Merdeka : Satu Sorotan
Ditulis pada August 2, 2008 – 2:11 am | Oleh nuaeman Share
Setelah lebih seminggu dilanda “demam seram sejuk” alhamdulillah.. hari ni rasanya keadaan aku dah kian stabil.. harap-haraplaa.. heheh.. jangan lepas ni melepek balik aduh.. tak larat pakcik! Moga esok aku merdeka sepenuhnya dari belenggu kepanasan nih.. kalau tidak memang tak selesa nak buat apa-apa.. huhu..

Waa.. sebut pasal merdeka kita dahpun masuk ke bulan kemerdekaan kan? Kemerdekaan yang keberapa nih eaak? Aiseh.. kalau tak ingat nih nanti dicop tak Patriotik pulak..Ish! Tapi betul ke kita ni dah Merdeka..? Aku tau persoalan nih dah banyak kali ditimbulkan setiap kali negara kita nak sambut ulangtahun Kemerdekaan. Aku belum nak sentuh lagi pasal jiwa dan minda kita yang masih terus terjajah cuma cuba untuk menyingkap sejarah kita sendiri apakah negara kita benar-benar dianugerahkan kemerdekaan yang mutlak?
Oklaa mula-mula kita semak balik sejarah Malaysia dengan penjajah yang memakan masa hampir 450 tahun. Bermula dengan Portugis pada 1511 hingga 1641 kemudian datang pulak Belanda yang bermastautin dari tahun 1641 hingga 1824 yang mana ditengah-tengah kekuasaannya Inggeris juga muncul. Pada peringkat pertama mereka duduki tanah melayu ni agak lama juga bermula dari 1786 hinggalah ke 1941. Entah camne timbul pulak si Nippon yang nak juga merasa menjajah bumi bertuah ni(1941-1945). Tapi tak lama hanya 4 tahun sahaja sebelum mereka terpaksa mengucapkan sayonara dan menyerahkan kembali tampuk kekuasaan kepada inggeris. Dengan semangat juang tetapi mudah layu orang-orang melayu pada masa tu maka akhirnya British setuju untuk memberikan “Kemerdekaan!” kepada Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957.. tetapi bersyarat… aduh!
Perancang penjajahan Britain di Mesir, Lord Cromer menyatakan di dalam buku beliau Modern Egypt ” Inggeris bersedia untuk memberi kebebasan berpolitik untuk semua tanah jajahannya sebaik sahaja generasi yang dididik dengan budaya British sudah bersedia untuk memerintah, tetapi British sama sekali tidak akan membenarkan tertegaknya sebuah negara Islam yang tidak bergantung kepada sesiapa pun” maka tanah melayu yang majoriti rakyatnya beragama Islam juga terpaksa tunduk dengan syarat ini bagi mendapatkan Kemerdekaan. Apa yang boleh kita faham kat sini dengan cara mendapatkan kemerdekaan secara bertulis kita sebenarnya masih tidak mampu membuang ideologi penjajah yang mana secara tak langsung menafikan juga beberapa hak kita yang sepatutnya dilaksanakan dibumi bertuah ni. Macam Ustaz Ismail Kamus selalu cakap kat ceramah beliau ” Baliknya orang putih yang berkulit putih dan tinggallah orang putih yang berkulit hitam@sawo matang ” huhu.. itulah perlembagaan yang digunapakai sampai la ni.. Masih boleh pakai ke??

Di Tanah Melayu British tertarik dan lantas merestui UMNO untuk meneruskan bentuk pemerintahan mereka disebalik perjanjian kemerdekaan yang diberikan. Tunku Abdul Rahman dilantik menjadi Perdana Menteri yang pertama lalu dijulang selaku “bapa kemerdekaan”. Bukan tak bangga tetapi sedikit terhiris dengan kata-kata beliau dalam Contemporary Issues on Malaysian Religion, katanya ” Dalam kenyataan saya yang terdahulu tentang agama, saya sebut negara ini adalah negara sekular. Ini bermakna ia bukan negara Muslim!”. Tunku juga pernah berkeras menolak beberapa hukum Islam dilaksanakan di negara ini dan turut berasa kesal kerana dizaman atom dan nuetron masih terdapat golongan fanatik agama sebegitu. Owhh!! itu fanatik ke?? Hinggalah sekarang setelah menghampiri 51 tahun kita ingin menyambut ulangtahun “Kemerdekaan”, parti nazak UMNO masih memegang tampuk kuasa.. punyalaa lama… corak pemerintahan masih kekal dan mungkin juga dah semakin teruk bila laungan “Merdeka” sesekali terdengar seperti “Mau duit ka” di kalangan pemimpin-pemimpin terkininya.. Teruk!

Secara kesimpulannya kita hanya merdeka dari sudut keluarnya golongan penjajah dari tanahair kita tetapi dari segi ideologi dan pemerintahan mereka masih bertapak hingga kini. Aku harap jangan ada yang salah faham pulak pasal tulisan aku nih. Aku tidak langsung menafikan perjuangan orang dulu-dulu dalam menuntut kemerdekaan tetapi hanya membawa korang membelek semula sejarah berdasarkan pembacaan aku dan sekiranya ada yang rasa info yang diberikan tak benar bolehlah diperbetulkan. Aku menerima apa sahaja bentuk teguran. Aku tahu.. aku tak hidup zaman penjajah cuma ada sedikit minat membaca dan meneliti lipatan sejarah.
Entri Berkaitan:





6 Responses to “Merdeka : Satu Sorotan”
By nikillas on Aug 2, 2008 | Reply
bagus r entri ni..
aku pun x sedar yang kita dah masuk bulan kemerdekaan..
dan sekarang penjajahan minda makin berleluasa…
Merdekakah anda..??!!
[Reply]
By ijamidayu on Aug 11, 2008 | Reply
Betul la bro.. Hmmm.. perkara sedih melanda..
Apa pun keep up bro.. Teruskan usaha anda dalam bidang nie.. Amacm?Still x sihat lagi ker?
[Reply]
By nuaeman on Aug 11, 2008 | Reply
alhamdulillah sihat.. tapi blog aku nih yang tak sihat.. entah kenapa beberapa post sebelum ni hilang..
[Reply]
By Chuckies on Aug 12, 2008 | Reply
pejam celik pejam celik…dah pun masuk bulan 8…bulan merdeka…aper yang kiter harus buat ialah merdekakan diri kiter dari hutang…huhuhuhu…itu jer mission aku skang nie….
[Reply]
By TH on Aug 13, 2008 | Reply
huhu. sekejap je dah tahun 2008. Dah puasa balik. Rasa cam tak puas hati pun ada..
[Reply]
By samdaddycool on Aug 14, 2008 | Reply
….sorotan merdeka… masih banyak lagi yang kita perlu merdekakan wahai bangsaku….
antaranya;
1. facilities kelas pertama, minda kelas ketiga
2. kebebasan kewangan.. faham2 la…
3. budaya bersorak merdeka.. tapi hanya keluar dari mulut.. bukannya jiwa (aku sedih tgk budak2 punk berarak bawa bendera malam merdeka)..
4. jadi pak turut aka barua…
5. anak2 dara / teruna yang menjadi korban malam merdeka..
6. ..dan banyak lagi…
fikir-fikirkanlah..
[Reply]