Alfatihah buat Mior Ahmad Fuad ( Din Beramboi )


Ditulis pada April 2, 2010 – 3:05 am | Oleh nuaeman
Share

Aku rasa baru beberapa minggu lepas aku melihat kelibatnya secara langsung di TV ketika dia muncul sebagai pengkritik didalam satu rancangan realiti berunsurkan lawak.  Sebagaimana biasa dia akan membuat lawak-lawak yang selamba sambil mengkritik yang mana adakalanya menggelikan hati dan adakalanya juga tidak langsung buat aku tersenyum mahupun ketawa. Itulah cabaran buat seorang pelawak yang tugasnya untuk menghiburkan orang tetapi tidak semua orang mampu menerima lawak mereka dan tidak semua orang juga merasakan apa yang dilakukan oleh mereka adalah lawak.

Jujurnya aku kurang meminati insan yang bernama Din Beramboi sebelum ini sehinggalah selepas aku menonton rancangan Spontan di Astro warna yang mana menyerlahkan gelagatnya yang selamba. Telatahnya membuatkan aku tidak ketinggalan untuk menyaksikan rancangan itu untuk minggu-minggu seterusnya dan kekadang menjadi tidak bersemangat untuk menonton jika tiada kelibatnya. Itulah bakat yang dikurniakan Allah kepada Allahyarham Mior Ahmad Fuad bin Mior Badri atau lebih dikenali sebagai Din Beramboi.

Aku seperti terkesima seketika waktu membaca mesej di Facebook menyatakan beliau telahpun meninggal dunia walau aku seakan dapat merasakan sebelum ini bahawa keadaannya memang cukup genting. Atas sebab untuk mengetahui keadaannya aku sanggup mendengar Radio Era pada waktu pagi untuk 2 hari ini. Aku masih doakan dia selamat tetapi tiada siapa mampu menyekat takdir Allah.  Itu janji tuhan..

KUALA LUMPUR 2 April – Pelawak popular dan penyampai radio Era, Mior Ahmad Fuad Mior Badri meninggal dunia di Hospital Selayang, lewat malam tadi.

Allahyarham yang dikenali sebagai Din Beramboi menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU) pukul 12.30 malam.

Menurut adik Allahyarham, Rozana Mior Badri, semua ahli keluarga berada di sisi Allahyarham kecuali ayahnya yang tidak dapat hadir.

Katanya, Allahyarham meninggal dunia akibat demam denggi berdarah yang menyebabkan beberapa organ badannya gagal berfungsi.

‘‘Jenazah abang saya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Ehsan, Kepong di sini sebelum solat Jumaat,’’ katanya ketika ditemui di hospital itu, malam ini. – Utusan

Aku mendoakan semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Takziah buat keluarga Allahyarham Mior Ahmad Fuad bin Mior Badri. Alfatihah…

Related Posts with Thumbnails

No related posts.

Artikel ditulis oleh nuaeman

Seorang lelaki, suami dan juga bapa yang sederhana.

Nuaeman Telah Menulis 417 Artikel Setakat Ini .

Langgan feed melalui RSS atau EMAIL untuk mendapat pemberitahuan tentang artikel terkini dari Nuaeman.

  1. 4 Responses to “Alfatihah buat Mior Ahmad Fuad ( Din Beramboi )”

  2. By Bb Hussain on Apr 2, 2010 | Reply

    Al-Fatihah..semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

    [Reply]

  3. By Nadri on Apr 2, 2010 | Reply

    Takziah buat ahli keluarga arwah..Sesungguhnya beruntunglah orang Muslim yg meninggal dunia pada hari Jumaat..Terlepas daripada seksaan kubur sehingga hari kiamat..Subhanaallah…

    Dan orang yang paling “bijak” didunia ini adalah orang yg sentiasa mengingati akan keMATIan..

    [Reply]

  4. By peminat on Apr 6, 2010 | Reply

    uwwwwwwwaaaaaaaaa nape din beramboi meningal

    [Reply]

  5. By mrnoble on Jun 13, 2010 | Reply

    alfatihah & takziah buat keluarga arwah

    [Reply]

Post a Comment

CommentLuv badge