Benarkah Perokok itu lebih Hina dari lembu??


Ditulis pada April 10, 2009 – 10:00 am | Oleh nuaeman
Share

Bila Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat mengatakan orang yang menghisap rokok itu lebih hina dari lembu terbeliak sekejap mata-mata para perokok. Ada yang bersetuju tetapi di tangan masih lagi ada sekotak rokok yang belum dihabiskan. Tak kurang yang mempolitikkan kenyataan Tuan Guru itu tetapi sekiranya diperhalusi, apa yang diperkatakan ada benarnya.

Di kalangan orang melayu, pernah kita dengar mereka selalu berkata “ Bodoh macam Lembu”. Terkadang terfikir juga wajarkah manusia yang telah disempurnakan dengan aqal ini diperbandingkan dengan seekor binatang ternak seperti Lembu. Tentang bodohnya lembu itu dikaitkan dengan kehidupan binatang tersebut yang dari awal sehingga akhir hayatnya dilihat umpama diperhambakan manusia. Walaupun apa yang sebenarnya berlaku adalah mereka berbakti kepada umat manusia. Perlu diingat lembu tak dikurniakan aqal!

Bagaimana pula dengan perokok? Ya, mungkin mereka tidak diperhambakan tetapi mereka memperhambakan diri mereka sendiri kepada segulung kertas yang dibalut bersama tembakau dan pada masa yang sama memberi risiko kepada orang disekelilingnya kerana menurut kajian asap terpakai yang dikeluarkan dari mulut perokok adalah lebih berbahaya dari asap yang belum disedut.Bohong sekiranya mereka kata mereka tak mengetahui tentang bahayanya rokok walhal merata kempen telah dijalankan termasuk yang terbaru meletakkan gambar-gambar ngeri tentang bahayanya rokok pada kotak-kotak rokok.

Tiada siapa yang menafikan bahawa tabiat merokok boleh membawa kepada kematian kerana pada asap rokok itu sahaja mengandungi lebih kurang 4000 bahan kimia termasuk 200 yang telah dikenalpasti sebagai racun. Komponen utama dalam tembakau yang bertindak kepada otak manusia yang mana dikenali sebagai Nikotin mengambil masa hanya 10 saat sahaja untuk menyerap ke otak setelah seseorang itu menghisap rokok. Bukan itu sahaja kimia-kimia yang terkandung pada rokok tersebut adalah termasuk yang digunakan untuk membuat bahan cucian,mengawal serangga perosak, membuat bom, penanggal cat dan lain-lain kegunaan lagi. Tidakkah itu merbahaya dan membawa kemudaratan kepada perokok? “Ya tetapi ianya dah sebati dengan hidup kami” ini jawab perokok diluar sana.

Disinilah datang hinanya seorang perokok. Memudaratkan diri sendiri dan membawa risiko yang berbahaya kepada orang lain. Jauh sekali sekiranya diperbandingkan dengan lembu yang dilihat tak mempunyai aqal tetapi ada juga baktinya kepada manusia selain dari dagingnya yang juga boleh dimakan.

Related Posts with Thumbnails

Entri Berkaitan:

  1. Benarkah Syaitan Dibelenggu?
  2. Allah Lebih Mengetahui…

Artikel ditulis oleh nuaeman

Seorang lelaki, suami dan juga bapa yang sederhana.

Nuaeman Telah Menulis 417 Artikel Setakat Ini .

Langgan feed melalui RSS atau EMAIL untuk mendapat pemberitahuan tentang artikel terkini dari Nuaeman.

  1. 13 Responses to “Benarkah Perokok itu lebih Hina dari lembu??”

  2. By rohaizad on Apr 10, 2009 | Reply

    Bapak aku dulu adalah seorang perokok yang tegar pada waktu dia muda. Tetapi apabila isterinya (mak aku) slow talk dan suruh dia berfikir panjang mengenai rokok ni.

    Dah lah hidup susah, anak ramai. So akhirnya dia sahut cabaran itu.

    Dia cuba berhenti dan mula sibukkan dirinya di gymnasium and now… bau rokok pun dia tak suka.

    p/s: respek giler kat bapak aku ni wehhh.. !

