Dah takde cerita lain agaknya Malaysia ni.. selain dari RASUAH dan Gila KUASA
Ditulis pada February 24, 2009 – 1:05 pm | Oleh nuaeman Share
Malaysia oh Malaysia.. sana sini orang bercerita.
Penat soal rasuah masuk pulak cerita gila Kuasa. Macam dah takde cerita lain kat Malaysia ni agaknya . Aku tertanya-tanya juga.. siapa sebenarnya yang gila dan siapa yang nak berkuasa. Yang tahu.. hanya mereka dan kroni-kroni mereka.. ehem-ehem..!
Aku bukan nak beratkan fikiran pembaca dengan masalah politik dan cacamerba negara kat luar sana. Aku tahu dan sememangnya sudah jelak juga dengan kisah-kisah yang berkait dengan RASUAH dan KUASA. Ada yang gila kuasa, ada yang salah guna kuasa,ada yang merampas kuasa, ada yang nak mempertahankan kuasa dan tak terkecuali yang sedang menanti untuk berkuasa. Emm.. Yang kesiannya rakyat Malaysia.. macam dipaksa-paksa pulak untuk dengar semua cerita.. Apa mereka ni semua dah lupa kee siapa sebenarnya yang berkuasa..?
Cerita Rasuah pun tak kurang hebat dan saling berkait sebenarnya.. yang hilang Kuasa boleh beri Rasuah pada yang berkuasa untuk rampas Kuasa. Yang sedang berkuasa ada kemungkinan untuk hilang kuasa atas sebab masalah Rasuah dan salah guna Kuasa. Kalau semua isu pasal Kuasa dah disabitkan dengan rasuah.. tak mustahil mereka yang mendakwa orang rasuah pun boleh terima rasuah dari seseorang yang berkuasa.. Apapun boleh jadi kalau kat Malaysia.. Cuma yang pasti.. yang sememangnya tak rasuah dan gila kuasa hanya Yang Maha Kuasa..
Ada yang kata isu Rasuah dan Gila Kuasa ni semua takde kaitan dengan kita… apa nak sibuk? tetapi kena ingat..bila ramai sangat yang berkuasa sibukkan isu yang panas ni.. maka masalah-masalah kita ni dah takde siapa pulak nak selesaikan. Itu yang sebenarnya aku nak sibukkan. Dari lompat sana lompat sini.. pastu dakwa sana dakwa sini.. dalam diam-diam Rasuah sana Rasuah sini… Masalah Rakyat macam kita takde siapa ambil peduli. Kalau adapun tunggulaa musim mengundi.. itupun 4 tahun sekali.. kecuali kalau ada yang mati dan tarik diri.. emm…
Hai.. Malaysia.. oh Malaysia.. sampai bilalaa nak terus camni..??!
Entri Berkaitan:





5 Responses to “Dah takde cerita lain agaknya Malaysia ni.. selain dari RASUAH dan Gila KUASA”
By Richie on Feb 26, 2009 | Reply
politik oh politik..huhu
Richie’s last blog post..Nick Vujicic: I Want To Live To The Fullest
[Reply]
By nadinezuharra on Feb 26, 2009 | Reply
dah tak ‘kuasa’ nak layan..hehe
*tp rasa berdosa jgk kalau terpilih pemimpin dari kalangan yang tidak benar..macamane ye kita nak tentukan yg mana satu intan yang mane satu permata..?kdg2 yang palsu pun nampak cantikk..
[Reply]
By nuaeman on Feb 26, 2009 | Reply
itulaahh pasalnya.. palsu tu banyak cantik diluar buruk didalam..
[Reply]
By Shaffik on Feb 26, 2009 | Reply
pendapat aku laa..kalau media massa tak selalu mengembar gemburkan berita-berita sebegini, tak akan jadi semua ni. Bila media massa keluarkan berita pasal politik, jadi semua orang tertarik nak tau. Cuba laa satu hari surat khabar tanpa berita politik amcam?
Shaffik’s last blog post..Kilang aku juga tidak terlepas.
[Reply]
By ruhani on Aug 16, 2009 | Reply
rasuah skarang ni dah cam makan gaji je….apa nk jadi dgn orang yg suka sangat makan rasuah ni,tk terima ke rezeki Allah yg halal nak nambah2 pulak dgn yg haram…na’uzubillah…moga tidak terjadi pada diri saya dan keluarga..biar lah rezeki sedikit tapi yg wajib hukom nya halal…yg makan rasuah no kebanyakkan orang2 yg ig haji pulak tuh….insaf lah wahai haji hajjah sebelom pintu taubat tertutop.
[Reply]