Antara Sajak Kematian dan Puaka Niyang Rapik
Ditulis pada November 14, 2008 – 4:58 am | Oleh nuaeman Share
Malam tadi sambil berehat-rehat sempat juga aku menyaksikan sekali imbas kisah terbaru dalam slot seram TV3, Tajuknya “Puaka Niyang Rapik“. Melihat pada permulaan cerita tu nampaknya macam begitu menakutkan (kononnya..) kerana beberapa makhluk ditunjukkan secara jelas. Yang bergigi tajam, yang bertanduk dan pelbagai lagilaa..Terfikir jugak, pihak kementerian dah semakin bertolak ansur ke dengan benda-benda camni sebab sebelum ni punyalaa disekat tayangan-tayangan begini. Emm.. zaman dah berubah.. dunia pun dah maju.. gitulah gamaknya kan..
Tapi aku teringat pulak pada isu yang berlaku minggu ni. Tentang pasangan ibu bapa yang membantah tayangan video sajak kematian di sekolah. Menurut mereka ianya begitu ekstrem dan menakutkan kanak-kanak. Isu ni juga mendapat respon dari Menteri Pelajaran sehinggakan tayangannya diarah supaya dihentikan segera. Aduh! Tentang bab ni ramai jugak rupanya yang masih tak maju.. bagi aku “takut “apa yang akan berlaku di alam barzakh kiranya kita tidak melaksanakan suruhan Allah adalah lebih baik dari “takut” yang dihadirkan dari makhluk-makhluk yang dijelmakan dalam siri-siri atau filem seram. tapi entah apalah diorang fikir.. aku pun tak tahu.. adei!
Ok first kita layan dulu video tu (ini yang tayangan pendek) dan korang nilaikan..
Dan ini tika isu bermula.. korang cuba dengar apa mak budak tu cakap.. ish..
Mula mendapat reaksi.. ini mereka-mereka yang sependapat dengan akulaa..
Ini reaksi pakar psikiatri dan menteri (Goblok apa!)
Akhirnya diarah tutup oleh Menteri Pelajaran.. (aduhai…)
Aku rasa Ustaz Zawawi ni pun tak menghalang video nih.. tengok apa dia kata..
TV3 pun macam nak taknak jee tayang kenyataan penuh Ustaz Zawawi ni.. betulla dia kata ikut peredaran zaman.. tapi entahlaa aku tak tahulaa siapa sebenarnya yang takut dan ditakutkan dalam hal nih.. anak-anak, ibu bapa, orang dewasa atau Menteri-Menteri.. emm..
Berfikir sat..
Entri Berkaitan:





18 Responses to “Antara Sajak Kematian dan Puaka Niyang Rapik”
By lankapo on Nov 14, 2008 | Reply
bro,
aku setuju dengan ko 100%
aku rasa ibubapa yang komplen tuh sebab anak daiorg tegur kut suh solat kut hahah tu yang hangin tuhhh
ini sudah lebihh hahha
lankapo’s last blog post..Increase your Alexa Rank by Sponsoring online contest
[Reply]
By Kujie on Nov 14, 2008 | Reply
kalau pergi ceramah/pengajian agama lagi banyak cerita² alam kubur, seksa neraka yang ustazah akan cerita.
Tujuan dia ape? menakutkan kita?
Tujuan utk memperingati kita, mengajar kita supaya jangan berbuat dosa.
berpesan-pesan pada kebenaran dan mencegah kemungkaran adalah tanggungjawab setiap muslim.
setiap benda bernyawa pasti mati, dan mati itu pasti, alam kubur dan siksa kubur itu pasti, alam akhirat itu pasti, malaikat mungkar nakir itu pasti. Syurga Neraka itu pasti, pembalasan Tuhan itu juga pasti. jangan lah buat buat tanya, kang kita dianggap mempermainkan apa yang tertulis dalam kitab kitab.
Agaknya ibubapa yang membantah ini tak pernah tahu ttg balasan² seksaan yang akan diterima jadi dia tidak tahu untuk memberitahu anaknya bila ditanya dengan lebih lanjut.
Kujie’s last blog post..What you give you get back
[Reply]
By ijamidayu on Nov 14, 2008 | Reply
Aku sendiri xpaham. Cerita hantu punya la banyak xtakut pulok budak2 nak tgk. Memang semakin ‘maju’ kebelakang. Tgh kaunseler tu ckp. CIS!!
Mula nak marah nie!!
ijamidayu’s last blog post..Bisness OH Bisness! Mengapa Aku Tidak Berjaya?
