Jangan biarkan adat menghapuskan ibadat kita di Aidilfitri


Ditulis pada September 6, 2010 – 8:54 pm | Oleh nuaeman
Share

” Lan, masuk Office kejap” saya memanggil salah seorang pekerja masuk ke pejabat.

” Kenapa? ” soalnya apabila melangkah masuk ke pejabat

” Sekejap ya, saya hendak suruh awak tengok satu iklan ni ” sambil saya memainkan satu iklan promo raya yang mencetuskan kontroversi baru-baru ini.

Suasana diam seketika sewaktu Roslan menonton iklan tersebut di youtube. Kemudian dia bersuara..

” Eh, sudah macam Raya Krismas je..”

Emm.. pekerja saya pun tahu menilai…

Sedang kita menghitung hari-hari yang berlalu di dalam bulan Ramadhan ini tiba-tiba umat Islam di Malaysia dikejutkan dengan satu iklan promo hari raya dari sebuah syarikat media terbesar di Malaysia yang kelihatan sungguh pelik dan amat menyedihkan.

Gambaran di dalam iklan tersebut amat mirip sekali dengan apa yang kita selalu lihat setiap kali sambutan Hari Natal yang merupakan perayaan agama kristian. Melihat pada orang tua yang membawa beca terbang itu kita dengan mudahnya akan teringat pada watak Santa yang berjambang putih serta berpakaian serba merah sambil menunggang kereta rusanya. Amat merbahaya jika doktrin-doktrin sebegini menyerap ke minda anak kecil malah tidak mustahil bakal tercipta satu kepercayaan yang menyesatkan!

Saya sedih apabila melihatkan sampai begitu sekali gambaran yang dibuat tetapi syukurlah umat Islam disini masih ada nilai sensitivitinya dengan menyuarakan rasa tidak puasa hati mereka sehingga iklan promo itu di tarik balik penayangannya. Saya terfikir-fikir, apakah tidak ada kakitangan Islam di dalam syarikat media tersebut?

Renungilah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud ini: Rasulullah SAW pernah bersabda mafhumnya

” Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka dia adalah daripadanya”

Kisah berkenaan iklan tersebut wajar diberi perhatian supaya tidak berlaku lagi pada masa-masa akan datang. Walaubagaimanapun sekiranya kita perhatikan, sebenarnya suasana sambutan Aidilfitri di negara kita pada masa kini sememangnya telah tersasar dari apa yang telah di anjurkan oleh Rasulullah saw dahulu. Kita seolah-olah telah balik semula ke zaman jahiliah di mana pada masa itu mereka menyambut perayaan yang dinamakan sebagai nairuz dan mahrajan.

Apa dia Nairuz dan Mahrajan?

Diberitakan bahawa hari nairuz dan Mahrajan adalah merupakan hari raya yang disambut oleh umat jahiliah terdahulu. Menurut ulama,’ kedua-dua perayaan tersebut dibawa oleh orang-orang Parsi ketika mereka menakluki bumi Arab.  Apa yang dilakukan oleh mereka ketika perayaan ini ialah bermain dan bersuka-suka tanpa apa-apa aktiviti ibadah. Lalu ketika Rasulullah mendatangi Madinah dan menyaksikan mereka masih menyambut perayaan ini maka Rasulullah saw bersabda:

“Aku datang pada kalian sedang kalian memiliki dua hari yang kalian besenang-senang di dalamnya pada masa jahiliyah. Sungguh Allah telah menggantikan untuk kalian yang lebih baik dari dua hari itu yaitu: Eidul Adha dan Eidul Fitri” ( hadis Riwayat Ahmad)

Perbezaan antara nairuz dan mahrajan dengan Eidul Adha dan Eidul Fitri adalah amat jelas sekali. Menurut Syaikh Ahmad Abdurrahman Al-Banna, perayaan Eidul Adha dan Eidul fitri yang dirayakan oleh orang Islam adalah merupakan pilihan Allah yang mana ia berkait rapat dengan perlaksanaan dua rukun islam yang agung iaitu Ibadah haji dan Puasa. Disebalik ibadah tersebut Allah akan mengampuni hamba-hambanya yang taat serta meluaskan rahmatNya kepada mereka. Ini berbeza dengan nairuz dan mahrajan yang mana kedua-dua hari raya tersebut tidak melibatkan aktiviti ibadah malah ianya hanya sekadar satu saranan daripada pembesar pada masa itu.

