Kemana Destinasi Kita Selepas Ini..?
Ditulis pada August 16, 2010 – 5:10 pm | Oleh nuaeman Share
Saya berkesempatan pulang ke kampung di Mersing pada hujung minggu lalu. Ketika sampai di sana, kebetulan ada satu kemalangan yang baharu sahaja berlaku. Yang jelas dimata saya pada waktu itu adalah sebuah van berwarna hijau yang kelihatan remuk di bahagian hadapannya berada di pertengahan jalan. Berdekatan dengan van tersebut ada susuk seorang muslimah yang telah terkujur kaku dan wajahnya telahpun ditutup. Isteri saya tidak sanggup melihat keadaan itu.
Hasil perkongsian dengan rakan-rakan sekampung di Facebook, muslimah yang meninggal dunia di dalam kemalangan tersebut merupakan kenalan mereka. Khabarnya sebelum kejadian itu beliau baharu sahaja pulang dari majlis usrah. Dalam menuju destinasi seterusnya allahyarham telah terlibat di dalam kemalangan tragis yang meragut nyawanya lalu mengubah destinasi yang sepatutnya ditujui. Urusan dunianya habis setakat itu…
Kematian…
Berlakunya atas kehendak tuhan.. Bila akan terjadi..? menjadi rahsiaNya..
Dalam menyempurnakan urusan dunia, kita selalu merancang-rancang destinasi yang hendak kita tuju. Mungkin pada ketika ini kita sibuk merencana untuk ke Bazaar Ramadhan petang ini bagi mencari juadah yang diidamkan. Tanpa kita ketahui rupa-rupanya destinasi kita seterusnya bukan Bazaar Ramadhan tetapi adalah alam barzakh kerana kenderaan yang kita pandu terlibat dengan kemalangan. Ruang pejabat yang kita duduki sekarang merupakan perhentian terakhir kita di dunia…
Lihat sahaja kemalangan yang disebabkan puting beliung di Bazaar Ramadhan Jasin, Melaka baru-baru ini. Ketiga-tiga mangsa yang meninggal dunia dalam tragedi itu juga tidak pernah menyangka bahawa perjalanan mereka di dunia akan berakhir di situ. Belum pun sempat menjamah hidangan untuk berbuka, mereka telah pergi dahulu dijemput ilahi, membawa mereka ke destinasi yang lebih kekal.
Begitulah kehidupan kita di dunia sebagaimana pesan Rasulullah di dalam sabdanya :
“Aku di dunia ini hanyalah bagaikan seorang penunggang kenderaan yang berehat di bawah sebatang pokok, kemudian pergi meninggalkannya” (Riwayat al-Tirmizi, dinilai sahih oleh al-Albani).
Sekarang ,mampukah kita menjawab dengan yakin kemana destinasi kita selepas ini? Jika kita ditakdirkan sampai ke destinasi yang lebih kekal.. satu lagi persoalan yang perlu ditanya pada diri kita..
Apakah kita sudah bersedia..?
Entri Berkaitan:
- Bagaimana dengan diri kita selepas Ramadhan berakhir?
- Alhamdulillah.. Kita Masih Mewah dengan Makanan..
- Selamat Menyambut Ramadhan 1431 H : Tarawih kita malam ini..!
- Apakah kita bersyukur diciptakan sebagai Manusia?
Tags: alam barzakh, destinasi akhir, kematian







18 Responses to “Kemana Destinasi Kita Selepas Ini..?”
By samdaddycool on Aug 16, 2010 | Reply
Jodoh , ajal dan maut semuanya di tangan Allah. Dia jua yang Maha Mengetahui. Harap-harap kita mati kekal dalam keimanan.
samdaddycool recently posted..Tambahan stok koleksi Tudung Syria Lycra 3 layer
[Reply]
nuaeman Reply:
August 17th, 2010 at 12:12 pm
Menjadi harapan kita semua untuk mati dalam keadaan beriman kepada Allah
[Reply]
By hafizmd on Aug 16, 2010 | Reply
Allahuakbar..alangkah indah andai perjalanan kita berkahir dengan perjalanan menuju keredhaanNYA..insyaAllah..ameen
terima kasih utk peringatan ini..
hafizmd recently posted..Buang bayi- gantung mandatori atau penjara 20 tahun
[Reply]
nuaeman Reply:
August 17th, 2010 at 12:15 pm
Tak terkata rasa keindahannya…
[Reply]
By kamal on Aug 16, 2010 | Reply
Gaya penceritaan yg simple dan menarik..aku akan bookmarked blog ni utk jdkan sumber bacaan aku..
[Reply]
nuaeman Reply:
August 17th, 2010 at 12:14 pm
Terima kasih kerana sudi berkunjung dan membacanya .. moga ada manfaat
[Reply]
By hafizarshad on Aug 17, 2010 | Reply
ingat mati dan kita akan ingat untuk buat kebaikan dan menjaga diri dari buat kesalahan…
[Reply]
nuaeman Reply:
August 19th, 2010 at 7:06 am
Rasulullah SAW juga mengingatkan kita supaya selalu mengingati akan kematian.
[Reply]
By anuarkarimz on Aug 17, 2010 | Reply
kita tak tau bila ajal kita dtg, adakah kita dah bersedia?
[Reply]
nuaeman Reply:
August 19th, 2010 at 7:06 am
Satu persoalan yang hanya diri sendiri boleh jawab.. sudahkah saya bersedia.. emm..
[Reply]
By fiezaradzi on Aug 17, 2010 | Reply
hidup mati urusan Yang Maha Esa.. tak tahu bila waktunya utk kita.. moga masing2 bersedia..
fiezaradzi recently posted..Blogger Yang Terdesak
[Reply]
nuaeman Reply:
August 19th, 2010 at 7:07 am
Jadi kita perlu sentiasa bersedia.. entah esok entah lusa mungkin tiba giliran kita..
[Reply]
By khairoljambli on Aug 18, 2010 | Reply
ajal maut ditgn tuhan…namun kita yg menentukan syurga neraka kita
[Reply]
nuaeman Reply:
August 19th, 2010 at 7:08 am
Ya, cara hidup kita di dunia menentukan destinasi kita di sana.. ianya pilihan kita
[Reply]
By mijie on Aug 18, 2010 | Reply
kita tidak tahu ajal kita dimana dan bila, diharapkan kita semua dijemput ke alam barzakh dalam golongan orang yang beriman
mijie recently posted..Kisah hidup blogger yang terdesak
[Reply]
nuaeman Reply:
August 19th, 2010 at 7:10 am
Amin.. moga kita semua kembali menemui sebagai hamba yang beriman..
[Reply]
By Shukor on Aug 18, 2010 | Reply
“Ingatlah bahawa dunia adalah bersifat sementara, akhirat jualah tempat yang kekal buat selama-lamanya. Oleh itu, marilah kita berbakti kepada Allah…”
Setiap Jumaat kita selalu mendengar kata-kata ini…
Shukor recently posted..SBD- Teknik Review – Buat Duit Dengan Affiliate
[Reply]
nuaeman Reply:
August 19th, 2010 at 7:11 am
Setiap minggu dilaungkan tetapi masih ramai yang alpa.. mungkin kerana pada waktu itu mereka sedang sibuk membikin taik mata..
[Reply]