Akhirnya Jacko benar-benar memeluk Islam
Ditulis pada November 22, 2008 – 3:44 pm | Oleh nuaeman Share
Berita tentang Michael Jackson memeluk Islam ni rasanya dah lama aku dengar. Bermula dari 2005 dah banyak desas-desus mengenai minat beliau terhadap Islam. Menurut beberapa website Israel pada tahun 2005, Jacko telah mendekati dan cuba melakukan beberapa perkara yang terkandung dalam rukun Islam. Pada ketika itu beliau juga dikatakan terlibat dalam pengumpulan dana bagi membina sebuah masjid di Bahrain.
Pada 2006 sekali lagi timbul berita tentang minatnya Michael kepada Islam. Ada pula yang menghantar sebuah lagu ketuhanan pada email aku dan mengatakan ianya dinyanyikan oleh Michael Jackson. Sekali dengar macam betul tetapi selagi tiada bukti yang sahih aku masih belum percaya. Dalam satu interview pada hujung 2007 pula Michael mengatakan bahawa beliau masih lagi menganut kepercayaan Jehovah’s Witness. Jadi pada ketika itu aku fikir berita Michael memeluk Islam tak lebih dari sekadar khabar angin.
Ketika tersebar luas email berkenaan Britney Spears ingin memeluk Islam sejak awal 2008 tiba-tiba semalam kita dikejutkan dengan satu laporan yang mana Jacko akhirnya mengucapkan syahadah dalam satu majlis di rumah kawan-kawannya di Los Angeles. Raja pop Amerika Syarikat ini dikhabarkan telah memilih Mikaeel sebagai nama Islamnya. Andai beliau ambil nama “Mustafa” pun bagus juga sebenarnya. Makna pun lebih elok. Tapi menurut berita tersebut beliau telah menolak nama Mustafa yang bermaksud “Yang Terpilih”.
Kalau apa yang dilaporkan oleh berita tu benar memang bersyukurlah sangat. Bertambah seorang lagi saudara baru. Ditambah pula katanya Yousuf Islam turut sama di dalam majlis tu. Sekurang-kurang ada seorang teman yang berasal dari bidang yang sama untuk beliau jadikan panduan. Dengan bantuan dua orang lagi rakan penerbit dan penulis lirik iaini Daud Wharbsby Ali dan Idris Philips aku harap Michael dapat beralih pula kepada lagu-lagu keislaman sebagaimana yang dilakukan oleh Yousuf Islam.
Walau sumber yang benar-benar sahih beserta gambar masih belum ditemui apa yang aku lihat tika ini ramai umat Islam di seluruh dunia mengucapkan Alhamdulillah serta mengharapkan berita ini benar dan beliau mengikut jejak langkah abangnya Jermaine. Tentang satu berita lagi mengenai masalah beliau dengan anak Raja Bahrain aku tolak tepi dahulu..
Entri Berkaitan:
- Rogol Bayi 20 Bulan:Ini Benar-Benar Binatang!!
- Umat Islam umpama Dinasour
- Sejarah Kesultanan Islam di Johor
- Kau lahir jua akhirnya…
- Pesan Jibril Menjelang Ramadhan: Benar atau Palsu?
Tags: Michael Jackson, Peluk Islam, Yousuf Islam





7 Responses to “Akhirnya Jacko benar-benar memeluk Islam”
By callister on Nov 22, 2008 | Reply
ye..aku pun harap berita ni betul..
ramai org Islam yang suke dgn berita ni..
moga2 jalan hidup dia dipermudahkan Allah swt.
callister’s last blog post..Am i hot stuff? You tell me
[Reply]
By farahaznil on Nov 23, 2008 | Reply
tp..jangan harap masuk islam je dah le…tak guna juga..tp tak amalkanya..huhhuu
[Reply]
By nuaeman on Nov 24, 2008 | Reply
Harap-harap begitulaa hendaknya.. tapi dah ada kepastian ke berita ni?
[Reply]
By nuaeman on Nov 24, 2008 | Reply
Macam ramai kat malaysia ni yek..
tapi diorang masuk Islam ke masuk melayu tuh.. heheh
[Reply]
By callister on Nov 24, 2008 | Reply
ye la..sb dah bc sume surat khabar kata betul..
tapi xda juruckp dia yang ckp pun..
kita tunggu lg ye..
[Reply]
By nuaeman on Nov 24, 2008 | Reply
Ye tunggu dan lihat jee.. semua orang harapkan perkara ni betul-betul berlaku..
[Reply]
By mazuki selangor2u on Dec 11, 2008 | Reply
erm sebelum ini ingt kan lebih sekadar khabar angin…xtau plak betol…huhu
mazuki selangor2u’s last blog post..Cicak Man 2 Di Pawagam 11 Dec 2009 (Besok)
[Reply]