Tetapi, apa sudah jadi dengan Eidul Fitri kita sekarang?

Kembali pada Fitrah

Di dalam kuliah waktu dhuha yang saya ikuti baru-baru ini, Ustaz yang bertanggungjawab memberi tazkirah ada menyentuh akan hal ini. Menurut beliau ‘Eid’ itu bermaksud ‘kembali’ manakala ‘Fitri’ pula bererti ‘Fitrah’ maka jika difahami secara kasar maksud sebenar EidulFitri itu ialah kembali kepada fitrah.

Setelah kita melaksanakan ibadah puasa dan juga amalan-amalan sunat lainnya di bulan yang dilimpahi keberkatan serta penuh nilai pengampunan  iaitu bulan Ramadhan maka kedatangan Syawal adalah sebagai hari kemenangan kepada kita. Sesuai dengan maksud kembali kepada fitrah maka Eidulfitri ini perlulah disambut dengan rasa syukur. Hari kemenangan itu sebaiknya dihiasi dengan bertakbir dan bertahmid, bukannya diisi dengan slot hiburan melampau sambil menujukan lagu raya!

Lagu Raya yang kacau bilau

Jika di Malaysia ini sememangnya tidak sah sambutan hari raya sekiranya tiada dendangan lagu-lagu raya malah saya sendiri mengakui ada menyukai beberapa lagu-lagu klasik hari raya. Walaubagaimanapun ada sesetengah lagu yang perlu diteliti liriknya. Contohnya sebuah lagu lama yang dinyanyikan semula oleh Mamat. Di dalam lirik lagu tersebut ada bait-bait yang berbunyi “…kan ku sujud di kakimu.. bila kita bertemu…’. Soalnya bolehkah kita sujud kepada sesama manusia walaupun ibu bapa kita?

Pernah terjadi dizaman Rasulullah saw ketika para sahabat melihat pokok dan unta bersujud kepada Rasulullah s.a.w, mereka berkata “Kami adalah lebih patut bersujud kepadamu.” walaubagaimanapun Rasulullah s.a.w. bersabdaTidak sepatutnya seseorang itu bersujud kepada selain dari Allah Tuhan seru sekelian alam.”

Di dalam satu riwayat lain yang direkodkan oleh Tirmizi, Rasululullah ada bersabda :

“Seandainya aku diperintahkan agar seseorang itu boleh sujud kepada seseorang lain, nescaya aku akan memerintahkan perempuan sujud kepada suaminya.”

Jadi wajarkah lirik sedemikian diteruskan? Kita harap para-para mufti yang alim lagi warak dapat meneliti kandungan-kandungan lagu-lagu kita supaya tidak terjejas akidah umat islam disini.

Bermaafan di Aidilfitri

Bermaaf-maafan sememangnya salah satu perkara yang mulia dan tidak semestinya dilakukan pada hari raya sahaja. Kita teramat biasa dengan ucapan ‘Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin‘. Tiada masalah dengan ucapan tersebut sekiranya dilafazkan dengan ikhlas cuma ada anjuran kepada umat Islam dengan ucapan yang lebih baik iaitu Taqabbalallahu minnaa wa minkum yang bererti ‘semoga Allah menerima dari kami dan darimu‘. Maksud menerima di dalam ucapan tersebut diperjelaskan sebagai menerima ibadah kita di sepanjang bulan Ramadhan lalu menjadikan diri kita kembali kepada fitrah.

