Kewujudan Jin dan Syaitan


Ditulis pada April 24, 2009 – 4:09 pm | Oleh nuaeman
Share

“Betul ke si Din tu jumpa Hantu Cik Mad?”

Erk! tiba-tiba pertanyaan ini keluar dari salah seorang pekerja bilamana si Din sekali lagi mintak ditukarkan ke shift pagi kelmarin. Mungkin cerita si Din nampak makhluk halus ni dah mula tersebar dan semakin hangat bila seorang lagi pekerja pulak memberitahu yang salah satu tandas terkunci dari dalam malam semalam. Argh.. macam-macam..

Apa yang boleh diperkatakan disini kewujudan jin dan syaitan memang tak perlu dipersoal malah mereka juga makhluk Allah sebagaimana manusia.  Di dalam al-Quran sendiri ada disebutkan tentang makhluk-makhluk ini seperti Syaitan, Jin dan ifrit.  Apa yang difahami dari pembacaan-pembacaan aku sebelum ini makhluk-makhluk ini juga sebenarnya takut kepada manusia tetapi oleh kerana mereka mendapati manusia juga seperti takut akan mereka maka mereka menambah ketakutan itu dengan usikan dan sebagainya. Walaubagaimanapun kita seharusnya percaya segala gangguan dan usikan dari mereka ini takkan berlaku tanpa Izin Allah jadi secara logiknya untuk menanganinya juga kita hendaklah kembali kepada Allah. Salah satu kaedahnya adalah dengan pembacaan ayat kursi.

Jin dan Syaitan ini pula seringkali dikaitkan dengan suasana malam yang gelap. Apakah mereka tidak wujud pada waktu siang? dan mengapa tahap keberanian sesetengah manusia boleh berubah antara malam dan siang?. Dalam masyarakat melayu kita kerap kali terdidik dengan pesan nenek moyang yang tidak membenarkan anak-anak berkeliaran di waktu senja serta malam. Pesan nenek moyang?? tapi siapa.?? mengapa kita jarang diberitahu ianya datang dari Rasulullah s.a.w. Imam Bukhari dalam kitab Sahihnya ada meriwayatkan bahawa. Rasulullah s.a.w. ada bersabda yang berbunyi:

“Apabila malam meliputi (atau apabila malam menyelubungi) maka cegahlah anak-anak kamu, kerana sesungguhnya syaitan-syaitan itu berkeliaran ketika itu.  Maka apabila luputlah satu ketika daripada Isyak, maka berilah kebebasan kepada mereka, selak pintu kamu serta sebut nama Allah dan padamkan lampu serta sebut nama Allah, dan tudunglah bekas-bekas minuman kamu dan sebut nama Allah, dan tutuplah bekas-bekas makanan dan menyebut nama Allah biarpun bekas itu telah ditudungi atau direntangi sesuatu ke atasnya.”

Jelas disini malam adalah masa untuk makhluk-makhluk ini berkeliaran melakukan aktiviti-aktiviti mereka. Diantara mereka juga ada yang beriman dan ada yang tidak sebagaimana maksud ayat 11 surah al-Jin:

“Dan sesungguhnya di antara kami ada orang-orang yang salih dan di antara kami ada pula yang tidak demikian.  Adalah kami menempuh jalan yang berbeza.”

Oleh kerana asal penciptaan yang berlainan serta tanpa izin Allah maka manusia tak dapat melihat  rupa bentuk fizikal makhluk-makhluk ini yang diberitakan agak hodoh dan menakutkan cuma dalam beberapa keadaan ada mereka-mereka yang secara tak sengaja ternampak akan makhluk-makhluk ini. Walaupun begitu adakala kita seperti dapat rasakan kehadiran mereka apatah lagi sekiranya berseorangan di waktu malam. Rasulullah s.a.w ada bersabda:

“Andainya manusia itu tahu apa yang terjadi ketika berseorangan, seseorang itu tidak akan berjalan bersendirian biarpun satu malam buat selama-lamanya.”

Jadi walaupun apapun nama diberikan oleh masyarakat melayu seperti toyol, pontianak, pocong, penanggal dan banyak lagi, semuanya adalah tempelan serta jolokan berdasarkan keadaan fizikal yang mereka nampak pada makhluk yang bernama Jin ini. Rasa takut adalah satu fitrah yang ada dalam diri manusia tetapi janganlah keterlaluan sehingga menerbitkan unsur-unsur khurafat.   Asasnya adalah berbalik kepada tuhan kerana mereka juga adalah makhluk yang dijadikan oleh Allah untuk bersujud kepada-Nya.

“Dan Aku (Allah) tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah Ku (Allah)”

(Surah al-Dzariyat : ayat 56)

Related Posts with Thumbnails

Entri Berkaitan:

  1. Benarkah Syaitan Dibelenggu?
  2. Tunggu diri Sempurna?? Itu tipudaya Syaitan!!
  3. AdukaTaruna – Keceluparannya Digelincirkan Syaitan

Artikel ditulis oleh nuaeman

Seorang lelaki, suami dan juga bapa yang sederhana.

Nuaeman Telah Menulis 417 Artikel Setakat Ini .

Langgan feed melalui RSS atau EMAIL untuk mendapat pemberitahuan tentang artikel terkini dari Nuaeman.

  1. 6 Responses to “Kewujudan Jin dan Syaitan”

  2. By zariel on Apr 24, 2009 | Reply

    wah. sekali macam wartawan mastika pun ada ko ni bro… haha.. gurau je :P

    [Reply]

  3. By nuaeman on Apr 24, 2009 | Reply

    haha.. Aku nak buat ebook “selangkah ke alam misteri” ni.. :)

    [Reply]

  4. By Callister on Apr 24, 2009 | Reply

    layan lak baca ko tulis..
    haha…
    mcm misteri nusantara..

    Callister’s last blog post..Why you should play Stock Market Games?

    [Reply]

  5. By samdaddycool on Apr 30, 2009 | Reply

    … setan, jin , iblis juga hamba (makhluk).. Kita tak perlu takut. Tapi kena la kuatkan semangat (amalan sebagai pendinding).

    samdaddycool’s last blog post..Masbuk ketika solat Jumaat

    [Reply]

  6. By aquabot on May 3, 2009 | Reply

    I am agree with you.

    [Reply]

  1. 1 Trackback(s)

  2. Apr 18, 2011: Bayang Tanpa Objek | Blog Nuaeman

Post a Comment

CommentLuv badge