AWAS!! Cubaan untuk mencuri access ke akaun Paypal
Ditulis pada February 16, 2009 – 9:55 am | Oleh nuaeman Share
Sekarang ni ada pelbagai cara orang nak mencuri wang di dalam akaun kita. Tak cukup dengan kaedah sms palsu sebagaimana yang dah kita selalu tengok ada juga yang cuba mencuri wang dengan kaedah menghantar email yang kononnya dari bank dan juga mana-mana sumber simpanan atau pemprosessan wang yang berautoriti. Itulah yang berlaku kepada aku semalam apabila ada satu email terlepas masuk ke spam folder aku kononnya adalah dari paypal.
Secara logiknya bila dah termasuk ke spam folder dah tentulah email ni dari sumber yang tak diketahui tetapi oleh kerana subjek utama email tersebut adalah “Paypal Security Updates” maka aku rasa teringin sangat nak tengok isi kandungannya.
Bila aku dah buka email ni ada beberapa perkara yang biasa aku lihat samada betulkah email ini datangnya dari paypal. Pertama sekali kita tengok alamat pengirimnya. Apakah benar ianya dari email paypal.com. Jadi dari alamat pengirim untuk email ini aku dah dapat tahu ianya memang bukan dari paypal kerana pengirimnya ialah service@paypall.com. Nampak tak terdapat dua huruf ‘L’ pada ejaan paypal? .
Bermakna ini memang email yang berniat untuk mendapatkan ‘access’ ke akaun paypal kita. Mereka akan berikan satu link untuk kita masukkan username dan password. Cuba lihat mesej yang diberikan ini:
Kalau dapat email sebegini korang boleh periksa samada ianya benar-benar dari paypal ataupun tidak. Jangan terus klik pada butang ‘click here to activate your account‘ tetapi cuba letakkan sahaja cursor mouse kita disitu. Kemudian lihat di bahagian bawah browser internet, laman apakah apa yang terpampang. Hehe.. memang si penipu@pencuri ni takde kerja lain..
Jadi andaikata korang dapat email sebegini cuba periksa dahulu dan kalau dah sah-sah penipu sebagaimana korang tengok kat atas tu.. buangkan jee..
Entri Berkaitan:








28 Responses to “AWAS!! Cubaan untuk mencuri access ke akaun Paypal”
By Shaffik on Feb 16, 2009 | Reply
wei bahaya ni wei..so far tak dapat lagi email sebegini..kalau dapat aku tgk betul2.
Shaffik’s last blog post..Kekayaan diukur dengan Kereta?
[Reply]
By AmirMohamad on Feb 16, 2009 | Reply
Uishh..bahaya ni..kene berjaga-jaga..
AmirMohamad’s last blog post..Cerita Mengenai Pembangun Aplikasi IPhone
[Reply]
By |1f34|-|1r3 on Feb 16, 2009 | Reply
bosan btol la ….diorang ni takde cara lain ke nak phishing…hampeh..call ke baru la nampak pro sket….baru la social engineering sepam..
|1f34|-|1r3’s last blog post..If you’re happy and you know it, click my ads
[Reply]
By encikizzat on Feb 16, 2009 | Reply
huuu..bahayenye..tpi ape jadik kalau click link tu ek??
[Reply]
By Uncle G on Feb 16, 2009 | Reply
yang pakcik heran.. camne depa bley tau email pakcik.. pakcik pon banyak kali dapat email macam nie.. dari cimb, dari maybank.. pakcik takde akaun pon kat sane…
Uncle G’s last blog post..MiniPhotoCamp 2009
[Reply]
By catzer on Feb 16, 2009 | Reply
aku biasanya terus jerk delete email2 gini..takde kose nak layan..baru2 ni phishing email dr maybank..gile tul depa ni
[Reply]
By zariel on Feb 16, 2009 | Reply
huhu.. nasib baik aku takde duit pn dlm paypal… memang durjana diorang nih. dalam 100 org mesti 1@2 terkena gak… ces
zariel’s last blog post..G. I. Joe Muncul Di Layar Perak
[Reply]
By Hady on Feb 16, 2009 | Reply
macam aku yang takde akaun paypal pun dapat.Aku buat tak reti jer maklumlah takde akaun pun. Bukan paypal jer untuk liberty reserve pun aku ada dapat mail lebih kurang camtu juga.Mana logik orang yang tak ada akaun boleh dapat update dari dia orang…
Hady’s last blog post..Punca anak jadi derhaka.
