Penangan Blog
Ditulis pada May 13, 2010 – 1:18 pm | Oleh nuaeman Share
kredit gambar:ustazroslidhoby.blogspot.com
Blog mempunyai pengaruh yang cukup besar. Bahan-bahan yang disampaikan sememangnya lebih telus tanpa sebarang tapisan. Ini membuatkan ianya semakin popular dan mungkin oleh kerana itu ramai ahli-ahli politik juga membuat keputusan untuk memiliki blog. Dr Abu Hassan Hasbullah yang merupakan pensyarah kanan Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya tidak menafikan bahawa tsunami politik yang melanda negara di Piliharaya Umum ke 12 pada tahun 2008 adalah disebabkan kesan maklumat yang disebarkan oleh media baru di internet terutamanya blog. Mungkin kerana menyedari hakikat itu Datuk Ahmad Shabery Cheek, pernah mewujudkan satu segmen khas untuk menemuramah para blogger di TV ketika beliau menjawat jawatan Menteri Penerangan pada sekitar tahun 2008. Itu adalah hanya satu dari penangan yang dihadirkan dan pelbagai perkara lagi mampu dicetuskan dari blog.
Dari blog ke Tirai Besi
Suka diingatkan bahawa walaupun memang blog berupaya menjadi satu alat untuk mempengaruhi serta menyebarkan maklumat kepada orang ramai pemiliknya perlu berhati-hati pada setiap entri yang ditulis oleh mereka kerana silap percaturan, kesan daripada penulisan yang telah dipaparkan di blog boleh mengheret pemiliknya ke muka pengadilan.
Ini telah terbukti dengan beberapa kes seperti :
- Pada tahun 2008 Penulis blog Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin telah di dakwa mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan kerana dipercayai telah mengeluarkan satu entri berunsurkan hasutan pada 25 April tahun yang sama.
- Pada Ogos 2008 Seorang Blogger yang menggelarkan dirinya Penarik Beca atau nama sebenar beliau Abu Bakar Mohd Rashid telah ditahan reman selama dua hari oleh Pihak Polis kerana ada logo yang menghina pihak polis telah terpapar di blog beliau.
- Pada Januari 2010, malang menimpa seorang blogger yang banyak menulis tentang isu politik apabila beliau didakwa mengikut mengikut Seksyen 233(1)(A)Akta Komunikasi dan Multimedia kerana dituduh menghina Almarhum Sultan Johor di dalam salah satu entri beliau.
Dari rentetan kes-kes yang berlaku, adalah menjadi tangungjawab kita sebagai pemilik blog untuk mengenal pasti impak yang boleh dihadirkan oleh sesuatu entri sebelum ianya disiarkan. Blog memang tak punya tapisan maka sebagai pemilik, kitalah yang harus menghakimi.
Pendorong Perubahan
Blog juga mampu menjadi pendorong seseorang itu berubah jika entri yang dipaparkan begitu mengesankan di hati dan punyai banyak pengajaran. Banyak blog-blog yang berbicara tentang perihal kehidupan dimana tersirat pelbagai pengajaran untuk dijadikan pedoman buat pembaca. Antara blog-blog berbahasa melayu yang dipercayai mampu menyentuh hati pembaca :
Saifulislam.com – Untuk yang sudah berumahtangga seharusnya blog ini menjadi pilihan. Ini adalah blog kepunyaan Ustaz Hasrizal Abdul Jamil dan ianya tidaklah dikhaskan pada topik rumahtangga sahaja malah mencakupi hampir segala hal kehidupan. Terlalu banyak kisah-kisah di dalam kehidupan beliau dicatatkan di dalam blog ini dan sebahagiannya ada menceritakan tentang cinta dan kehidupan berumahtangga. Oleh kerana penulisan beliau begitu mengesankan ada penerbit yang sudi menjadikan sebahagian isi cerita di blog tersebut di dalam bentuk naskhah fizikal maka terhasillah buku ‘Aku Terima Nikahnya’ yang khabarnya diulang cetak sehingga 6 kali.
Kujie2.com – Ini hanya blog kepunyaan seorang surirumah yang mana beliau hanya mahu dikenali sebagai Kak Jie di dunia internet. Kebanyakkan isi blog beliau merupakan rentetan peristiwa yang berlaku di dalam keluarganya. Adakalanya terdapat juga entri-entri yang mengulas isu semasa tetapi beliau tidak lupa untuk mengaitkan dengan kehidupan. Walaupun kekadang sesuatu entri itu kelihatan pendek tetapi ia mampu memberi kesan yang mendalam terhadap pembaca. Tidak hairanlah jika blog ini menerima ribuan hit sehari.
