10 Fakta Penyakit Chikungunya
Ditulis pada November 25, 2008 – 4:31 pm | Oleh nuaeman Share
Nampak gaya aku ni macam ketinggalan bas jee bila cerita pasal penyakit ni. Aku pada mulanya memang tak ambil serius sangat pasal kes ni sehinggalah bila sebilangan pekerja kat tempat kerja aku dijangkiti penyakit Chikungunya ni. Bila badan aku sendiri ada rasa seram sejuk maka aku pun cari info pasal penyakit ni. Risau jugak sebab di kawasan perumahan mak mertua akuĀ pun dah jadi macam tempat pembiakan nyamuk. Jadi untuk memudahkan aku merujuk balik fakta tentang penyakit ni. Rasanya inilah tempat terbaik untuk aku abadikan info berguna tentang penyakit Chikungunya. Maaflaa kalau aku bawak korang ketinggalan bas bersama-sama ngan aku.. hehe
1.Apa itu Penyakit Chikungunya?
Chikungunya adalah sejenis penyakit bawaan nyamuk.Ianyanya pertama kali dikesan melalui ujian darah di Tanzania pada tahun 1953. Semenjak itu ia berlaku di negara-negara Afrika, Asia dan akhir-akhir ini ia berlaku di beberapa buah tempat di Negara Eropah.Ia endemik (selalu berlaku) di kebanyakan negara Sub Sahara Afrika, India, Asia Tenggara, Indonesia dan Filipina.Ia bukanlah satu penyakit misteri yang tidak diketahui puncanya.
2.Bagaimana penyakit ini boleh berlaku?
Chikungunya adalah demam yang disebabkan oleh virus daripada genus Alphavirus di dalam keluarga Togaviridae
3.Adakah ia berjangkit?
Ya. Virus Chikungunya berjangkit melalui gigitan nyamuk Aedes albopictus atau Aedes aegypti yang membawa virus tersebut.Nyamuk Aedes juga menyebarkan virus penyakit demam denggi.
4.Apakah masa pengeraman bagi Chikungunya?
Masa pengeraman bagi Chikungunya boleh menjangkau di antara 3 hingga 12 hari tetapi pada kebiasaannya di antara 3 hingga 7 hari.
5.Apakah tanda-tanda dan gejala penyakit ini?
-Deman Panas Mengejut
-Sakit Teruk pada sendi
-Ruam pada badan
-Sakit kepala
Seorang pesakit boleh demam dari 1 hingga 7 hari (kebiasaannya 5 hari).Penyakit Chikungunya boleh disalah anggap sebagai demam denggi kerana tanda-tanda penyakit yang menyerupai demam denggi.
6.Adakah penyakit ini boleh membawa maut?
Di Malaysia, Chikungunya tidak pernah dilaporkan boleh menyebabkan pendarahan atau kematian. Tetapi, sesetengah pesakit mengalami gejala yang berpanjangan.Pesakit yang berumur boleh mengalami kesakitan berulang pada sendi sehingga beberapa bulan atau tahun.
7.Apakah rawatan bagi penyakit ini?
Seperti penyakit-penyakit yang disebabkan oleh virus, ia tiada rawatan yang khusus. Selalunya rawatan diberi berdasarkan gejala klinikal yang dialami oleh seseorang pesakit.Kebanyakan kes yang terjadi hanya memerlukan rawatan pesakit luar sahaja.Tiada vaksin bagi penyakit ini.
8.Apakah yang perlu dilakukan jika dijangkiti penyakit?
Jika mengalami tanda-tanda dan gejala penyakit Chikungunya, orang ramai adalah dinasihatkan segera mendapatkan rawatan di klinik atau hospital terdekat.
9.Cara pencegahan penyakit Chikungunya
Bersihkan kawasan rumah dan persekitaran supaya bebas daripada tempat-tempat pembiakan Ini boleh dilakukan melalui aktiviti gotong royong. Adalah terbukti tiada kes baru yang dilaporkan di kawasan-kawasan yang melakukangotong royong.
Periksa rumah dan persekitaran sekurang-kurangnya seminggu sekali untuk memastikan tiada pembiakan nyamuk Aedes.
Dapatkan rawatan dengan segera di klinik atau hospital berdekatan sekiranya mengalami tanda dan gejala penyakit.
10.Bolehkah kawasan saya dijangkiti penyakit Chikungunya?
Boleh, kerana penyakit ini dibawa oleh nyamuk Aedes albopictus dan Aedes aegypti yang terdapat di negara kita.
Terima kasih andai korang dapat membaca sehingga habis fakta nih.
Entri Berkaitan:
Tags: Chikungunya, Nyamuk, Penyakit





13 Responses to “10 Fakta Penyakit Chikungunya”
By CallisteR on Nov 25, 2008 | Reply
sama2…nama penyakit pun pelik..
2 la org ckp jaga kebersihan, insyaallah penyakit xdtg dekat.
CallisteR’s last blog post..Michael Jackson now is a Muslim
[Reply]
By |1f34|-|1r3 on Nov 25, 2008 | Reply
huhuhuhuhu~~ lama tak dengar pasal Chikungunya…yg femes nyer malaria jer…ngan denggi…hehe
|1f34|-|1r3’s last blog post..Email from Google and package from Canonical
[Reply]
By Faiz on Nov 25, 2008 | Reply
erm,pelik je nama penyakit.hehe.
Faiz’s last blog post..Manusia Tertinggi Dunia Bergelar Ayah
[Reply]
By Richie on Nov 26, 2008 | Reply
ade gak dgr citer2 dr pakcik aku psal chikui2 ni.. diorang ckp area johor byk terkena
[Reply]
By megat on Nov 26, 2008 | Reply
terima kasih atas info tersebut man! aku ada juga terdengar pasal penyakit tersebut apabila seorang pakcik orang umah aku dijangkiti. hampir 2 minggu juga orang tua tu terbaring!
aku setuju kata richie suatu ketika di bulan puasa banyak kedengaran pesakit penyakit tersebut di johor.
[Reply]
By nuaeman on Nov 27, 2008 | Reply
Tapi walau jaga kebersihan pun callister.. kawasan perumahan tu tetap dipenuhi nyamuk.. rasa dah memang jadi kawasan dia.. mungkin hari-hari kena buat semburan nih..
[Reply]
By nuaeman on Nov 27, 2008 | Reply
Itulaa pelik betull susah nak menyebut.. susah jugak nak mengeja heh
[Reply]
By nuaeman on Nov 27, 2008 | Reply
Paling popular denggi laa.. chikungunya nih taun nih yang femesnya. tu pun area johor..
[Reply]
By nuaeman on Nov 27, 2008 | Reply
Memang.. paling ramai kawasan kulai tempat kerja aku nih.. kalau tak takkan bebudak nih semua kena.. diorang suma satu kampung tu..
[Reply]
By nuaeman on Nov 27, 2008 | Reply
Aku masa bulan puasa ari tu ada gak pergi check tapi alhamdulillah.. doktor kata takde apa.. risau juga sebab demam berpanjangan masa tu.. dan ditambah lak ngan batuk..
[Reply]
By CallisteR on Nov 27, 2008 | Reply
m..betul gak 2..
hari2 wat semburan?
ada ke org rajin hari2 nk sembur..
CallisteR’s last blog post..Performers? Kappa girl?
[Reply]
By nuaeman on Nov 27, 2008 | Reply
Aku jeee laa kot sembur pakai ridsect.. haha
[Reply]
By CallisteR on Nov 27, 2008 | Reply
huahua..ada yg sesak nafas nanti..
CallisteR’s last blog post..Performers? Kappa girl?
[Reply]