Saya kini ‘expert author’ di Ezinearticles.com
Ditulis pada December 8, 2009 – 10:58 pm | Oleh nuaeman Share
Sepanjang menulis artikel, aku pernah hantarkan artikel ke program-program buat duit seperti Associated Content, Triond, Helium, Informative Post dan pelbagai lagi. Tetapi aku tak pernah hantar apa-apa artikel ke Ezinearticles.com yang mana salah satu artikel direktori yang cukup popular. Selama ni aku hanya gunakan Ezinearticles untuk jadi rujukan bagi membuat artikel, walhal banyak perkara lagi yang boleh dilakukan disini. Sebagai blogger kita boleh gunakan Ezinearticles untuk mendapat traffik ke blog dan yang paling best ialah kita boleh dapatkan backlink dari website ini yang ber PR 6 dengan meletakkan link blog kita di bahagian author resources box.
Dah lama sebenarnya niat aku nak hantar artikel ke sini tetapi asyik bertangguh sahaja sehinggalah minggu lalu ada rasa gatal jari nak klik ke link “submit artikel” di sudut sebelah kiri website tersebut.
Kemudian sepantas kilat (mengikut kelajuan internet ) aku dibawa ke ‘page’ dibawah ni. Maka aku isikan sahajalah segala maklumat yang diminta. Last sekali masukkan balik ‘verification phrase’ dalam kotak yang disediakan.
Ada dua kolum subscribe kat bawah sekali aku ‘untick’ sahaja. Malas nak penuhkan inbox email aku. Lepas tu aku terus tekan butang ‘Create My Account”!

Tak sampai beberapa minit aku dibawa pula ke page ‘submit article’. Ini pun dah tak susah yang mana hanya perlu pilih kategori, kemudian pilih pulak sub kategori contohnya kategori ‘travel’ kemudian sub kategori ‘hotel accomodation’. Seterusnya aku tinggal letak tajuk artikel dan masukkan sedikit ‘summary berkenaan artikel yang nak dihantar.
Bahagian bawahnya pulak aku masukan sahajalah artikel yang dah ditulis pada Wordpad. Copy dan paste sahaja.. senang kerjakan… Bawah pada artikel body ni ada lagi satu kolum sebenarnya untuk keyword. Diorang akan cadangkan keyword yang sesuai. Jadi kita tinggal klik je untuk masukkan dalam kolum.
‘Part last’ yang paling aku suka iaitu ‘Author Resources Box’. Kat sinilah aku letak link ke blog aku. Semestinya akan berikan backlink serta traffik dari sini dan kalau ada sesiapa yang nak copy bulat-bulat artikel tu dari Ezine ni mereka juga kena ambil sekali resources box tu jadi dapat backlink lagi..
Dah lepas puas hati maka aku ‘tick’ pada kotak yang tersedia di bawah sekali bermakna artikel yang dihantar tu adalah orginal dari aku. Emm takde ape lagi kan.. jadi aku tekan jelah butang ‘submit this article’. Sesudah itu mereka bagitau bahawa artikel yang aku dah hantar akan direview dalam masa 7 hari sebelum diluluskan.
Tak kisahlah.. 7 hari bukan lama sangat pun.. tapi dalam masa dua hari aku dah terima email dari mereka yang mengatakan artikel aku dah lulus untuk dipaparkan beserta layak menjadi salah seorang ‘expert author’ di sana. Teruja kejap.. maklumlah pertama kali.. padahal ramai lagi yang dah penah submit dari aku.heh!
Jadi itu sedikit sebanyak step yang aku boleh kongsi bagaimana aku submit artikel ke Ezinearticles.com. Sesiapa yang nak mencuba dipersilakan..
Entri Berkaitan:














17 Responses to “Saya kini ‘expert author’ di Ezinearticles.com”
By spatt on Dec 9, 2009 | Reply
aku selalu gak submit kat ezine,tapi xde trafik pun..sekadar bagi backlink..huhu
[Reply]
By lizz on Dec 9, 2009 | Reply
pergh!!! nak sangat submit article kat Ezine ni tapi, layakkah?? hohoho.
[Reply]
By bluedianthus on Dec 9, 2009 | Reply
tahniah nuaeman, dah ada ezine’s submitted article…Dulu saya baca & dengar je tentang Ezine, tak sangka saya pun akan hantar artikel kat sana…:)
[Reply]
By nuaeman on Dec 9, 2009 | Reply
oklah juga dapat backlink.. PR juice.. hehe
[Reply]
By nuaeman on Dec 9, 2009 | Reply
LizaRazak penulis hebat.. mana boleh tak layak.. bakal pemenang hadiah RM 500 tuh.. hehe.. kalau berminat hantar jee.. tak perlu panjang sangat pun takpe.. artikel saya 200 perkataan je
[Reply]
By nuaeman on Dec 9, 2009 | Reply
Saya submit lepas tengok artikel awak dah diluluskan.. rasa semangat nak submit kat lain2 tempat pulak..
[Reply]
By samanosuke_04 on Dec 9, 2009 | Reply
eh, x paham.. ko skali submit article terus dapat status expert ke??
[Reply]
By nuaeman on Dec 10, 2009 | Reply
Haah, rasanya ramai yang submit terus dapat expert author tu..
[Reply]
By reezluv on Dec 10, 2009 | Reply
pergh..dasat2..apa pun best sekali post ni..haha..first comment aku kot kat blog ko?haha..sesaje mengomen di blog rakan2..
[Reply]
By nuaeman on Dec 11, 2009 | Reply
komen selalu-selalu pun ok gak reez.. heheh
[Reply]
By knightblogger on Dec 12, 2009 | Reply
wahh..tu mouse pad tu,diorang pos ke?
[Reply]
By nuaeman on Dec 12, 2009 | Reply
itu gambar hiasan saje..
[Reply]
By samdaddycool on Dec 13, 2009 | Reply
Wah.. Power, sekali hantar terus expert, aku je belum pernah submit apa-apa ke situ.. triond pun asyik tak lepas je
[Reply]
By muhafis on Jan 5, 2010 | Reply
tahniah,. usaha bro numan tak sia2, sebab ak masih belajar lg nak cipta 1 artikel pun.. lambat aku nie.. hahaha
[Reply]
By Dila.13 on May 7, 2010 | Reply
Salam Bro Nuaeman,
Saya ada satu pertanyaan. Saya tak pernah submit artikel ke ezine walaupun dah mendaftar.
Just nak tahu, adakah kita perlu ada niche blog atau sekurang-kurangnya blog yang aktif untuk ezine terima artikel kita?
[Reply]
By nuaeman on May 7, 2010 | Reply
Tak juga. cuma biasanya ada bahagian resources box untuk kita boleh isikan link ke blog atau niche blog kita. rasanya submit artikel tanpa berikan blog pun boleh. Dia melihat pada content kita.
[Reply]
By shamizu on Apr 19, 2011 | Reply
salam bro,
artikel bahasa melayu diaorang terima tak bro.
BI tak reti sangat. Kalau terima nak juga try.
shamizu recently posted..Analisa Keputusan Pilihan Raya Sarawak ke 10
[Reply]