AdukaTaruna – Keceluparannya Digelincirkan Syaitan
Ditulis pada January 25, 2010 – 1:03 pm | Oleh nuaeman Share

Aduka Taruna…
Nama ini tiba-tiba menjadi popular. Kalau tidak silap ini adalah gabungan kepada nama dua watak utama di dalam filem lakonan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee iaitu Semerah Padi. Di dalam filem itu Aduka dan Taruna adalah sahabat baik yang ditugaskan untuk mentadbir kampung mereka. Klimaks filem itu ialah apabila Aduka terlanjur berzina dengan Dara tunangannya Taruna lalu dihukum..
Bagaimana dengan AdukaTaruna yang satu ini pula..?
Ramai yang baru mengenalinya termasuk saya. Kalau tidak kerana popularitinya yang naik mendadak rasanya tidak mungkin saya akan menjejakkan kaki ke terataknya. Berdasarkan entri-entri di blog beliau bolehlah kita katakan yang AdukaTaruna ini begitu kuat berpegang kepada ideologinya. Penyampaiannya ada gaya tersendiri walaupun kadangkala ada yang terkeluar dari norma kemanusiaan.
Dari apa yang beliau tulis dan ngomelkan di blognya kita dapat rasakan ada sesuatu yang mahu disampaikan berkenaan dengan sepak terajang politik negara ini tetapi mungkin kerana terlalu banyak bantahan di dalam fikirannya akhirnya tanpa sengaja AdukaTaruna telah menjerat dirinya sendiri. Benarlah sebagaimana nasihat Muslim Yasar :
“Berhati-hati ketika berbantahan, kerana berbantahan itu saat bodohnya orang berilmu.Dan pada saat itulah syaitan berusaha supaya keadaan tergelincir.
Itulah yang terjadi kepada AdukaTaruna. Atas rasa kebencian pada satu pihak beliau telah melukakan satu pihak lain dan akhirnya diheret ke muka pengadilan. Beliau telah terlanjur sebagaimana terlanjurnya Aduka menodai kesucian Dara. Perkara itu tidak boleh ditarik balik dan pihak yang dilukakan bukan golongan sebarangan . Jika Aduka telah dibuktikan kesalahannya lalu dihukum sebat maka bagaimana pula nasib AdukaTaruna?
Banyak respon yang dapat kita saksikan susulan kes AdukaTaruna ini. Ada yang bersimpati dan bukan sedikit yang mengeji dengan kenyataannya yang berani mati! Rasanya tak perlulah kita pula yang menjadi AdukaTaruna. Janganlah nanti kita pula yang terlanjur atas sebab keterlanjurannya yang tanpa sedar telah menghina Almarhum Sultan Johor. Ingat kata-kata Benjamin Franklin:
“Tiada siapa yang boleh terlepas daripada melakukan kesilapan. Akui kesilapan anda, kesalinya, dan belajar daripadanya”
Sebagai Rakyat Johor saya sudi memaafkan keterlanjuran AdukaTaruna tetapi mampukah undang-undang memaafkan beliau?
Tertarik juga dengan beberapa komen berkenaan isu ini yang mengatakan kita sepatutnya hanya mentaati Allah dan Rasul sahaja bagi menyatakan tindakan Adukataruna ini tidaklah keterlaluan. Wahai teman-teman yang menyokong komen ini ingatlah satu hadis sahih yang direkodkan oleh Bukhari :
“Sesungguhnya Nabi SAW dilintasi di hadapannya oleh satu jenazah, lalu baginda berdiri. Diberitakan kepada baginda bahawa ia adalah jenazah seorang Yahudi. Lalu baginda bersabda: “Tidakkah ia satu jiwa?”
Itu seorang Yahudi, bagaimana pula dengan saudara seislam dengan kita yang juga merupakan seorang Pemimpin?
Tidak perlulah kita saling membantah sesama kita dek kerana seorang manusia yang menggelarkan dirinya AdukaTaruna ini. Beliau telah sedar akan kesalahan yang dilakukan dan sekarang sedang menanti apakah hukuman dunia yang akan dikenakan terhadap beliau. Nasihat untuk kita semua:
“Renungkan kesalahan sendiri sebelum anda tidur, dan kesalahan orang lain setelah terlena”(Peribahasa Cina)
Entri Berkaitan:





13 Responses to “AdukaTaruna – Keceluparannya Digelincirkan Syaitan”
By samdaddycool on Jan 25, 2010 | Reply
“Renungkan kesalahan sendiri sebelum anda tidur, dan kesalahan orang lain setelah terlena”
…Aku suka ni, memang dalam maksudnya.
[Reply]
By JUNK on Jan 25, 2010 | Reply
The satan has unmasked itself.Haha
Nice one.
[Reply]
By sunset on Jan 26, 2010 | Reply
totally agreed, we need more people dengan kemampuan untukmenaakul dan menukilkan hasil taakulan dengan sebaik-baiknya, bukan dengan kepala tukul… it’s a great entry, thanks
[Reply]
By ash on Jan 26, 2010 | Reply
Akibat mulut badan binasa…Klau menulis pakai emosi gitula jadinyer. Jadikan pengajaran pada blogger2 lain…
[Reply]
By Kanchan Tirana on Jan 27, 2010 | Reply
Kancan says; The Malay need to understand/distinguish/fundamental the terms and application of Religious and Culture…
Tirana Says; Let unite on the issue of ‘Kalimah Allah’, ‘Kepala Babi Di Lontar Dalam Masjid’ (a numbers of arrest has been made due to suspect on burning church); no double standard here and others matters that stand solid/rigid on islam rather than melayu..
[Reply]
By abdfatah on Jan 27, 2010 | Reply
takder pasal cari pasal… tanggunglah akibatnya…
[Reply]
By Jimmy on Jan 28, 2010 | Reply
Hu hu… mendalam nye post ni. BTW, knpe rase cm x pernah tgk lagi aa crita AdukaTaruna PRamlee tu…
[Reply]
By cyza on Jan 29, 2010 | Reply
PAdan muka dia lah…
[Reply]
By alumnidebatmalaysia on Feb 1, 2010 | Reply
“Terlajak Taip Boleh ‘Backspace’. Terlajak enter.. silap-silap ada orang print dan report polis. Masa tu nyesal tidak berguna”…..
[Reply]
By Zamrii on Feb 1, 2010 | Reply
Pengajaran, jangan sesuka hati melemparkan kata-kata yang kurang menyenangkan mana-mana pihak, lebih-lebih lagi melibatkan kerabat diraja…
[Reply]
By soda_jack on Feb 8, 2010 | Reply
“Sesungguhnya Nabi SAW dilintasi di hadapannya oleh satu jenazah, lalu baginda berdiri. Diberitakan kepada baginda bahawa ia adalah jenazah seorang Yahudi. Lalu baginda bersabda: “Tidakkah ia satu jiwa?”..
baginda Rasullulah bangun bukan kerna hormat akan mayatnya,tetapi menghormati malaikat yang melaluinya..
harap bro boleh rujuk pada mana2 hadis yang sahih..
ini antara wahhabi dan sunnah..
[Reply]
By hhh on Feb 16, 2010 | Reply
knp “lebih-lebih lagi melibatkan kerabat diraja”..mcm melebihkan krabat diraja plak..kalo org biasa ditindas mcm mane plak..sedangkn ALLAH x memandang pd darjat,inikn kite sbg hamba..
[Reply]