Debat : Apa kesudahannya..


Ditulis pada July 15, 2008 – 3:25 pm | Oleh nuaeman
Share

Baru sahaja lepas menonton debat anjuran Agenda Daily sebentar tadi.. Debat antara Menteri Penerangan Dato Shabery Cheek dengan Penasihat Parti Keadilan Rakyat Dato Seri Anwar Ibrahim yang disiarkan secara langsung di TV9 ni memang ditungu-tunggu pun.. Rakyat nak sangat tahu apa yang akan dibentangkan oleh Dato Seri Anwar dan apa pulak penjelasan Menteri Penerangan kita yang baru nih.. apakah beliau akan meletak jawatan sekiranya tewas dalam perdebatan malam ni. Mampu ke beliau menyaingi aura yang ada pada Anwar. Kalau tengok pada prestasi Anwar dalam pentas debat sebelum ni memanglah beliau bukan calang-calang orang, sekiranya tidak mengapa Perdana Menteri Malaysia yang tak cukup retorik tu sendiri yang menjadi lawan dalam Debat?. Mengapa mesti memilih Shabery?

Aku berada di CC yang hingar bingar ketika ni . Dikiri dan kanan dipenuhi anak bangsa yang sibuk bermain games, chatting.. n.. maksiat.. huh! Mungkin diorang semua ni tak mengambil port langsung pasal isu Debat malam ni.. aduhai.. bangsaku.. ini ke generasi yang nak diharapkan untuk menggalas harapan negara.. hancuss..!! eh.. sorry lari topik sikit.. disebabkan kebisingan yang melampau ni.. buat aku hilang fokus.. huhu.. sorry.. sorry..

Oklah apa yang lihat dalam debat 1 jam tadi seolah-olah Menteri Penerangan kurang persediaan dari segi nak memberi penjelasan juga menangkiskan apa yang diperkatakan oleh Dato Seri Anwar. Apa yang lebih banyak aku tengok adalah serangan peribadi keatas Dato Seri Anwar. Di pihak Dato Seri Anwar pulak tidaklah aku kata semuanya betul.. cuma pada aku beliau bijak menggunakan ruang debat yang disiarkan secara langsung ni dalam pada cuba memenangi hati rakyat, itu salah satu strategi beliau barangkali.. kalau perhalusi setiap ungkapan Anwar mesti dikaitkan dengan membantu rakyat, mengurang beban rakyat dan beberapa lagilaa.. yang boleh dikatakan semua benda-benda yang populis… hehe..

Mungkin aku tak dapat megulas panjang.. malam ni.. disebabkan ruang yang terlalu singkat untuk aku kat cc ni.. memang aku tak boleh dengan suasana hiruk piruk camni.. apa yang aku nak lontarkan kerap kali terlepas disebabkan dentuman bunyi.. games dan juga lagu-lagu jepun yang dimainkan.. dalam cc nih argghh!! Setelah satu jam debat.. aku cuma nak tahu apa kesudahannya selepas ni.. korang bolehlaa bagi pendapat dulu yee… :) jumpa lagi…

Related Posts with Thumbnails

Entri Berkaitan:

  1. Pembentangan Bajet 2009!
  2. Sultan Johor Mangkat
  3. Saiful Bukhari : Remaja Paling Popular?

Artikel ditulis oleh nuaeman

Seorang lelaki, suami dan juga bapa yang sederhana.

Nuaeman Telah Menulis 417 Artikel Setakat Ini .

Langgan feed melalui RSS atau EMAIL untuk mendapat pemberitahuan tentang artikel terkini dari Nuaeman.

  1. 5 Responses to “Debat : Apa kesudahannya..”

  2. By Din Beramboi on Jul 15, 2008 | Reply

    Ermmm..bagi aku debat tu ok la…Tapi yg tak aci, lepas debat tu ada plak perbincangan antara ahli UMNO. So, semestinya mereka menyokong Shabery tuu.

    Debat dah tenggelam, yg masuk kepala rakyat adalah perbincangan antara ahli UMNO.

    p/s – kalau tgk kat Astro.

    [Reply]

  3. By pintoo on Jul 16, 2008 | Reply

    kurangnya atau tidak ada perkataan membantu rakyat adalah kelemahan shabery utk menangkis hujah2. sebaliknya hanya pertahankan tindakan pemerintah.

    aku rasa kalau dia nk dpt credit cukuplah dia berkata ” harga minyak kita boleh turun kan… tidak semestinya minyak akan naik.. ” atau ” kita akan tambahkan dan lanjutkan REBET MINYAK” .. baru kita nmpk atleast dia ada gak nk tolong rakyat dlm masa terdekat ni.. bukan hanya semata mata utk masa hadapan saje.

    [Reply]

  4. By titan on Jul 17, 2008 | Reply

    no komen.

    [Reply]

  5. By bantingboy on Jul 22, 2008 | Reply

    senang cite. Takde menang. Takde yang kalah. Seri tanpa jaringan. LAgipun, takde pengadil..

    [Reply]

  6. By sangilapi on Jun 7, 2010 | Reply

    bab macam ni ada susah sikit nak masuk kepala aku…hahaha

    [Reply]

Post a Comment

CommentLuv badge