Langitilahi.com – Pemilik blog ini saudara Hilal Asyraf adalah merupakan seorang pelajar University of Yarmouk Jordan. Kandungan blog beliau banyak mengutarakan tentang kepentingan menjaga perhubungan dengan Allah (Habluminallah) dan pada masa yang sama tidak lupa mengingatkan keperluan menjaga perhubungan baik dengan sesama manusia (Habluminannas). Ada ketikanya beliau akan menukilkan puisi yang menusuk kalbu di blognya. Beberapa entri yang mengesankan di blog ini juga ada dimuatkan di dalam sebuah buku yang diberi nama Langit Ilahi.
Imranshamsir.com – Blog ini banyak menyedarkan kita tentang kepentingan al-Quran. Banyk entri-entri berkenaan al-Quran yang menyentuh hati dan juga memotivasikan pembacanya. Tidak terkecuali beberapa tutorial berkesan untuk menghafaz al-Quran.
Hidup dengan Blog
Suatu hakikat yang perlu kita terima bahawa ada manusia-manusia yang menyara hidup mereka hanya dengan blog. Sehingga kini semakin banyak program-program menjana pendapatan dari blog yang diperkenalkan dan kebanyakkannya membayar peserta dengan nilai USD. Bolehkah dikatakan antara penangan sesebuah blog ialah mampu membuatkan pemiliknya menjadi kaya.
Saudara Rohaizad dari Rohaizad.com adalah salah satu contoh seorang blogger sepenuh masa sehingga digelar Problogger Malaysia. Beliau mula berblog dari tahun 2005 dengan menggunakan platform percuma yang disediakan oleh Blogger.com. Kini hasil dari pendapatan dari blog, beliau bukan hanya mampu menyara kehidupan sendiri bahkan meliputi seisi keluarga. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai potensi blog dalam menjana pendapatan saudara Rohaizad juga ada mengadakan Seminar Asas Blogging pada hujung bulan Mei 2010 nanti.
Selain dari Rohaizad ada beberapa lagi nama yang telah menjana ribuan ringgit setiap bulan dari blog. Antaranya saudara Khairul pemilik Justkhai.com dan saudara Liew Cheon Fong atau lebih popular dengan panggilan LiewCF berdasarkan blog beliau LiewCF.com yang merupakan pelopor kepada karier sebagai blogger profesional. Berdasarkan apa yang telah mereka buktikan ternyata bukan sesuatu yang mustahil bagi seseorang untuk menyara hidup hanya dengan blog.
Blog menjadi bahan bukti di akhirat
Allah berfirman:
“Pada hari ini Kami tutup mulut mereka, dan berkatalah kepada Kami tangan mereka dan memberi kesaksian pula kaki mereka terhadap apa yang dahulu mereka usahakan.” (Yassin : Ayat 65)
Jika kaki tangan dan mulut akan menjadi saksi kepada kita di akhirat maka Blog pula adalah salah satu bahan bukti kepada tangan serta jari jemari terhadap apa yang telah dilaksanakan. Ini adalah kemuncak kepada penangan yang dibawakan oleh blog dimana boleh menjadi salah satu sebab kita mampu mencium bau syurga ataupun terhumban ke lembah neraka.
Oleh kerana blog, anda boleh menjadi orang yang miskin pahala di akhirat nanti dan kerana blog juga mungkin ada sesuatu yang mengejutkan anda ketika amalan dihisab. Sekiranya telah mempunyai blog, pilihan terletak di tangan anda maka fikirkanlah hala tuju blog kita seterusnya.
Sekilas
Perdana Menteri Malaysia Keenam Dato Seri Najib Abd Razak akhirnya mengumumkan satu Kod Etika Blogger yang didasari kepada kod etika Persatuan Wartawan Professional. Antara isi kandungan kod etika tersebut ialah:
• Penulis blog perlu jujur dan adil dalam mendapatkan, melaporkan dan menginterpretasikan maklumat
• Elakkan melakukan plagiat
• Mengenal pasti sumber yang boleh dipercayai
• Tidak menerbitkan maklumat tidak tepat
• Bezakan antara sokongan, komentar dan maklumat berdasarkan fakta.
• Mengakui akan kesilapan dan membuat pembetulan dengan segera
• Menerangkan tujuan blog dan membuka perbincangan mengenainya kepada penulis blog lain dan orang ramai
• Memberitahu sebarang aktiviti yang diadakan, kerjasama dan juga agenda peribadi mengenai blog
• Berhati-hati dalam menyiarkan maklumat sensasi yang boleh memberi kesan pada mana-mana pihak.
