Lelaki kencing berdiri tidak layak menjadi Suami?


Ditulis pada April 5, 2010 – 5:12 pm | Oleh nuaeman
Share

Para lelaki, apalagi suami-suami jangan tersentak pula. Kita mahu berbincang dan bukannya menghukum. Tidak dapat dipastikan apakah ramai yang tertampar bilamana dikatakan lelaki yang kencing berdiri tidak layak menjadi suami. Mungkinkah itu merupakan suatu jawapan bahawa ramai lelaki yang kencing berdiri?

Sebenarnya isu utama disini ialah berkenaan dengan thoharoh (bersuci) dan najasah (permasalahan najis). Perkara ini hari-hari dilakukan sehingga dipandang sangat remeh tetapi tidak menjadi kesalahan sekiranya sesekali kita membicarakannya. Risau jika terlalu dipandang sebelah mata, lama kelamaan akan terlupa dan sehingga menjadi perkara biasa pula. Ada sesiapa yang seharian tidak kencingkah? Itu juga satu masalah dan perlu berjumpa doktor.

Kategori najis air kencing

Berbalik kepada topik kita . Pertamanya soal air kencing manusia, ianya dikategorikan dalam najis apa? Ada sesetengah yang masih menggaru-garu kepala untuk berikan jawapan jika ditanya secara spontan. Baiklah ,  semasa di sekolah dahulu kita diberitahu bahawa air kencing ini termasuk di dalam kategori najis mutawassitah. Najis jenis ini haram dibuat makan dan minum. Sebarang pakaian yang terkena najis ini haram dibawa bersolat dan juga tawaf. Kaedah penyuciannya pula adalah dengan cara menghilangkan  rasanya, warnanya dan baunya.

Hukum Kencing Berdiri

Bolehkah kencing berdiri? Dari segi hukum apa yang dijumpai setakat ini tiada yang mengatakannya haram tetapi sebahagian ulama memberi pendapat sebagai makruh manakala ada juga yang mengharuskan perbuatan ini. Jika dilihat dari segi adab sememangnya agak kurang sopan amalan kencing berdiri. Mungkin keratan dibawah ini lebih memahamkan kita:

TIDAK diharamkan seseorang kencing berdiri, terutamanya apabila adanya keperluan. Namun begitu kencing secara duduk itu adalah sunat kerana itulah kebiasaan yang dilakukan oleh Nabi S.A.W. berdasarkan hadith daripada ‘Aisyah R.A.:

Maksudnya: “Sesiapa yang menceritakan kepada kamu yang Nabi S.A.W. pernah kencing berdiri, maka janganlah kamu mempercayainya, tidaklah baginda kencing melainkan dengan duduk.” (HR al-Tirmizi, dan beliau berkata: “Hadith ini adalah yang paling sahih di dalam bab ini.” Hadith ini juga di sahihkan oleh al-Albani di dalam sahih Sunan al-Tirmizi)

Lajnah Daimah 5/88 (Badan Tetap Fatwa Arab Saudi) apabila ditanya tentang hukum kencing berdiri, mereka menyatakan keharusannya sambil menegaskan sunatnya kencing secara duduk dengan berdalilkan hadith di atas. Seterusnya mereka menyebut:

“Ini disebabkan (kencing secara duduk itu) ianya lebih terlindung dan lebih terpelihara daripada terkena percikan kencingnya. Telah diriwayatkan hadith tentang keringanan kencing secara berdiri dengan syarat selamat daripada terkena percikan kencing pada pakaian dan badan, dan selamat dari terdedah aurat. Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Huzaifah R.A. daripada Nabi S.A.W.:

Maksudnya: “Adalah baginda (S.A.W.) mendatangi kebun milik satu kaum, lalu baginda kencing secara berdiri.”

Hadith ini dengan ucapan ‘Aisyah di atas tidak saling menafikan antara keduanya, ini kerana dari dua hadith di atas dapat difahami Nabi S.A.W. kencing berdiri disebabkan tenpat tersebut tidak memungkinkan baginda duduk atau boleh juga difahami hadith daripada Huzaifah itu menjelaskan kepada orang ramai yang kencing berdiri itu bukanlah suatu perbuatan yang haram. Di samping itu hadith Huzaifah juga tidak menafikan yang asal hukum kencing adalah seperti yang dinyatakan oleh ‘Aisyah R.’anha yang Nabi S.A.W. kebiasaannya kencing secara duduk, dan kencing secara duduk itu adalah Sunnah Nabi S.A.W. yang bukan wajib yang menjadikan haram jika kita tidak melakukannya.” dipetik dari soaljawab.wordpress.com

