Blog itu Bukan Tuhan!


Ditulis pada May 24, 2010 – 12:02 pm | Oleh nuaeman
Share

kredit gambar : blogs.worldbank.org

Bayangkan kita merupakan salah seorang Blogger yang menjana pendapatan dari Internet. Setiap bulan hasil pendapatan dari kesemua blog yang dimiliki oleh kita ialah dalam anggaran RM XXXX hingga RM XXXXX. Dalam kehidupan seharian kita, memang tiada lain yang menjadi keutamaan kita melainkan blog. Celik sahaja mata waktu pagi, yang terfikir oleh kita ialah kemaskini blog dan melakukan optimasi keatas blog-blog yang ada. Begitu juga pada waktu remang-remang senja sedang azan maghrib baru sahaja berkumandang, kita masih lagi melayan blog-blog sehingga tanpa sedar kita telah meninggalkan salah satu dari kewajipan agama keatas diri kita.

Siapa sebenarnya Tuhan kita sekarang?

Hal sebegini biasa terjadi apabila kita telah terlalu asyik dengan sesuatu perkara. Minat yang mendalam menjadikan kita lupa akan tanggungjawab sebenar. Kita menjadi tunduk dan patuh kepada sesuatu benda yang kita sendiri cipta. Justeru kiblat kita bukan lagi kaabah tetapi hanya sebuah paparan di skrin komputer yang boleh di log masuk dan keluar. Kita terlalu obses dengan apa yang dipanggil BLOG.

Inilah cabaran blogger muslim dengan blog mereka. Demi mencapai sesuatu sasaran kita akhirnya jatuh menjadi hamba kepada blog .  Apatah lagi untuk yang memang sumber rezeki sehari-harinya adalah melalui blog. Perlu diingat bahawa kita tidak dihalang mencari rezeki dengan blog tetapi jangan sampai kita hanyut di bawa arus blog kita sendiri sehinggakan perkara-perkara wajib yang telah ditentukan kepada kita tidak lagi menjadi keutamaan. Sampai ke tahap itu aktiviti berblogging telah menjadi berbahaya.

Apabila manusia telah mengangkat satu perkara lain untuk mereka tunduk dan taat makanya secara langsung mereka telah mengingkari syahadah yang pernah diucapkan berkali-kali:

“Aku bersaksi Tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah”

Berdasarkan pada perbuatan yang dilakukan dimanakah letaknya persaksian mereka sebagaimana kalimah di atas. Pada waktu ini keimanan mereka mula dipersoalkan. Masih layakkah lagi mereka digelar blogger muslim?

Blog Hanya Alat

Blog itu adalah hanya merupakan alat yang direkacipta oleh kita dan diakui kuasa yang ada padanya memang mengujakan ramai orang. Walaupun begitu janganlah ketaksuban terhadapnya membuatkan kita lalai seterusnya lupa dan engkar akan tanggungjawab sebenar di muka bumi Tuhan. Allah berfirman di dalam surah Adz-Dzariaat ayat 56.

“Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk menjadi hamba (beribadah) kepada-Ku.”

Apabila dikatakan sebagai hamba maka perlunya ketaatan daripada kita untuk melaksanakan segala suruhan-Nya tanpa bertangguh. Hargailah masa yang ada untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah. Tiada salahnya berblogging tetapi jangan sesekali alpa. Renungi sebuah hadis yang direkodkan oleh Tirmizi.

Daripada Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Bersegeralah melakukan amalan sebelum tujuh perkara. Adakah kamu mahu menunggu (melengahkan amalan) sehingga berlaku kefakiran yang melupakan, atau kaya yang membawa kepada melampaui batas, atau sakit yang membinasakan, atau tua yang menuturkan kata-kata merapik, atau kematian mendadak yang pantas (hingga tidak sempat meninggalkan pesan mahupun bertaubat), atau Dajjal, maka itu adalah seburuk-buruk kejahatan tersembunyi yang dinantikan, atau detik Kiamat, maka ia lebih dasyat dan lebih perit”.

Tips untuk tidak lalai dengan dunia blog serta dunia maya Internet

1. Masukan perisian azan di dalam komputer dan setkan mengikut waktu setempat supaya anda sentiasa diperingatkan ketika masuk waktu solat. Perisian azan ini boleh diperolehi di http://www.islamicfinder.org. Dengan perisian ini suara azan akan berkumandang secara automatik di komputer anda apabila masuk sahaja waktu solat.

2. Jangan pisahkan diri dengan santapan rohani. Jika anda biasa mendengar lagu ketika melayari internet mengapa tidak anda ubah pula dengan mendengar tazkirah ataupun bacaan al-Quran supaya hati anda sentiasa hidup dan bercambahnya rasa taat kepada perintah Allah.

