Bagaimana jika pahala diperoleh dari blog itu dapat dilihat nilainya?
Ditulis pada March 26, 2009 – 4:13 pm | Oleh nuaeman Share
Di dalam entri sebelum ini aku ada sentuh pasal blog yang memberikan informasi berguna kepada pembaca yang secara tak langsung menganugerahkan pahala kepada pemiliknya. Aku perasan ramai mereka-mereka termasuk aku yang sebut tentang buat duit dari blog tetapi bagaimana pula dengan istillah “buat pahala dari blog“.
Mungkin atas sebab nilai pahala itu tak nampak maka tak ramai yang terkejar-kejar akannya berbanding dengan RM atau USD. Tetapi sekiranya diamati betul-betul pahalalah yang akan kita bawa sekiranya persinggahan kita di planet bumi ini terhenti. Teringat kata-kata Tok Guru Nik Abdul Aziz yang lebih kurang berbunyi begini:
“Sesetengah orang tidak berapa minat hendak cari pahala. Apa yang dia minat ialah hendak cari duit, hendak cari harta. Kepada orang-orang begini, dia kena faham bahawa pahala adalah duit “mata wang” yang sangat berguna bila kita masuk ke dalam kubur”
Bagaimana ya sekiranya nilai pahala yang diperoleh dari blog ini nampak nilainya dan boleh dilihat sebagaimana kita masuk ke akaun Paypal ataupun Clickbank? . Heh! Bangun pagi jee.. “owh semalam ada seorang hamba Allah telah mendapat manfaat dari entri aku yang ini dan pahala aku dapat sebanyak ni.. ” atau “ohoh! pahala aku dapat berganda kerana orang ini benar-benar berubah dari entri yang ini!” ( Berubahnya dia adalah atas izin Allah cuma mungkin sesuatu entri adalah as-sebab sahaja)
Huh! itu hanya jikalau tetapi hakikatnya tidak begitu kerana dengan tak nampak itulah satu motivasi kepada kita untuk membuat sesuatu perkara dengan ikhlas iaini dengan hanya mengharap redha Allah dan andai sesiapa sahaja mendapat manfaat darinya, Alhamdulillah…
Aku akhiri entri ini dengan satu lagi pesan dari Tok Guru. Ini adalah Petikan dari buku “Telaga Budi“
“Sebagaimana tubuh atas dunia ni berkehendak kepada makan dan minum, maka roh juga berkehendak kepada makan dan minum. Untuk makan dan minum di dunia ini kita terpaksa menggunakan duit untuk membeli beras, petrol, Bayar sewa rumah. Tetapi duit tu tak laku lagi bila sahaja kita masuk ke dalam kubur. Duit Amerika tak laku. Jongkong emas pun tidak laku. Yang laku hanyalah PAHALA.”
Bagaimana pula jika dosa dari blog juga dapat dilihat nilainya.. huhu…
Entri Berkaitan:





14 Responses to “Bagaimana jika pahala diperoleh dari blog itu dapat dilihat nilainya?”
By Blog Aku Blo Caca Merba on Mar 26, 2009 | Reply
btol gak apa ko cakap tuh…aku tahu soleh.net insya allah dapat banyak pahala…hehe…bertuah tokey blog tuh….
Blog Aku Blo Caca Merba’s last blog post..Berita Panas : Limbang bukan hak Malaysia?
[Reply]
By Kujie on Mar 26, 2009 | Reply
sangat takut kalau tanpa sedar menulis sesuatu yang tak ‘sopan’ di blog……. bayangkan berapa ramai yg akan membacanya…
jari kita akan jadi saksi di akhirat
Kujie’s last blog post..When I Ask You To Listen
[Reply]
By rohaizad on Mar 26, 2009 | Reply
Hahahahah.. ada seorang newbie email aku tanya soalan ini:
“Saya ingin sekali membuat blog mengenai gosip artis sebab saya perhatikan senang nak dapat traffik. Apa pendapat abang rohaizad?”
Aku rasa ko pun tahu jawapan aku sebab aku memang takut giler bab-bab gossip ni. Bukan apa takut terbuat dosa dan boleh memungkinkan fitnah berlaku. Pada aku, banyak lagi cara nak dapatkan traffik.
Huhuhuhuhu….
[Reply]
By menteil on Mar 26, 2009 | Reply
kalau berkongsi ilmu pon boleh dapat pahala kan?
kalau dipraktikkan dan ilmu itu dapat mungkin boleh kot…
[Reply]
By nuaeman on Mar 27, 2009 | Reply
Betul tu jad… satu mungkin bleh termasuk kesalahan fitnah dan satu lagi membuka medan orang memaki hamun dan bercakap bukan-bukan kat blog kita.. tak masuk lagi gambar-gambar mendedahkan yang akan ditonton ramai.. ada saham semua tu..
[Reply]
By nuaeman on Mar 27, 2009 | Reply
Yep.. apa-apa yang bermanfaat dan membawa faedah kepada pembaca..
[Reply]
By nuaeman on Mar 27, 2009 | Reply
Blog ko pun ok apa.. maksud aku taklah yang berunsurkan agama semata tapi informasi yang berguna cam blog ko pun boleh dikira satu amal baik gak..
[Reply]
By nuaeman on Mar 27, 2009 | Reply
itulaa yang ditakutkan kakjie.. apapun kita ni manusia kekadang ada tersilap gak.. harap adalaa yang sudi menegur..
[Reply]
By j_hafiz on Mar 29, 2009 | Reply
mencelah skit. ramai je yg wat post sal gossip artis kan? lagi teruk punyai blog gossip artis terus.mmg la rancak traffiknye, tp fkirla ape yg anda sumbangkan. pahala tersebar @ dosa tersebar? moga kita lebih hati² inchaAllah…
j_hafiz’s last blog post..Testing AW Survey
[Reply]
By j_hafiz on Mar 29, 2009 | Reply
kalau dapat dilihat, maka akan bertambah sesak la masjid inchaAllah. bertambah la orang baek didunia ini. aman lah dunia. kalau lah dosa,azab pula terbayang depan mata, nescaya takde la org nk wat dosa.apepon dunia ini pentas kehidupan, tempat di uji. mmg teruji betul. sabor je la… “Ya Muqollibal quluub, thabbit quluubana ‘ala diinik”~
j_hafiz’s last blog post..Testing AW Survey
[Reply]
By KampungBoy on Mar 29, 2009 | Reply
Nak berjaya ikut cara salah cukup mudah dapat pulangan daripada segi trafik n income….Tapi apa gunanya……mintak2 dijauhkan
KampungBoy’s last blog post..Pakat Sokong Program Earth Hour
[Reply]
By earnword on Mar 30, 2009 | Reply
jika ianya dapat memberi manfaat. aku sudah cukup bersyukur..
earnword’s last blog post..Hot Video: Malaysian Idol Reject
[Reply]
By samdaddycool on Mar 30, 2009 | Reply
Nauzubillah kalau tulisan kita menimbulkan fitnah dan kerosakan kepada orang lain…
Blogging, selain USD / RM , harap2 banyak pahala yang boleh kita dapat sekali kan….
samdaddycool’s last blog post..Kerja Gila : berhenti merokok
[Reply]