Kencing berdiri dengan situasi sekarang

Kalau kita lihat sekarang kebanyakkan tandas lelaki menyediakan ruang untuk mereka buang air kecil secara berdiri. Secara logiknya memang jika dilepaskan hajat disitu akan ada percikan halus yang bakal mengenai seluar. Adalah lebih baik sekiranya para lelaki muslim memilih untuk membuang air kecil di dalam tandas dimana ada pilihan untuk mereka samada untuk kencing duduk ataupun berdiri tetapi menanggalkan keseluruhan seluar. Tetapi jika memang keadaan sudah di tahap kecemasan dan kemudiannya pula tandas memang ‘full’ maka terpaksalah…

Walaubagaimanapun jika seseorang itu memang benar-benar menjaga kesucian diri mereka tentunya ada bekal kain dibawa bersama kemana-mana  jadi untuk mendirikan solat tidaklah mereka gunakan seluar yang telah terkena najis.

Kaitan lelaki kencing berdiri tidak layak menjadi suami

Emm.. aku baru sahaja membaca novel islamik sebenarnya dan di dalam novel itu ada membangkitkan isu ini sebagai contoh lelaki-lelaki yang gagal dalam bab thoharah ketika membicarakan tentang ‘lelaki yang bagaimana sesuai untuk dinikahi’. Jika dalam hal remeh mengenai diri mereka sendiri seperti ini pun mereka tidak mampu menjaganya bagaimana untuk  memikul tanggungjawab yang lebih besar sebagai ketua keluarga.

Di dalam Novel itu juga ada pernyataan bahawa sukar untuk mencari lelaki yang soleh pada zaman ini. Betulkah wahai lelaki? Walaupun itu sekadar novel tetapi rasanya isu yang diperbangkitkan adalah dari realiti yang berlaku. Dinyatakan juga 7 ciri suami yang terbaik..

1) Alim ( Berilmu agama )
2) Husnul Akhlak ( berakhlak Baik )
3) Qanaah (Redha dengan apa yang ada )
4) Syakir ( Suka berterima kasih )
5) Ghafir ( Pemaaf )
6) Rahim ( Penyayang )
7)  Sobir ( Penyabar )

( Dipetik dari Novel : Mengintai Cinta Khalifah )

Kita dimana?

Related Posts with Thumbnails
Bookmark Artikel nih:
  • BlinkList
  • co.mments
  • De.lirio.us
  • del.icio.us
  • Digg
  • Facebook
  • Furl
  • Google
  • Netvouz
  • NewsVine
  • Reddit
  • Smarking
  • Socialogs
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati
  • TwitThis

Entri Berkaitan:

  1. Bila sejadah berdiri
  2. Andalusia: Apakah semuanya Salah Lelaki??
  3. Otak lelaki dan Otak Perempuan: Apa Beza??
  4. Izinkan Daku menjadi tetamu Mu..
  5. Blog menjadi bahan bukti di akhirat

Artikel ditulis oleh nuaeman

Seorang lelaki, suami dan juga bapa yang sederhana.

Nuaeman Telah Menulis 376 Artikel Setakat Ini .

Langgan feed melalui RSS atau EMAIL untuk mendapat pemberitahuan tentang artikel terkini dari Nuaeman.

  1. 19 Responses to “Lelaki kencing berdiri tidak layak menjadi Suami?”

  2. By Nadri on Apr 5, 2010 | Reply

    bab hadas kecil nie mmg nak kena jaga..tak blh dpandang ringan..lps buang hajat pula disunatkan berdehem..

    mlm jumaat lps ketika aku melalui highway p.gudang, kelihatan seorg lelaki cina dah berusia dgn selambanya kencing berdiri di tepi highway..xde sivik pnya org..

    [Reply]

  3. By imran on Apr 6, 2010 | Reply

    Dalam Motivasi Dato’ Fadzilah Kamsah selalu ditekankan bab ini. Walaupun dipandang remeh. Sunnah kencing duduk.

    p/s : Terkejut ketika mula-mula sampai ke Cairo melihat masyarakat Islam disan menjadikan dinding sebagai tandas awam. huhu

    [Reply]

  4. By sharinginfoz on Apr 6, 2010 | Reply

    jagalah adat dengan baik kan…

    Duit Tak Keluar, Akaun Potong

    iphone atau I love u???