[Reply]
By areryp on Feb 16, 2009 | Reply
click xpe..tapi JANGAN LOGIN…
lagi satu…xkisah la korg ada bukak LR ke Paypal ke Alertpay ke..waima M2U sekali pon…korg kene igt..semua payment processor TIDAK AKAN hantar email mcm tu yg minta kita utk login dr link dlm email tu…klo korg bace TOS diorg pon ada tulis.
Nice entry bro…satu peringatan yg sgt2 berguna..
[Reply]
By fadil on Feb 16, 2009 | Reply
Thanks for the info. Ada saja scam yang takde maruah nih. Moga-moga con man ni kene virus komputer atau sewaktu dengannya. muhahahaha…
[Reply]
By ijamidayu on Feb 17, 2009 | Reply
Terus alert bro.. Mereka nie nak duit senang jerk..
ijamidayu’s last blog post..Pengajaran Buat Saya dan Perkongsian Buat Semua
[Reply]
By mazuki selangor2u on Feb 17, 2009 | Reply
nice info…selama ni duk men guna je… nueaman agak-agak kalau aku nak exchange link ngn blog ni layak tak yea???
[Reply]
By nuaeman on Feb 17, 2009 | Reply
Yep.. benda ni boleh kita check sendiri.. selalunya email ni masuk spam.. so dari situ dah tahu ketidak sahihannya..
[Reply]
By nuaeman on Feb 17, 2009 | Reply
hehe… ni mungkin peringkat-peringkat amatur kot.. kang kene yang pro.. terkena lak aku.. heh
[Reply]
By nuaeman on Feb 17, 2009 | Reply
Click takde ape.. cuma takut kita termasukkan password dan username .. itu jee
[Reply]
By nuaeman on Feb 17, 2009 | Reply
Diorang buat cam spam jee.. mungkin dari ramai-ramai tu ada gak yang terkena.. yang tak berhati-hatilaa
[Reply]
By nuaeman on Feb 17, 2009 | Reply
itu yang aku katakan.. dari ramai-ramai pasti ada yang terlekat.. ceh! duit haram
[Reply]
By nuaeman on Feb 17, 2009 | Reply
Memang bagus.. delete jee
[Reply]
By nuaeman on Feb 17, 2009 | Reply
Email tu jerat bagi sesiapa yang ada akaun.. diorang hantar email tu macam buat spam jee
[Reply]
By nuaeman on Feb 17, 2009 | Reply
alamak.. aku takde masalah punlaa..
tak perlu rasa layak ke tidak.. aku on jee.. nanti aku add link ko.. kat blogroll aku
[Reply]
By nuaeman on Feb 17, 2009 | Reply
Sorry la areyp.. komen ko boleh tak diapprove lak.. biol kadang2 sistem ni.. tapi takpe.. masih ada dlm dashboard aku.. dan ia pasti akan diapproved oleh aku..
[Reply]
By |1f34|-|1r3 on Feb 17, 2009 | Reply
nak jadi scammer..lain kali make sure professional sket…huhuhuhuhu~~
[Reply]
By samdaddycool on Feb 17, 2009 | Reply
Aku pun dapat.. dlm hati kata mesti scam, tapi saja je klik… tgk.. cis, mmg lanun!
[Reply]
By ijamidayu on Feb 17, 2009 | Reply
Bro kita nie no hal bab tukaq link.. Dia humble people..
[Reply]
By ijamidayu on Feb 17, 2009 | Reply
Ko memang suka menduge bero..
[Reply]
By samdaddycool on Feb 17, 2009 | Reply
… suka menduga?? hik. ..hik..
[Reply]
By areryp on Feb 18, 2009 | Reply
patutla xmasuk2 komen2 aku aritu..dah la on9 kt cc tenet slow gler..hahaha..
aku letak link bro kt blog aku..tu aku slalu update tiap2 kali bro ada wat new entry…
areryp’s last blog post..How to earn money from PTC?
[Reply]
By j_hafiz on Feb 19, 2009 | Reply
phishing kan? saye da tbaca psl ni dlu. rsnye kt blog izoblog .com isk,double L tu..ssh nak prasan..lg la klo mate da ltih ngadap pc…huh!
[Reply]