Mungkinkah ini kesan dari penangan blog?
Entri Berkaitan:
- Bagaimana jika pahala diperoleh dari blog itu dapat dilihat nilainya?
- Wah! Income dari blog-blog aku dah mencecah usd 519 bulan ini!
- Panjang Usia dengan Blog
Tags: asas blog, hebatnya penangan blog, kesan blog, kuasa blog, penangan blog









21 Responses to “Penangan Blog”
By bluedianthus on May 13, 2010 | Reply
Sememangnya blog mempunyai pengaruh yang sangat besar dalam kehidupan kita pada masa kini.
[Reply]
By sangilapi on May 14, 2010 | Reply
contohnya sempena 13 mei,blog manalah agak-agak nak cari pasal?…mudah-mudahan tak de lah blogger yang ke dalam pasal sempena 13 mei ni.
[Reply]
By adamfaiz on May 14, 2010 | Reply
Jangan salah gunakan kebebasan bersuara di dalam blog..untuk yang bagi komen pun patut lebih berhemah & bertanggungjawab..bukan mencaci dan bersembunyi di sebalik nickname
[Reply]
By fiezaradzi on May 14, 2010 | Reply
blog ibarat kehidupan kita jugak.. masih de batas2 yg perlu kita jaga.. jgn ikut sedap mulut jer..walau di mana pun kita bersederhana & berfikir sebelum buat sesuatu..
[Reply]
By zik on May 14, 2010 | Reply
Salam tuan rumah…
hurm kadang2 guna blog nie duk kutuk sana kutuk sini… aduh.. dah lari konsep..
[Reply]
By cyza on May 14, 2010 | Reply
Mak datok bro…panjang betul entri ko kali ni…apa-apa hal pun, blog ni perlu ikhlas dan benar serta berintegriti…biar aman dunia dan juga akhirat…
[Reply]
By Dila.13 on May 14, 2010 | Reply
Terima kasih kerana menyediakan blog-blog rujukan yang mampu bero dorongan untuk melakukan perubahan. cuma kadang-kadang niat berblogging disalah pasang. nak kejar mewah, trafik, dll. sampaikan ada yang sengaja mengadakan apa yang tak ada. hmm…
[Reply]
By Nadri on May 15, 2010 | Reply
kena sentiasa berhati-hati ketika menulis diblog..jangan menulis ikut perasaan tp biarlah beretika..
[Reply]
By imran on May 17, 2010 | Reply
memang blod mempunyai penangannya tersendiri. Wah, blog saya direview oleh nuaeman
[Reply]
By nuaeman on May 17, 2010 | Reply
Setuju tu Warnie, tapi mungkinkah selepas ini ada medium yang lebih hebat daripada blog?
[Reply]
By nuaeman on May 17, 2010 | Reply
Setakat ni takde dengar cerita pulak.. ramai yang sibuk cari rezeki dari cari pasal.. sambil-sambil tu cari pahala..
[Reply]
By nuaeman on May 17, 2010 | Reply
saya pun pernah terima komen yang berunsurkan provokasi.. entah hape-hape ntah..
[Reply]
By nuaeman on May 17, 2010 | Reply
Itulah tanggungjawab blogger.. berfikir kesan sesuatu entri sebelum tekan butang publish
[Reply]
By nuaeman on May 17, 2010 | Reply
Apa yang mereka dapat dengan mengutuk itu yek.. kepuasan? rasanya tidak..
[Reply]
By nuaeman on May 17, 2010 | Reply
sesekali bagi entri panjang-panjang.. hehe.. entri ko pun boleh tahan panjang jugak sekarang
[Reply]
By adamfaiz on May 17, 2010 | Reply
same lar kite..
[Reply]
By knightblogger on May 17, 2010 | Reply
hoho..dasat penangan blog nih..
[Reply]
By nuaeman on May 20, 2010 | Reply
Bermakna blog imran ada penangannya tersendiri..
[Reply]
By nuaeman on May 20, 2010 | Reply
Mengadakan yang tidak ada.. itu yang jadi masalah tu..
[Reply]
By nuaeman on May 20, 2010 | Reply
Ikut rasa binasa.. silap-silap boleh masuk penjara
[Reply]
By mijie on Jun 2, 2010 | Reply
ada blog yg mampu menyelesaikan masalah orang lain dan ada blog yg boleh mencetuskan provokasi
[Reply]