    [Reply]

  5. By Rizzal Murinho on Apr 6, 2010 | Reply

    Post & subject yg menarik

    [Reply]

  6. By nuaeman on Apr 7, 2010 | Reply

    orang kita pun ada jugak yang dengan selamba membuang tepi jalan ni.. dah tak tahan atau dah hilang perasaan..? huh

    [Reply]

  7. By nuaeman on Apr 7, 2010 | Reply

    dinding lagi dasyat terus terpantul-pantul percikan tu..

    p/s: imran,awak tau tak buku/novel lakaran sahrawi?

    [Reply]

  8. By imran on Apr 7, 2010 | Reply

    Aha…. memang novel terbaik dari Mesir tu. Saya ada simpan lakaran sahrawi itu pun sebagai hadiah pada tunang (sekarang dah jadi isteri) :D

    [Reply]

  9. By fiezaradzi on Apr 7, 2010 | Reply

    nak komen gak la..
    mmg susah sikit kot nak cari suami yg baik skg ni.. tapi pompan yg baik pun sama jer..
    suami yg baik de nilai2 yg disebutkan di atas.. syukur lah..

    [Reply]

  10. By cyza on Apr 7, 2010 | Reply

    Aku takleh nak komen apa lagi. Aku rasa artikel2 macam ni perlu diperbanyak dalam blog.

    Well done bro

    [Reply]

  11. By hafizmd on Apr 7, 2010 | Reply

    selalu sgt jumpe orang kencing tepi highway..tapi agaknye dah tak tahan sgt dah..

    p/s – silap2..sampai rumah..si anu dah bengkak..sekali tok bomoh cakap..terkene kepala jin mane ntah..isk3..

    [Reply]

  12. By hafizmd on Apr 7, 2010 | Reply

    terima kasih bangkitkan isu camni..walaupun nampak macam remeh..tapi besar sebenarnye..sebab kalau tak silap (kalau slah,tolong betulkan)

    “banyaknye seksaan nanti ade juge yg datangnye kerna cuai semasa membuang air kecil”

    kalau kite gune tempt yg berdiri tuh, ade sesetengah mangkuk tuh takde pun tempat air keluar..so camne nak basuh?

    itu tak kire lagi yg terpercik2 tuh..

    so,jomla same2 kite ikut yg mane Nabi buat..yg besar2 dahla susah nak buat..kite buat yg ini..jom sama2 kite betulkan diri kite..

    p/s – maaf bro,panjang sudahh..

    [Reply]

  13. By nuaeman on Apr 7, 2010 | Reply

    Dari itu.. Kita yang telah bersuami dan beristeri ni kenalah bentuk diri menjadi yang terbaik kepada pasangan

    Tak gitu puan Fieza?

    En Hafiz senyum jee tu..

    [Reply]

  14. By nuaeman on Apr 7, 2010 | Reply

    ya ya.. satu lagi kena jaga-jaga buat link pada komen.. :)

    [Reply]

  15. By nuaeman on Apr 7, 2010 | Reply

    Tengkiu bro.. banyak perkara kita khilaf sebenarnya.. kita sama2 mengingatkan sesama kita

    [Reply]

  16. By nuaeman on Apr 7, 2010 | Reply

    betul tu hafiz.. benda remeh yang lelaki selalu lepas pandang.. inilah dia..

    [Reply]

  17. By AhliaAzharjaafar on Apr 9, 2010 | Reply

    `Dari Ibnu Abbas r.huma meriwatkan bhw Rasulullah saw dtg kpd dua kubur dan bersabda: Penghuni dari kedua kubur ini sdg disiksa ttp bukan kerana dosa besar (yg susah utk dihindari). Yg pertama kerana tidak menjaga dirinya dari percikan kencing dan sebahagian yg lain disiksa kerana sentiasa memfitnah’. (HR Bukhari)

    [Reply]

  18. By fiezaradzi on Apr 12, 2010 | Reply

    tul..tul..tul.. kita kena saling ingat mengingati.. terima kasih..

    [Reply]

  19. By Amy on Apr 19, 2010 | Reply

    nak komen gak la..
    mmg susah sikit kot nak cari suami yg baik skg ni.. tapi pompan yg baik pun sama jer..
    suami yg baik de nilai2 yg disebutkan di atas.. syukur lah..

    [Reply]

  20. By Ali ridha on Aug 10, 2010 | Reply

    klu xtahan tu nk wat cam mane.terpakse
    kencing berdiri.
    Ali ridha recently posted..Pendrive BackgroundMy ComLuv Profile

    [Reply]

Post a Comment

CommentLuv Enabled