Akta Halal: Menanti sejauh mana keberkesanannya


Ditulis pada March 2, 2010 – 4:45 pm | Oleh nuaeman
Share


Mungkinkah akta halal yang bakal dikuatkuasakan tahun hadapan akan lebih meyakinkan ramai pengguna bahawa setiap barangan yang mempunyai Logo Halal yang sah sememangnya boleh dinikmati dan digunakan tanpa sebarang keraguan. Langkah kerajaan untuk menguatkuasakan Akta ini amat baik tetapi diharapkan perlaksanaannya juga haruslah serupa sebagaimana yang diwar-warkan.

Kita tidak mahu masih wujud rasa kesangsian sepertimana sebelum ini apabila sesuatu produk yang dikenalpasti menggunakan sumber tidak halal tetapi masih berada dipasaran dan iklan-iklan mengenainya masih terpapar di merata-rata seolah-olah pihak berautoriti tidak benar-benar serius dalam menangani isu ini. Itu belum dikira lagi dengan logo-logo halal palsu pada barang makanan.

KUALA LUMPUR 26 Feb. – Individu, peniaga serta pengusaha yang terbukti menyalahgunakan sijil halal atau mempamerkan sijil halal bukan daripada pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) boleh dikenakan tindakan selepas Akta Halal dikuatkuasakan mulai tahun depan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, akta tersebut kini masih dalam proses penelitian dan dijangka dibentangkan di Parlimen pada pertengahan tahun ini.

“Akta ini bagi saya amat penting dalam usaha kita menjaga maslahah umat Islam kerana peruntukan sedia ada tidak memberi hak kepada pihak berkuasa mengambil tindakan dalam bentuk penguatkuasaan.

“Selepas ini jika terbukti ada pihak yang melanggar akta berkenaan mereka akan dikenakan mengikut peruntukan yang bakal ditetapkan kelak,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas majlis pelancaran Kempen 1Malaysia 1Halal di Masjid Negara di sini hari ini.

Pelancaran majlis tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah yang juga Sultan Kedah.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ketika ditanya mengenai bentuk tindakan atau hukuman yang akan dikenakan berdasarkan akta itu sama ada ia dalam bentuk penjara atau denda Jamil Khir berkata, perkara tersebut masih di peringkat perbincangan.

“Untuk pengetahuan penyediaan akta ini turut melibatkan pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta Pejabat Peguam Negara.

“Kami bersama-sama merangka akta ini termasuk bentuk hukuman atau tindakan yang akan dikenakan terhadap pesalah. Setakat ini kami masih belum putuskan apakah bentuk hukuman yang sesuai,” katanya.

Dalam pada itu, Jamil Khir berkata, penguatkuasaan akta itu merupakan petunjuk prestasi utama (KPI) bagi kementeriannya.

“Kita mahu logo halal, penyediaan makanan halal, pembungkusan bahan makanan halal dan segala isu berkaitan halal dihormati oleh semua pihak dan atas faktor ini jugalah kerajaan akan memperkenalkan Akta Halal,” katanya.

Terdahulu dalam ucapan semasa majlis pelancaran kempen itu beliau berkata, berdasarkan kajian oleh HighBeam Research pada tahun 2007, nilai pasaran makanan halal ialah AS$150 bilion (RM510 bilion) dan dijangka meningkat kepada AS$500 bilion (RM1.7 trilion) pada tahun 2010.

“Ini merujuk kepada prospek pengguna Muslim yang kini berjumlah 1.8 bilion dan meliputi 112 negara. Peningkatan ini, secara relatifnya adalah satu lonjakan yang sangat besar,” katanya

Bila berbicara soal akta halal ini tentunya yang paling melekat di kepala ramai orang ialah produk makanan kerana ianya akan menjadi darah daging seterusnya mampu  mempengaruhi sikap seseorang. Sukar untuk kita nafikan bahawa segala masalah sosial yang berlaku sehingga kini ada kaitannya dengan soal pemakanan yang syubhat dan haram. Oleh sebab itu andaikata nanti terdapat sebarang produk makanan yang telah dikenalpasti mempunyai unsur syubhat sebaiknya di hebahkan secepat mungkin dan bukan di rahsiakan nama produk tersebut. Begitu juga dengan produk-produk lain seperti ubat gigi, kosmetik dan sebagainya.

Apa yang menjadi harapan ramai umat Islam ialah Akta Halal ini akan menjadi satu akta yang akan diguna pakai bukan sekadar hiasan ataupun mampu di pijak oleh syarikat-syarikat besar yang mungkin didalangi orang-orang tertentu bagi menyembunyikan unsur syubhat di dalam produk mereka.

