Akhil Hayy, Waheeda dan sikap kita..


Ditulis pada August 18, 2009 – 1:16 pm | Oleh nuaeman
Share

Pagi-pagi lagi dah ada satu soalan provokasi untuk aku dari salah seorang kakitangan wanita di tempat kerja.

“ Berani betul Ustaz Akhil tu kahwin dengan Waheeda ye bang. Tak menyempat-nyempat. Nama je ustaz.. dua-dua tu hipokrit.. ok ke abang rasa dia buat macam tuh.?”

“Ulp!” aku baru je kaki melangkah masuk ke ofis disapa pulak dengan soalan macam ni. Ya, aku akui berita pernikahan Ustaz Akhil ni seakan suatu isu panas yang hangat diperbincangkan dari semalam tetapi untuk aku mengulas samada bagus atau tidak apa yang dilakukan mereka, apa hak aku sebenarnya lagipun cerita gosip-gosip artis ni sebolehnya aku nak elakkan. Cukuplah setakat menjadi sembang ringan dengan isteri di dalam kereta. Bila terlalu dilayankan maka inilah jadinya. Senang-senang menghukum orang itu hipokrit, orang ini takleh pakai. Habis kita yang sibuk menghukum ni nak diklasifikasikan sebagai apa?

Aku jauh sekali meminati Waheeda dan untuk Akhil pula bagi aku beliau adalah penghibur yang mana pada masa yang sama boleh bertazkirah. Tak kiralah samada sebelum atau selepas menjadi selebriti modal yang digunapakai dalam setiap ceramah masih sama iaitu alunan nasyid serta zikir dari kenyaringan suara beliau diulamkan pula bersama kisah-kisah mencuit hati yang mungkin boleh dijadikan iktibar. Kehadiran beliau ke dunia seni diharapkan mampu menarik golongan remaja kearah lebih mendekati agama tetapi kesudahannya lain pula jadinya.

Dalam isu Akhil dan Waheeda ini apa yang aku dapat simpulkan kehadiran mereka dianggap sebagai golongan agamawan dalam industri seni dan apabila berlaku gosip-gosip seperti sebelum ini ianya seakan satu tamparan hebat kepada golongan ini bukan mereka-mereka yang terlibat sahaja. “Tengok! ustaz pun buat hal camni, kopiah je atas kepala tapi perangai macam setan gak! Hipokrit!” bentak seorang teman. Sakit mendengar kata-kata sebegitu tetapi aku akui yang Akhil dan Waheeda sendiri telah membuka ruang fitnah.

Setelah berlaku pula kes penceraian beliau maka satu lagi bom meletus lantas masyarakat seakan tak boleh menerima dan kesalahan sememangnya diletakkan kepada Akhil manakala isterinya diklasifikasikan sebagai orang yang teraniaya. Waheeda pula dipandang hina sebagai pencetus masalah dan perosak rumahtangga seorang yang bergelar ustaz rock. Inilah yang ada pada fikiran ramai orang kerana secara kasar itu yang mereka nampak walaupun hakikat sebenar ramai yang masih tidak mengetahui.

Berbalik kepada persoalan yang aku terima samada tindakan yang dilakukan itu baik atau tidak. Andai kita cuba buka hati ini untuk lebih berbaik sangka maka aku rasa tidak ada masalahnya.

“Untuk mengelakkan diri mereka dari terus bergelumang dengan fitnah dan kebetulan hati masing-masing telah suka sama suka tambah pulak dengan diri Akhil yang menduda maka eloklah bernikah” Jawapan ringkas dari aku.

“Alah… bukan takde hari lain, Norman ngan Memey pun tak menikah lagi. Nampak sangat tak sabar!” rupanya ada lagi sisa-sisa rasa tidak puas hati pada orang yang bertanya ni…hurm..

