Yakinlah bahawa Allah itu Maha Melihat
Ditulis pada August 23, 2010 – 11:27 am | Oleh nuaeman Share
Kredit Gambar : brozabar.blogspot.com
Suatu ketika pada bulan Ramadhan di tempat kerja lama saya, pernah terjadi bos saya datang menemui saya lalu bertanya..
” Fairoz, kamu kata sekarang ini, orang-orang muslim perlu berpuasa bukan? “
” Ya, kenapa Mr Bill? ” seperti ada sesuatu yang dimusykilkan.
” Orang-orang melayu yang bekerja disini juga muslim bukan?” soalnya lagi
“Ya ” jawab saya ringkas dan rasa ingin tahu semakin bercambah di hati saya mengapa dia bertanyakan soal begitu.
” Sebentar tadi saya nampak ada beberapa orang melayu yang makan tengahari di belakang tangki sana. Bermakna walaupun kamu kata amalan berpuasa ini wajib bagi orang muslim seperti kamu tetapi masih ada yang tidak mentaatinya. Kalau begitu lebih baik mereka menjadi seperti saya yang tidak percaya kepada kewujudan tuhan.”
Saya tergamam sebentar dengan apa yang diperkatakan. Bos saya itu seorang inggeris yang berasal dari UK. Dia berfahaman atheis dan kadangkala kami biasa berbicara tentang soal kefahaman masing-masing. Walaupun beberapa perkara telah diperjelaskan kepadanya tetapi sikap orang islam sendiri membuatkan dia berpandangan agak sinis dengan amalan dan juga kepercayaan orang Islam.
Masalah utama berkaitan orang Islam kini..
Mengaku dirinya Islam, Marah dikatakan kafir,.. tetapi tidak malu melakukan kemungkaran yang mana sekaligus seperti tiada keyakinan dalam diri bahawa Allah itu Maha Melihat.
Ini kenyataan yang kita terpaksa terima walaupun mungkin agak pahit. Contoh yang paling jelas ialah isu pembuangan bayi yang seperti sudah tidak terbendung sekarang ini. Bukankah isu-isu seperti ini berpunca dari hilangnya keyakinan bahawa Allah itu Maha melihat lalu mendorong mereka berzina dan lantas apabila lahir pula anak hasil dari perhubungan tanpa nikah tadi, dibuang pula merata tanpa rasa belas sedikit pun kepada bayi kecil yang tidak berdosa itu.
Begitu juga dengan mereka-mereka yang mencuri makan di siang hari sebagaimana apa yang dikatakan oleh Bos saya di dalam cerita di atas . Apakah mereka fikir dengan menyembunyikan diri sebegitu mampu mengelakkan diri mereka dari di lihat oleh Allah?
Ada satu kisah yang mungkin boleh diambil iktibar berkenaan seorang guru agama yang bernama Junaid al Baghdadi dengan murid-muridnya. Dari kesemua murid- muridnya ada seorang daripada mereka yang sangat dikasihi oleh Junaid sehingga menimbulkan persoalan pada yang lain kerana pada mereka murid yang dikasihi tersebut hanya biasa-biasa sahaja, tiada sebarang kelebihan istimewa yang terzahir padanya.
Sedar dengan situasi itu Junaid mengambil satu jalan untuk menyelesaikannya. Dipanggil kesemua muridnya dan diberikan seekor ayam berserta sebilah pisau. Kemudiannya Junaid menyuruh mereka menyembelih ayam itu di tempat yang tidak dilihat sesiapa.
Tidak berapa lama kemudian kesemua muridnya datang membawa ayam yang disembelih kecuali seorang iaitu murid yang amat disayanginya itu. Apabila ditanya mengapa dia tidak menyembelih ayam tersebut? maka jawabnya “ Saya tidak bertemu tempat yang dimaksudkan kerana kemana sekalipun saya pergi saya tidak dapat berlindung daripada dilihat Allah yang Maha Melihat”. Mendengar jawapan itu barulah murid-murid lain sedar akan prasangka mereka sebelum ini adalah salah.
Itulah jawapan daripada mereka yang yakin dengan kekuasaan Allah. Tetapi keadaan yang berlaku sekarang ini tidak lagi begitu sehingga kita perlu berhadapan dengan krisis nilai yang semakin meruncing dikalangan anak-anak muda Islam.
Bagaimana agaknya kita mahu menanam rasa keyakinan bahawa Allah sedang melihat kita ? Cuba kita kiaskan begini.. Pada tika ini, antara rancangan yang amat popular di media elektronik ialah rancangan berbentuk hiburan realiti. Contohnya nyanyian. Di dalam rancangan ini setiap peserta akan cuba menzahirkan yang terbaik, baik dari segi tingkah laku dan juga dari segi nyanyian kerana mereka tahu yang diri mereka sedang dilihat dan juga dinilai.
Kehidupan kita di dunia ini juga sama seperti di dalam rancangan realiti tersebut yang mana segala tindak tanduk kita diperhatikan serta dinilai melalui neraca Allah. Apa yang berbeza ialah hadiahnya. Untuk yang menang habuannya tentulah syurga tetapi bagi yang kalah neraka dengan api yang hangat membakar sedang menunggu. Na’uzubillah…
Sekarang mana satu pilihan kita? Masih tidak yakin dengan kekuasaan Tuhan?
