.. Siasatan pun sedang dijalankan.. aku cuma mampu berdoa kepada Allah taala untuk tunjukkan kebenaran. Banyak persoalan dalam kes ni sebenarnya.. biasalaa Malaysia pun kaya dengan kisah-kisah x-files nih.., aku amat memuji ketelusan yang cuba ditunjukkan pihak media cuma jangan hanya telus dalam memperbincangkan isu najis macam ni yang bukan sahaja mengotorkan minda bahkan menjadikan media Malaysia dikategorikan sebagai BUSUK!!

Sekadar Satu Pandangan…

Related Posts with Thumbnails

No related posts.

Artikel ditulis oleh nuaeman

Seorang lelaki, suami dan juga bapa yang sederhana.

Nuaeman Telah Menulis 417 Artikel Setakat Ini .

Langgan feed melalui RSS atau EMAIL untuk mendapat pemberitahuan tentang artikel terkini dari Nuaeman.

  1. 3 Responses to “Episod Kotor Media bermula…”

  2. By Affuan on Jun 30, 2008 | Reply

    Bila pemimpin yang dipilih itu bodoh dan sengal, gini la jadinya.

    [Reply]

  3. By S_MS on Jul 1, 2008 | Reply

    Malaysia ni dah semakin tenat….kot masa ni lah orang luar boleh penetrate..menghuru – harakan lagi…
    Apa nak jadi!!

    [Reply]

  4. By nasrun on Jul 1, 2008 | Reply

    Perkara biasa dengan orang politik..

    So jangan la terkejut..

    [Reply]

Post a Comment

CommentLuv badge