    [Reply]

  3. By Kujie on Apr 10, 2009 | Reply

    Alhamdulillah….kalau yang sedar
    tapi ada yang tahu perkara betul tetapi tak mahu melakukan yang betul.

    Rumah kak jie kawasan larangan merokok…. kami akan slow talk pada tetamu yang datang….dilarang merokok.

    Ramai kawan2 suami yang sedar larangan ini dan menghormati tuan rumah. Dua kebaikan yg kita dpt..utk diri sendiri dan utk diri perokok itu sendiri.

    Kujie’s last blog post..Bagaimana menjejak penghantar email

    [Reply]

  4. By pcuserz on Apr 10, 2009 | Reply

    aku heran tgk parent yang merokok depan anak2 diorang.
    diorang tak sayang ke anak2 diorang tu?
    kadang2 tgh dokong anak dia rileks je pah… puh.. pah… puh…
    terkebil2 anak diorang kene asap.
    kesian kat budak tu.
    respek sikit…

    pcuserz’s last blog post..PC Fair 2009

    [Reply]

  5. By eZad on Apr 10, 2009 | Reply

    Nasib baik aku tak merokok, abg aku no 2 jek kuat merokok, camne nak benti isap rokok? dulu amway ada kuar produk yg leh kasi hilangkan nafsu untuk perokok, tak tahu ada jual lagi tak, tapi pape pun rokok xbwk untung.

    [Reply]

  6. By samdaddycool on Apr 10, 2009 | Reply

    Aku masih dalam proses berhenti merokok… sesungguhnya amat memilukan… :(

    samdaddycool’s last blog post..REVIEW : Majalah IM vol. 12 – Buat duit dengan pemasaran affiliate

    [Reply]

  7. By Adry on Apr 11, 2009 | Reply

    Aku memang setuju benar ngan pendapat tuan guru nie… hehehe…. masa keluar satetment ni… aku print besar besar aku lekat kat papan kenyataan bagi semua member usrah ku baca …. hahaha… yang merokok tu rasa la….

    Adry’s last blog post..Kabinet Malaysia 2009

    [Reply]

  8. By KNizam on Apr 11, 2009 | Reply

    tadi aku perasan dah ada iklan kat kotak rokok. pasal bahaya merokok. hehe :)

    KNizam’s last blog post..Berita Terkini – Malaysia Bertemu India Di Perlawanan Akhir Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2009 !

    [Reply]

  9. By spatt on Apr 12, 2009 | Reply

    aku nak stop, tp masih belum kuat…nantilah…

    spatt’s last blog post..Tips Meminimumkan ‘Kerosakan’ Dari Paypal

    [Reply]

  10. By hazman aka species1980 on Apr 12, 2009 | Reply

    Kepada yang belum terjebak dengan dunia rokok nie better lupakan niat untuk mencuba…..

    hazman aka species1980’s last blog post..Kepuasan Muktamad

    [Reply]

  11. By mann on Apr 12, 2009 | Reply

    Ramai yang tak selesa bile kluar gambar penyakit kat kotak rokok…..

    [Reply]

  12. By famia on Apr 14, 2009 | Reply

    ni nak kena baca yasin dgn sedekah batu nisan ni kat semua perokok. baru ade sikit aura nak insaf.

    famia’s last blog post..Cina Jawi

    [Reply]

  13. By berhenti rokok on Aug 29, 2009 | Reply

    betul tiada gunanya merokok.. JOm ramai2 berhenti merokok

    [Reply]

  14. By penghisap rokok on Aug 30, 2009 | Reply

    huh…aku pn sorang perokok tegar…mmg shari skotak ar.dunhill n Malboro…ak nk berenti, tp azam aku x kuat.kwn2 aku smua isap rokok.jd janggal ar.

    satu ag, lu dok saje2 msti nk isap wokok je.penghilang kepuasan..sapa2 ada ubat berenti rokok nk jual, kontack no aku 0174010547(zunnurain)..plz

    tolong lah aku

    [Reply]

Post a Comment

CommentLuv badge