Lihatlah padahnya bila kita terlalu melayan gosip. Bukankah lebih baik untuk Akhil ini mencari ruang halal dari keluar kesana-sini dengan bukan muhrim berbekalkan status duda. Pernahkah kita mendengar kisah seorang tua dan anaknya beserta seekor kaldai yang berdepan dengan pendapat orang ramai tentang mereka. Orang ramai yang sentiasa memberikan kritikan kepada perlakuan si tua dan anaknya terhadap kaldai mereka dalam kisah ini adalah mewakili sikap kita yang seringkali cuba untuk menzahirkan ketidakpuasan hati yang kadangkala melangkaui dari hak bersuara. Saranan terakhir aku kalau rasa tak boleh sangat nak mengawal diri dari memberi komen dengan kata-kata nista adalah lebih elok kita tak perlu mengambil tahu!

Untuk Akhil dan Waheeda diucapkan Selamat Berbahagia menempuh alam rumahtangga. Moga pengalaman lalu mengajar mereka untuk lebih matang dalam apa jua tindakan selepas ini.

p/s: 2 hari lagi untuk menyambut ulangtahun perkahwinan yang ke 4 :)

Related Posts with Thumbnails
Bookmark Artikel nih:
  • BlinkList
  • co.mments
  • De.lirio.us
  • del.icio.us
  • Digg
  • Facebook
  • Furl
  • Google
  • Netvouz
  • NewsVine
  • Reddit
  • Smarking
  • Socialogs
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati
  • TwitThis

No related posts.

Artikel ditulis oleh nuaeman

Seorang lelaki, suami dan juga bapa yang sederhana.

Nuaeman Telah Menulis 374 Artikel Setakat Ini .

Langgan feed melalui RSS atau EMAIL untuk mendapat pemberitahuan tentang artikel terkini dari Nuaeman.

  1. 13 Responses to “Akhil Hayy, Waheeda dan sikap kita..”

  2. By MyDailyBlog.Info on Aug 18, 2009 | Reply

    hahaha…
    mmmmm…bagi aku akhil x salah malahan dia seorg yg bijak…kerana kalau kita tgk dia seorg yang hanya berdiam diri dan x mudah mengelabah bila provokasi berlaku keatas diri dia…yg lebih hanyalah bekas isteri dia sahaja…

    Ok bab, dia kahwin nga waheeda aku betul, betul sokong…

    betul…betul..betul….

    Kalau mereka x kahwin pon org kata,dah kawin pon org still jugak kata…tapi bila dh kawin maka mereka dapat jauhkan daripada berlakunya fitnah. betul x?

    Tapi, bagi aku yg salah disini ialah bekas isterinya, yealah kenapa dia membuka aib seorg suami kepada alam sekitar,derhaka namanya tue….

    Memang patut pun akhil kawin ngan waheeda….

    wallahualam….

    [Reply]

  3. By boy_bersahaje on Aug 19, 2009 | Reply

    Bro, tahniah untuk hari ulang tahun yg ke-4 itu ya… Sebelum kawan terlupa baik wish sekarang..huhu. semoga dapat kekalkan kebahagiaan di samping isteri dan anak-anak tercinta :) . Dan juga kekal menjadi blogger yang BERSAHAJE!!! Huhuhu

    [Reply]

  4. By fathuri on Aug 19, 2009 | Reply

    Assalamulaikum Nuaeman. Pertama sekali saya nak ucapkan Tahniah atas ulang tahun yang ke-4. Sudah 4 tahun melayari bahtera hidup berkeluarga. Tentu banyak “ombak” yang sudah di atasi kann..

    Entry di atas memang menarik untuk diulas,

    Pun begitu, saya secara peribadi berpendapat. Episod-episod sukar dalam kehidupan akan melanda sesiapa sahaja.

    Hari ini hari dia, hari kita belum tentu lagi…

    Oh ya, hari ini ada entry yang berkaitan dengan cerita keluar dari lembah kesukaran..

    Tentu menarik untuk dijadikan inspirasi.

