23
Kepalsuan Teori Evolusi
Posted by | Posted in Fikrah | Posted on 23-07-2008
Arhh.. akhirnya benda yang aku risaukan terjadi juga.. bila kesibukan melanda camni.. menafikan usaha aku untuk mengemaskini blog sekerap mungkin.. memang aku tak boleh push diri aku.. lagipun berapa kerat sangat pembaca blog aku ni.. buat masa ni.. tapi bila dah tanamkan niat nak berblog secara serius aku rasa dah jadi macam satu tanggungjawab untuk sentiasa memberi info yang sebaik mungkin dan sekerap mungkin. Nak ikutkan sibuk memang sibuk giler sekarang tapi kalau dah nama kerja memang camtulaa kan.. cuma jangan sampai kesibukkan tu membuat kita lupa pada maha pencipta…

Topik aku hari ni bukan Evolusi KL Driff k.. ini “Teori Evolusi” atau dikenali juga dengan “Teori Darwin”, aku tau, benda ni dah lama tapi masih diperkatakan.. oleh mereka-mereka yang tak mengiktiraf kewujudan tuhan.. mengapa aku timbulkan benda..ni? mengingatkan dan menjelaskan kepada manusia-manusia termasuk aku dan lebih-lebih lagi mereka-mereka yang berperangai macam beruk! yang mana mereka bukan berasal dari spesis tu.. kita sebagai umat Muhammad semua dah pastinya tahu.. asalnya kita dari Nabi Adam.. datang lak si pakar-pakar evolusi nih bawak teori tak masuk akal!
Teori yang diasaskan oleh Charles Darwin nih menyatakan segala kehidupan yang wujud di muka bumi tuhan ini terjadi secara tidak sengaja.. sekaligus menafikan kewujudan tuhan. Mereka yang memegang kata-kata ini mendakwa segala kehidupan di dunia ni berubah dari masa ke semasa melalui dua mekanisme iaitu “mutasi” dan “Pilihan Semulajadi”. Mutasi menurut mereka adalah satu proses yang terjadi secara rawak pada struktur genetik sesuatu kehidupan. Sekiranya mutasi kecil berlaku secara berterusan ia akan mewujudkan satu spesis yang baru. Pilihan Semulajadi pula ialah spesis kehidupan yang lebih serasi dengan alam semulajadi di tempat habitatnya akan terus wujud dengan melahirkan anak-anak yang akan selamat, manakala yang lain akan pupus. Erk..! aku macam penin sikit dengan keterangan pasal Pilihan Semulajadi ni.. heh.. walaubagaimanapun pendapat ni dah disanggah oleh seorang palaeontologi kanan dari Museum of Natural History kat England. Yang nyata tidak pernah seorang pun berjaya menghasilkan satu spesis kehidupan yang baru dengan kaedah pilihan semulajadi. Semua tu Karut!
Tentang mutasi tu pulak di beri contoh satu transformasi yang berlaku ke atas tapak sulaiman dari rupa bentuknya yang seperti bintang tu.. berubah kepada seekor ikan.. aduh.. boleh percaya ke? pandai betul diorang ni mereka cerita.. kalau betullah berlaku camni dah tentu banyak kita jumpa spesis peralihan ni seperti separuh ikan dan separuh tapak sulaiman.. yang banyak spesis manusia yang separuh lelaki separuh perempuan jee aku jumpa.. huh!
Yang lebih mengarut terkandung dalam teori ini ialah bilamana manusia diberi nama saintifik sebagai ‘homo sapien’ (bukan super sapien eaa..) kononnya berasal daripada beruk. Kebetulan pulak beruk mempunyai banyak persamaan dengan manusia, maka imiginasi beruk mereka yang keterlaluan menyebabkan mereka berpendapat beruk telah mengalami evolusi yang memakan masa ribuan tahun dan kemudiannya muncullah manusia. Penduduk Afrika dan orang asli yang rupa mereka lebih hampir dengan beruk dikatakan mengalami evolusi yang agak perlahan berbanding manusia di negara-negara Barat. Satu lagi pendapat bangang!
Walau banyak keraguan yang timbul pada teori ni.. masih ada manusia-manusia yang mempercayainya.. semua kes dah terlampau pandailaa tu.. pikir jauh sangat.. Kebanyakannya datang dari fahaman golongan atheis yang tidak percaya kewujudan tuhan. Jangan terkejut di malaysia jugak, telah ramai anak-anak muda melayu mengambil fahaman ni dan kalau kita tengok tidak ramai pihak yang memperkatakan hal ni di Malaysia.
Bab Teori Evolusi banyak boleh didapati pada buku-buku karya Harun yahya dan tentang teori evolusi ni pun boleh dibaca dalam versi melayu di www.evolutiondeceit.com . Mungkin dengan mengambil sedikit ilmu disini korang boleh menangkis sebarang tohmahan dari ahli-ahli evolusi ni.. yang memang sentiasa mempersoalkan kewujudan tuhan.. dan hari kiamat. At least ada persediaankan.. sebab aku pernah bertemu dengan orang-orang nih. Mereka boleh kata apa yang mereka nak kata but kita boleh mempersoalkan kalaupun semua bahagian yang membentuk makhluk boleh bergabung secara rawak sebagaimana kaedah mutasi tu.. mampukah timbunan atom tu membentuk roh seterusnya memberi nyawa. Fikir fikirkan.. berat dah kepala otak aku nih..
Adios..
No related posts.




















Salam Admin,
Biasa la kesibukan sentiasa menghimpit manusia selagi hayat di kandung badan..
Susah nak harapkan orang yang betul2 ikhlas dalam meninggalkan komen pada blog kita.
Apa pun selagi mampu kita akan terus menulis supaya ilmu ini dapat di amalkan dan dikongsi bersama-sama.
erm..aku suke teori ni..masa aku darjah 1 aku bersungguh tanya benda ni pada ustaz dan ustazah..muaahahah..mereka takut bukan level aku untuk fhm ttg sume ni..aiyak..
Evolusi IM..mmg menarik
Ada ker patut samakan dengan monyet… Apa bendalah Darwin nih kan…
Biasa la yahudi bro.. Suka memutar belitkan fakta.. Pasal dalam al-quran ada menyebutkan bangsa yahudi ‘beruk’ maaf kalau aku tersilap..
er.. mungkin tak terus menjurus.. macam tu.. kalau salah faham nanti dah macam apa yang berlaku kat “Fitna”
ini ayatnya :-
5:59. Katakanlah, “Wahai ahli Kitab, adakah kamu mendendami kami kerana kami percaya kepada Allah, dan apa yang diturunkan kepada kami, dan apa yang diturunkan sebelumnya, dan bahawa kebanyakan kamu adalah orang-orang fasiq?”
5:60. Katakanlah, “Bolehkah aku memberitahu kamu, sebagai ganjaran di sisi Allah, yang lebih buruk daripada itu? Sesiapa yang Allah melaknatkan, dan padanya Dia murka, dan menjadikan antara mereka beruk dan babi, dan penyembah-penyembah Thagut - mereka itu lebih buruk tempatnya, dan lebih jauh sesat daripada jalan yang betul.”
Kalau ada sesiapa yang nak tambahkan maklumat lagi pun boleh.. just sama-sama berkongsi ilmu..
teori darwin yg sungguh membuat dia fames. hehe
haha. darwin memang femes sampai aku menyampah dengan idea teori dia tu..
tak suka. tak suka teori tu..
…aku pun tak suka bro..
tapi yang ni aku suka… , “aku keluar dengan beruk” .. iklan celcom..