Bila sejadah berdiri


Ditulis pada October 24, 2009 – 9:35 pm | Oleh nuaeman
Share

Kisah Bajet 2010 dah pun habis. Ramai orang Kerajaan terkejut dengan bajet 1Malaysia kali ni. Terkejut sebab bukan sahaja takde bonus malah elaun KOLA yang digempar-gemburkan sebelum ni pun tak terdengar langsung. Malahan penutup botol coca cola pun takde dikeluarkan oleh Tok Jib semalam. Sabar jelaa ye.

Ini ada satu lagi berita yang mengejutkan. Perkara ni terjadi sebelum bajet berlangsung lagi. Ianya perihal sejadah berdiri. Sebagaimana biasa, orang kita mana boleh dengar cerita-cerita camni. Mesti mau bikin GEMPAK!, terutamanya medialah. Aku tidaklah memperlekehkan kisah ini cuma masalahnya kalau betul pun tak ramai yang akan ambil semua tu sebagai pengajaran untuk meyakini kekuasaaan Allah. Setakat dikecohkan sana sini seolah-olah ajaib benarlah apa yang berlaku ini walhal sebagaimana kata Ustaz Zaharuddin, Al-Quran itu sahaja dah menterjemahkan segala keajaiban dari kekuasaan tuhan bagi mereka yang berfikir.

Aku tak pernah menghadapi peristiwa ini jadi penerimaan aku kepada kisah ini biasa-biasa sahaja. Lagipun kedudukan sejadah yang dikatakan berdiri tu bukanlah tegak keatas tetapi sekadar berlipat-lipat sehingga nampak macam kedudukan manusia duduk antara dua sujud dalam solat. Kalau nak dibuat sendiri benda ni pun boleh dan kebanyakkan gambar yang aku lihat di internet ni hampir semua sejadah yang dikatakan berdiri itu terdiri dari jenis sejadah yang tebal yang mana mudah untuk didirikan sebegitu.

Satu hal lagi tentang berita yang mengatakan sejadah itu sedang solat. Untuk ini dah termasuk kepada kisah tambahan yang diimaginasikan oleh pembawa cerita. Nak katakan kedudukannya seperti manusia bersolat boleh diterima tetapi terus mengatakan sejadah tersebut sedang bersolat dah jadi satu tambahan perisa kepada cerita asal. Sekali lagi jangan salah faham yang aku menidakkan perkara ini cuma taknak diri menjadi terlalu taksub.

Ianya sama sepertimana kebanyakkan kisah kalimah Allah di telinga bayi, pada api, asap dan sebagainya. Sesetengahnya memang jelas kelihatan kalimah tersebut tetapi ada diantaranya hanya diimaginasikan sahaja walhal kita sendiri sukar mengenalpasti dengan jelas.  Apapun begitu pendapat aku, jika rasa boleh percaya maka ambillah pelajaran darinya cuma jangan sampai melampaui batas sehingga timbul kepercayaan-kepercayaan karut dan sebagainya. Andai sukar untuk diterima janganlah pula sehingga nampak terlalu memperlekehkan kerana jika kita menjenakakan berita ini ianya seakan keterlaluan juga kepada mereka yang benar-benar mengalami situasi itu.

Sebenarnya kalau nak tengok banyak lagi kekuasaan tuhan perhatikan sahajalah pada kejadian bumi dan langit ni. Tak terhingga rasanya keajaiaban yang ada jika kita gunakan akal untuk berfikir.

Related Posts with Thumbnails

Entri Berkaitan:

  1. Lelaki kencing berdiri tidak layak menjadi Suami?
  2. Projek Dalam Tandas : Bila Nafsu dah tak terkawal

Artikel ditulis oleh nuaeman

Seorang lelaki, suami dan juga bapa yang sederhana.

Nuaeman Telah Menulis 417 Artikel Setakat Ini .

Langgan feed melalui RSS atau EMAIL untuk mendapat pemberitahuan tentang artikel terkini dari Nuaeman.

  1. 5 Responses to “Bila sejadah berdiri”

  2. By titan on Oct 25, 2009 | Reply

    aku setuju. Terlalu banyak yang kita nampak. Tapi kita masih tetap lalai..

    [Reply]

  3. By samanosuke_04 on Oct 25, 2009 | Reply

    hoho, takkan nak kene nampak bende mistik kot baru nak percaya kuasa Allah.. kat alam sekitar pun dah belambak, kalo orang tue dah memang dasar lalai, tunjuk brape byk magik pun tak jadik paper gak..

    [Reply]

  4. By fikri on Oct 26, 2009 | Reply

    aku sebenarnya percaya benda-benda macam ni… cuma aku lebih suka kalo ada bukti yang kukuh.

    ko cuba tengok kat mana-mana… kat situ ada kalimah… kat sini ada kalimah… tapi dari mata kasar biasa x nampak sgt pon. mcm yg ko ckp, ‘imaginasi’.

    nak gembar-gemburkan psl hal ni pon, better tengok keadaan juga. bagi aku, kalo bnyk sgt dorang buat enemuan tanpa bukti kukuh, org bkn Islam mst fikir yg org kita ni karut utk sebar ajaran Islam. aku x nak & btol2 takut psl bende tu semua….

    try ngok kat YouTube… yg singa baca kalimah…. aku dengar bunyi auuummm je…. org yg rakam tu yg dok ckp ‘AllahuAkbar’.

    psl sejadah ni, aku x berapa setuju di gembar-gemburkan. sbb? sbb nya, sejadah kalo kita lilit pon memang kita boleh kasi dia berdiri. try ngok dlm gambar tu… semuanya sejadah yg jenis tebal… bkn nye sejadah nipis.

    bkn aku x caya… aku serah kpd Allah… kalo btol itu drpd kuasa Allah… alhamdulillah… :)

    [Reply]

  5. By nuaeman on Oct 29, 2009 | Reply

    itulaahai.. kadang kita ni imaginasi lebih

    [Reply]

  6. By nuaeman on Oct 29, 2009 | Reply

    betul tu.. kalau tak mahu terima kebenaran.. tunjuk apa pun tak jadi

    [Reply]

Post a Comment

CommentLuv badge