[Reply]
By megat on Nov 14, 2008 | Reply
setuju! “melentur buluh biar dari rebungnya”, bukan kah sinonim dengan bidalan melayu kita?
memang bermula dari sekolah rendah, supaya dewasa kelak mereka tidak sesat dan ketika itu amat susah untuk dilenturkan.
semakin dewasa, dunia semakin didedahkan. sudah pasti keseronokan lain akan manjadi penghalang utama.
megat’s last blog post..Semakin Tenang, Keluar Dari Rumah Dan Berpindah
[Reply]
By shaxx on Nov 14, 2008 | Reply
seperti yg telah aku komen kat blog2 lain yg buat posting pasal ni, sila cadangkan supaya video itu ditayangkan di dewan rakyat setiap pagi sebleum dorang sibuk berdebat….
shaxx’s last blog post..Kuala Lumpur Jakarta Surabaya
[Reply]
By nuaeman on Nov 15, 2008 | Reply
Itulaa pasal Lan, Mungkin sebab sebelum ni tak penah ditegur, bila tiba-tiba dibagitahu oleh anak mereka dalam kubur kena baham ngan ular terkejut depa.. haha
[Reply]
By nuaeman on Nov 15, 2008 | Reply
Yang bagi pendapat tu tak pernah pergi ceramah agama agaknya kak..
[Reply]
By nuaeman on Nov 15, 2008 | Reply
Itulaa pasal.. entah apa dalam fikiran depa tu.. si kaunselor ngan menteri tuu sama-sama takleh pakai..
[Reply]
By nuaeman on Nov 15, 2008 | Reply
Kalau dah besar bagi tengok video tu.. emm nanti jadi macam kaunselor ngan mak bapak tulaa.. pandangan ikut rasional jee
[Reply]
By nuaeman on Nov 15, 2008 | Reply
Cadangan yang baik tuu.. wajibkan je penayangan video nih.. takkanlaa untuk menteri pun keterlaluan kot.. huhu ke ada gak yang rasa ditakutkan..
[Reply]
By myadlan on Nov 15, 2008 | Reply
surprisingly ustaz asri (MAZA.com) pun agree supaya tak ditayangkan. khurafat katanya..
so, aku sokong ustaz asri!! sajak tu biase je. kat dlm IKIM.fm pun slalu je ada deklamasi sajak2 mengingatkan kematian. cuma bila tang video tu, tak best sket la.
masing2 ada baik buruk. eh. panjang plak komen. sori!
myadlan’s last blog post..New Shopping Mall in Town
[Reply]
By zool on Nov 15, 2008 | Reply
Ntah aku tengok klip tu takdela ekstrem sangat..
Ekstrem lagi cerita ‘Rempit’, ‘Impak Maksima’..
Pasal khurafat tu aku tak nampak plak kekhurafatan nya..
betul ke video ni yang diorang komplen nie??
biasa je..
[Reply]
By titan on Nov 15, 2008 | Reply
haha..yang macam ni komplen. Yang dedah sana sini, malas plak depa komplain. aii. tak faham aku sekarang..
titan’s last blog post..I Got 6th Payment from TNX
[Reply]
By nuaeman on Nov 16, 2008 | Reply
Ye memang ada pro dan kontra dalam hal nih.. Adlan. Kita boleh terima jika reason dia beri tu berilmiah dan juga sesuai dengan tindakan mereka pada isu-isu lain. Tetapi ini tidak berlaku.. dalam hal keagamaan sahaja nak diambil tindakan begini.. tetapi benda yang boleh memberi impact lebih buruk dibiarkan sahaja berleluasa.
MAZA, emm.. kaset, tulisan dan kertas kerja dia banyak dalam simpanan aku. Aku menghormati pandangan dia tetapi adakala aku juga bercanggah pendapat dengan Ustaz dan Mufti muda ni.
[Reply]
By nuaeman on Nov 16, 2008 | Reply
Betul tu zool. Itu yang jadi pokok pangkal persoalan. Mengapa dalam hal yang merosakkan ummah kerajaan tak bertegas.
[Reply]
By nuaeman on Nov 16, 2008 | Reply
Sekarang memang pening Titan.. kalau cakap lebih-lebih orang kata pro pembangkang.. padahal ini buku isu politik tapi isu ummah..
[Reply]
By abdfatah on Nov 16, 2008 | Reply
sajak nih yang baru ke?
dah banyak versi dah sekarang sakaratul maut punyai video nih…
biasa dengar yang ini dulu…
semuanya geleng kepala… apa yang kamu mahuuuuu???
berapa tahun kamu mahu? 100 tahun cukup????
http://www.youtube.com/watch?v=R2oxVeH88P8
[Reply]
By nuaeman on Nov 16, 2008 | Reply
Tak silap aku itu yang versi selimut putih kan.. dulu time kat sekolah selalu ada pentomim pasal tuh.. takde pulak keluar isu nih
[Reply]