    Oleh itu, bilamana nuaeman ada kelapangan, sila singgah dan kongsikan dengan kami..

    Salam ceria dari saya dan selamat menyambut Ramadhan (3 hari lagi)

    Singgah ye..

    [Reply]

  5. By nuaeman on Aug 19, 2009 | Reply

    Yep, setiap orang ada pendapat masing-masing berkenaan hal ni.. yang tak dapat diterima tu cara memberi pendapat yang keterlaluan sehingga sampai menghukum..

    [Reply]

  6. By nuaeman on Aug 19, 2009 | Reply

    terima kasih.. bila sampai JB Boy?

    [Reply]

  7. By MyDailyBlog.Info on Aug 19, 2009 | Reply

    biasalah, skrg banyak yg menghukum dari memberi pendapat. :)

    [Reply]

  8. By boy_bersahaje on Aug 19, 2009 | Reply

    I’Allah dalam 3-4 hari setelah puasa. Nanti kawan dah sampai leh kite buka ber-4 :) .

    [Reply]

  9. By pink on Aug 19, 2009 | Reply

    betul tindakan ex wife akhil tu.klu x smp skrg kt xtau helah dia.Tp ape pulak blsn org yg meruntuhkan rumah tangga org lain??????Nauzubillah

    [Reply]

  10. By Kujie on Aug 19, 2009 | Reply

    Bagi Kak Jie , apa pun kisah dia, bila dah bergelar suami isteri tak baik untuk kita mengungkit bercerita dan mencemuh kerana semua itu berlaku dengan izin Allah… seolah-olah macam kita mempertikaikan pula qada dan qadarNya.

    Entri hipokrik Kak Jie tu mmg ada sangkut paut dgn kisah mereka….juga kisah diri kita sendiri….sebelum menuduh orang lain itu ini begitu begini….kena tgok dulu diri sendiri….

    [Reply]

  11. By samdaddycool on Aug 19, 2009 | Reply

    Sebelum kita memberi hukum, adalah elok kita cermin diri kita sendiri, muhasabah diri sendiri. Setiap kejadian atas muka bumi ini adalah ketentuan Allah. Allah jua Maha mengetahui segala aturanNya.

    Setiap kejadian ada hikmahnya. Berfikir dengan rasional. Beri pendapat gunakan akal, bukan perasaan. Apa yang terjadi antara Akhil dan bekas isteri biarlah menjadi sejarah. Biarlah yang sekarang ini menjadi yang terbaik buat mereka. Perkahwinan mereka sekurang-kurangnya menutup fitnah.

    Berhentilah buat kenyataan yang mencemuh, sertamemitnah.. kita juga yang dapat dosa kering. Baik kita buat amalan baiki diri sendiri daripada sibuk mengata orang. Ingat, manusia bukan malaikat – kita ada nafsu dan melakukan kesalahan. Peluang yang ada ialah bertaubat selagi pintu taubat masih terbuka.

    [Reply]

  12. By titan on Aug 20, 2009 | Reply

    biasalah tu. orang kita memang perangai camtu. Main hentam aje cakap..

    [Reply]

  13. By fikri{dot}com on Aug 20, 2009 | Reply

    aku tak brape sgt ngan gosip ni… tapi, kalo bab2 ustaz ni; memang aku mrh. cuma kalo nak judge awal aku x brape brani. aku nak kene tanye kat empunya bdn dulu… wahahahaha! x pe laaa… waheeda tu cantik (dah melepas daa~) & ustaz tu plak bleh kire kategori muka tak pecah lah… memang suit tu. :P

    ps: apa-apa pun, diorang memang x pandai jaga diri sbb bleh buat kpd macam-macam buah mulut org. truk3x… ustaz kene lebih hati2 len kali yerk… :D

    [Reply]

  14. By hasan on Mar 23, 2010 | Reply

    ustaz hipokrit…panjang rambut dari misai..

    [Reply]

Post a Comment

CommentLuv Enabled