Dalil berkenaan ucapan Taqabbalallahu minnaa wa minkum ini bersumber dari Al Hafidh Ibnu Hajar [Fathul Bari 2/446]: “Dalam Al Mahamiliyat dengan isnad yang hasan dari Jubair bin Nufair, ia berkata (yang ertinya): Para sahabat Nabi SAW bila bertemu pada hari raya, maka berkata sebahagian mereka kepada yang lainnya: Taqabbalallahu minnaa wa minkum “.

Benar kita telah terbiasa dengan ucapan ‘Maaf Zahir Batin’ tetapi mengapa tidak pada kali ini kita cuba ubah dengan satu ungkapan yang lebih baik .Ianya merupakan satu doa malah terlalu mulia jika hendak dibandingkan dengan ucapan ‘kosong-kosong’ yang ada diucapkan oleh sesetengah dari kita setiap kali kita bersalaman di hari mulia.

Hati-hati bersalaman di AidilFitri

Sudah diperjelaskan akan maksud kembali kepada fitrah tetapi janganlah pula kita mencalitkan hari kemenangan ini dengan noda dan dosa. Antara contoh paling jelas ialah berkenaan bersalaman memohon maaf. Ianya memang amalan mulia tetapi janganlah sehingga terlupa batasan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram. Hukum bersentuhan bagi bukan mahramm telah sedia jelas sebagai Haram maka sebaiknya dijauhi.

Saya akui terkadang kita menjadi serba salah sekiranya ada mereka-mereka yang bukan mahram menghulur tangan kepada kita. Untuk tidak menyakitinya, mungkin sahaja kita boleh katakan yang kita mempunyai air sembahyang. Tetapi jika dia berkeras juga sedangkan kita tidak mahu maka terpaksalah berkata dengan jelas ‘HARAM!’

Jangan Biarkan Adat membayangi Ibadat

Ada banyak perkara yang boleh disentuh berkenaan cara kita menyambut Aidilfitri ini. Kita memang sedia maklum yang orang melayu ini begitu kaya dengan adat tetapi janganlah sampai ianya membayangi ibadat yang sepatutnya kita laksanakan malah sekiranya ada yang bertentangan dengan agama maka adalah wajar kita tinggalkan sahaja.

Tidak rugi pun kan…

Rujukan

http://www.freewebs.com/ramadhaan/ied.htm

http://halaqah.net/v10/index.php?action=printpage;topic=5949.0

Related Posts with Thumbnails

Entri Berkaitan:

  1. Jangan Sesekali Lupa Rumput di Bumi..
  2. Aidilfitri yang sedikit tawar…
  3. Jangan Shopping di Kemayan City kalau ke JB tau..!
  4. Salam Aidilfitri dari Nuaeman.com
  5. Salam AidilFitri 1431 Hijrah

Tags: , ,

Artikel ditulis oleh nuaeman

Seorang lelaki, suami dan juga bapa yang sederhana.

Nuaeman Telah Menulis 417 Artikel Setakat Ini .

Langgan feed melalui RSS atau EMAIL untuk mendapat pemberitahuan tentang artikel terkini dari Nuaeman.

  1. 13 Responses to “Jangan biarkan adat menghapuskan ibadat kita di Aidilfitri”

  2. By titan on Sep 6, 2010 | Reply

    tak sempat tengok kat tv3 tu. Sempat tengok kat youtube aje.

    Aku harap ianya takkan berulang lagi.

    [Reply]

  3. By boy mersing on Sep 6, 2010 | Reply

    tqvm bro…betullah tu..dalam kita bergembira kita semakin leka dan lalai serta ambil mudah sesuatu perkara… salam dan sekali lagi selamat menyambut Eidul Fitri..

    [Reply]

  4. By kamal on Sep 7, 2010 | Reply

    Saya setuju dgn artikel Bro,Menyediakan kuih raya yg berlebihan, menyediakan baju raya,penyedian juadah pagi raya, rancangan tv di hari raya.. semuanya telah mnejadi adat orang Melayu menyambut raya dan mungkin menghapuskan ibadah kita di Aidil Fitri..Thanks bila mengingatkan..