Related Posts with Thumbnails
Bookmark Artikel nih:
  • BlinkList
  • co.mments
  • De.lirio.us
  • del.icio.us
  • Digg
  • Facebook
  • Furl
  • Google
  • Netvouz
  • NewsVine
  • Reddit
  • Smarking
  • Socialogs
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati
  • TwitThis

Entri Berkaitan:

  1. Duhai isteri, sejauh mana kekuatanmu..
  2. Ucapan Salam di mana-mana
  3. Jana Wang melalui Wang Pos: Halal atau Haram?
  4. Senarai Kod Produk Makanan yang mengandungi Lemak Babi

Artikel ditulis oleh nuaeman

Seorang lelaki, suami dan juga bapa yang sederhana.

Nuaeman Telah Menulis 363 Artikel Setakat Ini .

Langgan feed melalui RSS atau EMAIL untuk mendapat pemberitahuan tentang artikel terkini dari Nuaeman.

  1. 11 Responses to “Akta Halal: Menanti sejauh mana keberkesanannya”

  2. By zaryl on Mar 2, 2010 | Reply

    bab merahsiakan kebenaran tu aku tak sokong selama ni. sudah tahu makanan tu haram utk umat Islam kenapa perlu disorok?

    bagi org yg ada kemudahan internet dsb ok la boleh dptkn maklumat. mcmana dgn org yg takde kemudahan mcm kita? buat naya je.

    aku setuju dgn perenggan akhir ko tu bro. :)

    [Reply]

  3. By samdaddycool on Mar 3, 2010 | Reply

    Semoga kerajaan dapat menambah bilangan kakitangan dalam memantau syarikat yang menggunakan logo halal. Dana negara perlu disalurkan lebih kepada operasi memantau dan mengawasi status halal, daripada dibazir kepada perkara2 yang lain cth; konsert sana sini utk sambutan tertentu, poster / bendera pilihanraya(kecil) yang melampau-lampau (cut down sikit la pak menteri, sebab lepas tu jadi sampah), projek gajah putih dsb.

    [Reply]

  4. By samanosuke_04 on Mar 4, 2010 | Reply

    hehe, kalo yang duduk negara islam, takkan bimbang sgt pasal isu2 nie.. try duk tempat mat saleh.. kalo dengar jer ade benda yang halal, memang berita bagus rrr

    [Reply]

  5. By nuaeman on Mar 4, 2010 | Reply

    Itulah Zaryl.. kesin mereka-mereka yang takde kemudahan internet.. tapi mereka patut diberikan buku halal haram dalam makanan yang dikeluarkankan Persatuan pengguna Pulau Pinang tu..

    [Reply]

  6. By nuaeman on Mar 4, 2010 | Reply

    betullah sam.. apa program-program hiburan tu taknak diklasifikasikan halal dan haram ke..?

    [Reply]

  7. By nuaeman on Mar 4, 2010 | Reply

    Tapi duduk negara Islam yang macam malaysia berbahaya juga sebab sampai satu tahap sensitiviti kurang.. masa aku kat US dulu setiap kali nak beli makanan mesti belek ingredient dulu.. kat Mesia bila dah nampak kat bhgn halal.. semuanya masuk dalam cart.. takde nak tengok2 dah

    [Reply]

  8. By samdaddycool on Mar 4, 2010 | Reply

    Tu kena tanya Jabatan Hal Ehwal Agama, nak bagi logo halal ke logo haram.. Kalau dah setiap kali sambutan (konsert) kat dataran merdeka tu, bersepah kondom sana sini.. apa cerita??

    [Reply]

  9. By Kujie on Mar 5, 2010 | Reply

    isu ini bukan baru tetapi kenapa ye tak pernah selesai..kita ada akta tetapi kenapa peniaga macam tak takut

    sikap kita sendiri yang tak perihatin kot

    [Reply]

  10. By imran on Mar 6, 2010 | Reply

    Selain sikap pengguna yang tidak prihatin, penguatkuasaan juga longgar dan ditambah pula dengan lambakan pengesahan sijil halal swasta.

    [Reply]

  11. By mba on Mar 7, 2010 | Reply

    alasannya bukan salah kita, kita mana tahu. tapi jgn lupa, contoh kemalangan kita boleh salahkan org yg melanggar, memang dia salah tapi kesannya kita yg menanggung (Patah kaki misalnya). alasan lagi, habis kalau semua tak boleh makan kita nak makan apa, agak-agak Mungkar dan Nangkir boleh terima alasan tu? soal sorok maklumat takkan nak disiarkan setaiap hari, yg penting Kita perlu diberi tahu atau kita yg perlu ambil tahu. itu pemakanan bagaimana yg lain misalnya berus gigi awas dlm tu ada bulu halus yg dibalut supaya tak mudah lentok. mcm-mcm lagilah. Lihat sajalah sekeliling kita jaringan pembuat SIAP?

    [Reply]

  12. By nuaeman on Mar 9, 2010 | Reply

    Terima kasih dengan penjelasan abang mat

    [Reply]

Post a Comment

CommentLuv Enabled