3. Untuk lebih menguatkan rasa taat serta mengukuhkan nilai kehambaan kepada Allah maka amalkanlah membaca ayat-ayat Allah yang terkandung di dalam kitab suci al-Quran yang mana merupakan mukjizat agung kepada Rasul kita Nabi Muhammad saw. Berkat amalan ini nescaya akan timbul rasa gerun untuk berlaku lalai dengan perintah Allah.

4. Sentiasa ingat di dalam hati bahawa kehidupan kita di dunia ini hanyalah sementara dan tidak mampu mengelak dari dijemput oleh Malaikat Maut. Dengan waktu yang begitu singkat untuk kita berada di atas muka bumi Tuhan ini adalah tidak wajar sama sekali kita mengabaikan suruhan-Nya.

Kelalaian menurut perintah Allah biasanya disebabkan oleh hati yang sakit. Sebenarnya hati yang sakit itu adalah hati yang telah berkarat dan ianya perlukan penawar. Rasulullah saw ada jawapannya berdasarkan satu hadis yang direkodkan oleh Baihaqi dan Ibn Umar

Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:

“Sesungguhnya hati itu boleh berkarat sepertimana berkaratnya besi” maka sahabat-sahabat bertanya apakah yang boleh membersihkannya, Rasulullah saw menjawab, “Membaca al-Quran dan mengingati mati.”

Related Posts with Thumbnails

Entri Berkaitan:

  1. Aku bukan sengaja tak mahu reply Komen di blog ni..
  2. Pengalaman 32 Tahun Hidup di Muka Bumi Tuhan
  3. Hebatnya kuasa Tuhan…
  4. Panjang Usia dengan Blog
  5. Bukti Cinta kepada Rasulullah SAW bukan sekadar ucapan di bibir

Tags: , ,

Artikel ditulis oleh nuaeman

Seorang lelaki, suami dan juga bapa yang sederhana.

Nuaeman Telah Menulis 417 Artikel Setakat Ini .

Langgan feed melalui RSS atau EMAIL untuk mendapat pemberitahuan tentang artikel terkini dari Nuaeman.

  1. 16 Responses to “Blog itu Bukan Tuhan!”

  2. By ohmywtf on May 24, 2010 | Reply

    no doubt tat sometime we tend to go in too deep in our blog…must remember there are whole lot of things going on in real life :-)

    [Reply]

  3. By kenwooi on May 24, 2010 | Reply

    i take it as a hobby to share my experiences =)

    [Reply]

  4. By samdaddycool on May 24, 2010 | Reply

    Tersentak aku dengan peringatan ni. kena install software azan tu..

    Terima kasih bro..

    [Reply]

  5. By suhaisweet on May 24, 2010 | Reply

    nice topic..visit mine if free k.;D

    [Reply]

  6. By Shukor on May 24, 2010 | Reply

    Terima kasih di atas peringatan.

    Setiap kali membaca entri bro nuaeman, mesti menusuk qalbu…

    [Reply]

  7. By adamfaiz on May 24, 2010 | Reply

    Terima kasih atas nasihat bro..banyak lagi tanggungjawab kita sebagai manusia di muka bumi Allah ni…

    [Reply]

  8. By hafizmd on May 24, 2010 | Reply

    terima kasih bro nuaeman..1 peringatan yg cukup baik..mudah-mudahan kite sentiasa sedar dan dijauhkan dari sifat lalai dan leka..

    thanks

    [Reply]

  9. By nuaeman on May 26, 2010 | Reply

    I know it and I like your blog kenwooi. :)

    [Reply]

  10. By nuaeman on May 26, 2010 | Reply

    ok, terima kasih kerana melawat ke sini

    [Reply]

  11. By nuaeman on May 26, 2010 | Reply

    sekadar berkongsi dan mengingatkan diri sendiri juga..

    [Reply]

  12. By nuaeman on May 26, 2010 | Reply

    moga begitu hendaknya.. saya sendiri risau kalau-kalau diri ini jadi lupa dan leka disebabkan blog

    [Reply]

  13. By nuaeman on May 26, 2010 | Reply

    Tugas kita.. sama-sama ingat dan mengingati..

    [Reply]

  14. By Luth Textile on May 26, 2010 | Reply

    kalau tak ada kerjaya memang jadi macam tu la.. (fulltime blogger etc)

    tapi kalau yg part time kerjaya dialam nyata lg ok..

    [Reply]

  15. By fiezaradzi on May 26, 2010 | Reply

    blog hanya sementara, tak kekal pun.. terima kasih untuk ingatan nih..kdg2 leka juge.. huhuu

    [Reply]

  16. By sangilapi on May 27, 2010 | Reply

    yang ada cuma DIA :)

    [Reply]

  17. By mijie on Jun 2, 2010 | Reply

    terima kasih kerana peringatan ini….boleh dijadikan sebagai pelajaran buat saya

    [Reply]

Post a Comment

CommentLuv badge