Nilai sebuah Kereta atau Anak..
Ditulis pada August 1, 2009 – 11:00 am | Oleh nuaeman Share
Kredit photo :supriyanto.blogsome.com
Aku tak pasti samada kisah yang ingin aku kongsikan ini adalah kisah benar atau rekaan tetapi ianya memang memberi peringatan kepada ibu bapa seperti aku yang mana kalau marahkan anak-anak berpada-padalah. Jangan terlalu mengikutkan perasaan yang kadangkala bagai dirasuk Syaitan. Kerana terlalu menurutkan rasa amarah kita mampu merosakkan masa depan anak kecil yang hadir dari darah daging kita sendiri. Hayatilah kisah dibawah ini dan renung-renungkanlah…
Sepasang suami isteri – seperti pasangan lain di kota-kota besar. Meninggalkan anak-anak diasuh pembantu rumah semasa keluar bekerja.
Anak tunggal pasangan ini, perempuan berusia tiga setengah tahun.. Bersendirian di rumah dia kerap dibiarkan pembantunya yang sibuk bekerja bermain diluar, tetapi pintu pagar tetap dikunci. Bermainlah dia sama ada berbuai-buai di atas buaian yang dibeli bapanya, ataupun memetik bunga raya, bunga kertas dan lain-lain di laman rumahnya.
Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar,lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya.
Ya… kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas.Apa lagi kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam.
Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari si pembantu rumah.
Pulang petang itu, terkejut badaklah pasangan itu melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran, berbatik-batik. Sibapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit, “Siapa punya kerja ni?” Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar.
Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya. Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan
“Tak tahu… !” “Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?” herdik si isteri lagi.
Si anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari bilik.
Dengan penuh manja dia berkata “Ita buat ayahhh…. cantik kan !” katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu. Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya di depannya, terus
dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan. Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan.
Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa. Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya..
Selepas si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu, pembantu rumah menggendong anak kecil itu, membawanya ke bilik. Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar.
Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air. Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah.
Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anak bengkak.. Pembantu rumah mengadu. “Sapukan minyak gamat tu!” balas tuannya, bapa si anak.
Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajaranaknya.
Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah.
“Ita demam… ” jawap pembantunya ringkas. “Bagi minum panadol tu,” balas si ibu..
Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya Ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu.
Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas.
“Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap” kata majikannya itu. Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik. Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius.
Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu. “Tiada pilihan..” katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana gangren yang terjadi sudah terlalu teruk.
“Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku ke bawah” kata doktor. Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu.
Terasa diri tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan. Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si bapa terketar-ketar menandatangani surat kebenaran pembedahan.
Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakan habis, si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga melihat kedua-dua tangannya berbalut putih. Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian ke wajah pembantu rumah. Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis..
Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata.. “Abah.. Mama… Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau jahat. Ita sayang abah.. sayang mama.” katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa.
“Ita juga sayang Kak Narti..” katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria.
“Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi,” katanya bertalu-talu. Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya.
Meraung dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya.
ANTARA ANAK DAN KERETA…YANG MANA LEBIH BEHARGA..??
Entri Berkaitan:























11 Responses to “Nilai sebuah Kereta atau Anak..”
By boy_bersahaje on Aug 1, 2009 | Reply
Pergh, hopefully cerita ni x benar. Sebak gile aku baca bro!!! Pengajaran untuk aku yg masih belom berumah tangge. Kesian sangat kat Ita tu…Ish2
[Reply]
By nuaeman on Aug 2, 2009 | Reply
Aku sendiri pun sebak.. orang umah aku jangan cakaplaa bila baca kisah nih.. habis meleleh dibuatnya.. harap tak berlakulaa kat kita semua.. moga dikuatkan utk byk bersabar
[Reply]
By wanmus on Aug 2, 2009 | Reply
hohoho..kereta boleh beli..rosak boleh baiki..tapi tangan anak? Ianya tanggungjawab dari Allah, hanya nantikan jawapan kita di akhirat sanalah untuk menjawabnya
[Reply]
By nuaeman on Aug 2, 2009 | Reply
Memanglah sayang anak tangan-tangankan ye tak.. tapi janganlah sampai hilang tangan huhu..
[Reply]
By yati on Aug 2, 2009 | Reply
aku mengajar budak2x tadika and sekolah rendah…..senakal mana pon diorang,aku xpernah pun pukul teruk2x….
mana sampai hati tengok diorang menagiss….kita pon sedih…
[Reply]
By mydailyblog.info on Aug 3, 2009 | Reply
betul2, anak adalah salah satu nikmat yg diberikan.jadi fikir2 kan lah
[Reply]
By pcuserz on Aug 5, 2009 | Reply
buat aku tersentuh.
terigt anak2 kat umah tu..
[Reply]
By titan on Aug 5, 2009 | Reply
uihh..sakit jiwa lelaki aku baca cite nih..
[Reply]
By Kujie on Aug 6, 2009 | Reply
mendidik ada seninya…….
[Reply]
By samdaddycool on Aug 8, 2009 | Reply
“Sabda Rasulullah s.a.w. ” Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun . Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)” dimana yang nak dipukul tu? Tapak kakinya… .. bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sensitif. … . itu salah…”
…semoga jadi pedoman bersama…
[Reply]
By Fara on Oct 8, 2009 | Reply
Nak mendidik anak-anak ada peringkatnyer… sebab tulah, nak jadi parents kita sume kena ada ilmu dan psikologi yang kuat. Approach yang berbeza untuk peringkat umur yangt berbeza. Apa-apa pun sabo kena banyak. Kite dulu pun buat nakal gak ngan mak ayah, tp x hilang tangan pun…… pikir-pikirlah.
[Reply]