Blog Penyubur Dosa
Ditulis pada June 11, 2010 – 10:42 am | Oleh nuaeman Share
Sebagai manusia, perjalanan hidup kita seringkali menemui dua persimpangan samada baik atau buruk. Kita akan sentiasa perlu membuat pilihan antara jalan dosa atau pahala kerana di hujung perjalanan itu nanti ada dua destinasi yang ditentukan oleh jalan mana yang kita pilih pada awalnya. Dua destinasi akhir itu tidak lain tidak bukan ialah Syurga dan Neraka.
Seperti ragamnya manusia, ada yang baik dan ada pula yang sebaliknya maka begitu jugalah dengan blog kerana ianya hanya dikawal selia oleh manusia. Dari itu sifat sesuatu blog akan bergantung kepada pemiliknya. Andai ditangani oleh seorang pencinta agama moleklah jadinya manakala jika ditadbir pula oleh seorang perosak maka yang lahir dari blog tersebut tentunya perkara-perkara yang tidak mendatangkan faedah malah lebih teruk lagi menjerumuskan kepada dosa.
Contoh Blog-Blog Penyubur Dosa
Blog Gosip Hiburan – Tidak kiralah samada gosip yang dimaksudkan itu melibatkan artis tempatan ataupun antarabangsa tetapi kandungan blog sebegini biasanya banyak mengutarakan isu-isu kontroversi serta dipenuhi dengan gambar-gambar yang membuatkan orang lain turut sama berburuk sangka. Ditambah pula tidak semua isi kandungannya adalah benar tetapi lebih menjuruskan kepada fitnah.
Blog Politik Keterlaluan – Konsepnya lebih kurang sama dengan blog gossip artis tetapi ianya lebih menjuruskan kepada kisah yang melibatkan ahli-ahli politik. Isinya lebih berbau emosi atas sebab rasa tidak puas hati antara satu pihak dengan pihak yang lain. Tidak dilabelkan semua blog politik bersifat begitu tetapi kebanyakkan daripadanya mengambil penerapan yang sedemikian rupa.
Blog dengan iklan berunsurkan seks – Kita faham ada produk-produk digital seperti ebook yang dijual dengan tema seksual. Ianya tidak menjadi masalah jika kandungannya menepati nilai-nilai yang telah ditetapkan oleh Islam. Satu perkara yang sangat tidak sesuai malah hanya menerbitkan bibit-bibit dosa apabila iklannya yang berbentuk banner lebih memfokuskan kepada gambar-gambar separa lucah dan tidak sesuai untuk tontonan masyarakat umum. Kadangkala kandungan sesuatu blog itu bagus tetapi ada pula banner-banner sebegini yang mencacatkan pembawakan sesuatu blog.
Blog yang menggalakkan pertelagahan – Ada sesetengah blog yang berbentuk umum dengan membawa apa sahaja isu kemudian membenarkan komentarnya dipenuhi dengan kata-kata kesat seperti bodoh, sial, celaka, bangsat dan pelbagai lagi. Tiada tapisan langsung yang dilakukan oleh pemilik blog sehingga menghangatkan emosi pembaca yang tidak berfikir secara matang.
Entri Berkaitan:
- Maksiat Viral daripada Blog
- Penangan Blog
- Bagaimana jika pahala diperoleh dari blog itu dapat dilihat nilainya?
- Sudahkah Blog anda diwasiatkan..?
Tags: blog dosa
























6 Responses to “Blog Penyubur Dosa”
By imran on Jun 11, 2010 | Reply
Entri ni lebih kurang macam maksiat viral je. Bagus nasihat ni.
[Reply]
By Hasanah on Jun 13, 2010 | Reply
Blog ibarat pisau. Boleh guna untuk main masak-masak atau main-main masak. Di Cina orang guna pisau untuk mengamuk bunuh kanak-kanak tadika!
[Reply]
By Shukor on Jun 14, 2010 | Reply
Memang sekarang ni kalau kita tengok banyak blog berunsurkan gosip hiburan. Mungkin nak dapatkan pelawat ramai ke blog mereka. Orang Malaysia ni kebanyakannya suka bab gosip2 artis ni.
Macam mana pula hasil yang mereka dapat dari iklan2 di blog gosip hiburan mereka? Renung-renungkan…
[Reply]
By Nadri on Jun 14, 2010 | Reply
berblog lbh kurang mcm memandu dijalan raya..kena senantiasa berhati2..
tp blog spt yg dinyatakan diatas tu yg selalu tinggi traffiknya..
[Reply]
By Shaffik on Jun 18, 2010 | Reply
Setiap blogger kena bertanggungjawab dengan setiap apa yang di tulis…salah tulis merana badan…
[Reply]
By muhammad fakhruddin on Jun 29, 2010 | Reply
tanggung di dunia,jawab di akhirat kelak
[Reply]