Entri Berkaitan:






18 Responses to “Yakinlah bahawa Allah itu Maha Melihat”
By mijie on Aug 23, 2010 | Reply
sudah pasti syurga yang diidamkan oleh saya, terima kasih nuaeman kerana entri yg terbaik ini, terasa macam banyak pula kekurangan diri yang perlu diperbetulkan
mijie recently posted..Hidup seorang blogger part 1
[Reply]
nuaeman Reply:
August 23rd, 2010 at 10:53 pm
Kita semua mengidamkan syurga.. moga Allah tempatkan kita semua di sana..
[Reply]
By zaharah on Aug 23, 2010 | Reply
saya pun pernah di ajukan ngn pertanyaan yg sama oleh kekwan dari agama yg lain..memng tergamam,kita selalu ceritakn kebaikan n keindahan agama islam..tetapi mereka yg isalm pada nama aje selalu merosak kan keadaan dan meruntuhkan kepercayan serta keindahan agama sendiri…
[Reply]
nuaeman Reply:
August 23rd, 2010 at 10:57 pm
Itulah kak, kita jadi tergamam. Islam dipandang sinis hanya kerana sikap umatnya sendiri..
[Reply]
By kamal on Aug 23, 2010 | Reply
Maaf, bila secara jujur sy katakan cerita kali ini biasa2 saja kerana telah banyak article sebegini ditulis cuma dgn gaya berbeza!Semua tahu Allah maha melihat,tapi kita gagal membuat setiap orang menghargai sifat maha melihat Allah ..Sayang dan menghargai lebih banyak membantu dari rasa takut yg bakal mengilhamkan cara mengelak.. Boss, ni pandangan saya..:-)
[Reply]
nuaeman Reply:
August 23rd, 2010 at 10:56 pm
Terima kasih atas pandangan jujur bro Kamal, bagi saya tidak kiralah sebanyak manapun ianya memang perlu diperingatkan terutama buat diri sendiri ini yang tidak terlepas dari sikap lupa..
[Reply]
By Rostina Bujang on Aug 23, 2010 | Reply
Terima kasih buat saudara yang senantiasa memberikan info yang bermanfaat.Memang selalu kita terlupa bahawa Allah itu Maha Melihat.Namun jika setakat ungkapan-ungkapan yang kita utarakan tanpa ada kesedaran dari pihak yang berbuat kejahatan pasti tidak akan sampai ke mana .Namun bila hati diisi dengan penyesalan untuk masa lalu dan kekhuatiran untuk masa depan insyaallah kita tidak memiliki hari ini untuk kita syukuri..
[Reply]
nuaeman Reply:
August 23rd, 2010 at 11:01 pm
Bagi yang masih setia lakukan kejahatan.. kita hanya mampu berdoa untuk mereka berubah. Peringatan telah diberikan.. hidayah tetap milik Allah..
[Reply]
By Dila.13 on Aug 23, 2010 | Reply
Terima kasih atas perkongsian dan peringatan ini Bro Nuaeman. harap setiap amalan yang kita buat adalah kerana Allah SWT.. amin..
Dila.13 recently posted..Idea Menulis Unique Article Ada Di Mana-mana
[Reply]
nuaeman Reply:
August 23rd, 2010 at 11:03 pm
Amin.. juga semoga amalan kita ini diterima olehNya
[Reply]
By rizzal on Aug 23, 2010 | Reply
aku kenal bill tu…. hhehehhee dan yg tak puasa tu mungkin aku kenal..
[Reply]
nuaeman Reply:
August 23rd, 2010 at 11:04 pm
Semestinya ko kenal dia bro..
[Reply]
By Cyza on Aug 23, 2010 | Reply
Memang ada orang2 yang tak puasa macam ni. Tapi payah nak tegur. Depa perlu berusaha mendapat hidayah, baru ok…
Aku pun pernah tengok orang tak puasa macam ni di kilang aku dulu.
Cyza recently posted..3 Days- 3 Different Place to Break Fast
[Reply]
nuaeman Reply:
August 23rd, 2010 at 11:04 pm
Di tempat kerja aku sekarang pun ada lagi orang macam ini.. ish..
[Reply]
By anuarkarimz on Aug 24, 2010 | Reply
kekadang org macam ni dah tak tau nak bezakan yg wajib dan haram, mungkin ada yg katakan kubur masing2..waallahua’lam
anuarkarimz recently posted..Sudahkah Anda Bayar Zakat Fitrah Anda
[Reply]
nuaeman Reply:
August 27th, 2010 at 11:10 am
Itu yang payahnya . apapun kita tetap perlu sampaikan supaya terlepas tanggungjawab kita..
[Reply]
By Kujie on Aug 26, 2010 | Reply
Salam Ramadan Nueman – rasanya kali ke-3 sepanjang perkenalan alam maya. Dah 3 tahun!
Betul, ramai orang beragama lain yang sering juga bertanya sesuatu seperti itu.
Budak cina umur 9 tahun tanya Intan – ” awak tak makan tak mati ke?” Dia ingat kita berpuasa sebulan terus menerus tak makan tak minum.
Kujie recently posted..Kenapa Dia Tak Datang
[Reply]
nuaeman Reply:
August 27th, 2010 at 11:12 am
Ingat lagi Ramadhan di awal perkenalan yang Kak Jie menang hadiah dekat sini..
sudah dua tahun berlalu rupanya.. Salam Ramadhan juga buat Kak Jie sekeluarga.. ada sesuatu untuk kak jie pada Ramadhan kali ini sebenarnya..
[Reply]