    [Reply]

  5. By Rostina Bujang on Sep 7, 2010 | Reply

    Betul tu…saya setuju sangat dgn komentar ini,memang benar kita terlalu terikut-ikut dgn budaya barat yang mengagungkan-agungkan hiburan daripada amalan -amalan yang telah diajarkan oleh Rasulullah s.a.w..alhmadullilah..terima kasih banyak kerana sudi berkongsi ilmu ini..

    [Reply]

  6. By Aidil on Sep 7, 2010 | Reply

    TQVM Bro…. Gua memang dah buat amalan tu. Kat umah wa takde kuih-kuih ni. Masak nasi macam ari-ari biasa aje. Hari Raya wa satu famili memang takde kat umah. Merayau atau stay kat masjid aje. Banyak boleh jimat: tak yah keluar duit buat kuih, beli/buat baju raya & lebih-lebih lagi selamat duit raya. Dia orang datang rumah wa pun nak duit raya aje. Kalau kuih tak sedap, dia kutuk wa. Kalau rendang masin, dia kutuk wa. Jadi dah lama wa tak buka rumah masa raya……. Dah buang terus budaya yg orang Melayu biasa buat.

    [Reply]

  7. By mazuki on Sep 7, 2010 | Reply

    sempat tengok sekali je kat tv…diorang kata kua 5 kali….kira yg aku tgk tu yg last la kot

    [Reply]

  8. By zaharah on Sep 7, 2010 | Reply

    pertama kali saya tngok ikln yg diats tu saya ckp pada anak2..
    “cuba kakak dan adik tngok iklan tu ape yg kakak dan adik nampak?..”
    “aah la bu raya dh macam krismas..”adik umur 10 thun jawab
    “kot ya pun nak buat kita ni 1 M’sia jgn la buat benda ni..”Gha..16thun
    “iklan ni ni mesti jadi isu….kita tengok la nti”nadia 17thun,,,
    tup2..tngok berita iklan dh di tarik balik….
    hihihi…kitaorang pakat ketawa ramai2…

    [Reply]

  9. By Nadri on Sep 7, 2010 | Reply

    Selamat Hari Raya buat Saudara Ahmad sekeluarga..
    Nadri recently posted..Selamat Hari Raya Aidilfitri

    [Reply]

  10. By Cyza on Sep 7, 2010 | Reply

    Memang patut di band…mujurlah dah di tarik balik…
    Cyza recently posted..Our Raya Prep Talk

    [Reply]

  11. By Shukor on Sep 8, 2010 | Reply

    Sekali tengok memang tak perasan. Bila dah 2-3 kali, baru perasan…ntah apa-apa ntah kompeni TV tu. Takkan tak buat semakan dulu sebelum disiar?hmmmm…

    P/S: Selamat Hari Raya Aidilfitri buat bro Nuaeman sekeluarga… :)
    Shukor recently posted..SBD- Teknik Review – Buat Duit Dengan Affiliate

    [Reply]

  12. By fiezaradzi on Sep 8, 2010 | Reply

    dah tgk iklan ni.. mmg terkedu juga tgk.. iklan raya yg biasa2 pun ok jer..
    fiezaradzi recently posted..Selamat Hari Raya

    [Reply]

  13. By musi on Sep 11, 2010 | Reply

    Salam.
    Nak membuat iklan dengan jujur dan ikhlas, pasti tidak menimbulkan inteprestasi yang berbagai. Mereka ni berfikiran singkat, sesuka hati tanpa mengira perasaan orang beragama. Busuk betullah.
    musi recently posted..Minal A’Idin wal-Fa’izin

    [Reply]

  14. By muhafis on Sep 30, 2010 | Reply

    memang nie dah jauh sgt dah, bahana taksub dgn 1 Malaysia lah katekan, aish, he he
    muhafis recently posted..Detox Foot Patch Koyok Kaki Buang Toksin

    [Reply]

Post a Comment

CommentLuv badge