Andalusia: Apakah semuanya Salah Lelaki??


Ditulis pada December 23, 2008 – 8:16 pm | Oleh nuaeman
Share

Malam tadi ada kesempatan untuk aku menelaah majalah yang ada dalam simpanan aku. Antara tajuk utama yang diperbincangkan dalam Majalah tersebut adalah mengenai Andartu (anak dara tua) ataupun lebih mesra lagi Andalusia (anak dara lanjut usia). Isu wanita membujang terlalu lama ni dikaitkan dengan masalah lelaki masa kini. Menurut beberapa pendapat, faktor kurangnya lelaki berkualiti adalah sebagai salah satu sebab yang menyumbang kepada permasalahan ini. Emm betul ke??

Okeh, aku himpunkan pendapat-pendapat yang menyokong fakta ini terlebih dahulu.

1. Lelaki zaman ini tidak bertanggunjawab terhadap diri sendiri dan mudah terpengaruh dengan gejala negatif seperti merempit,kutu rayau, mengambil dadah, dan pelbagai aktiviti tidak sihat. (Tidak dinafikan..)

2. Lelaki zaman ini tidak ada keinginan untuk belajar dan masih bergantung kepada kedua ibu bapa untuk menanggung kos hidup mereka. ( Kat tempat kerja aku pun ada.. ni)

3. Lelaki zaman ini banyak yang pisau cukur , suka menipu duit perempuan.  (err.. wah lelaki pun dah ada yang kaki kikis)

4. Lelaki zaman ini ramai yang tidak jujur dan kerap mempermainkan perasaan perempuan. (Eh.. perempuan takde macam ni ke? err.. :) )

5. Lelaki zaman ini suka menzalimi kaum wanita. ( owh.. siapa tuh..? )

Itu antara pendapat yang menyokong dan ini pula kata para lelaki.. menurut mereka lelaki tidak harus disalahkan seratus peratus kerana:-

1. Golongan wanita juga ada yang terlibat dengan gejala negatif . Paling teruk ialah masalah cinta sejenis seperti lesbian dan pengkid yang mengakibatkan mereka tidak berminat berumahtangga. ( Dah banyak sangat sekarang ni.. runsing aku)

2. Golongan wanita ada yang terlalu memandang kepada pangkat dan harta dalam mencari calon suami. Senang cerita terlalu materialistik. (materialistik itu perlu.. tetapi kalau terlalu??)

3. Golongan wanita ada yang terlalu mementingkan kerjaya yang mana tidak mengambil serius tentang sesuatu perhubungan. (Betul! Betul! Betul!)

4. Sikap terlalu memilih yang akhirnya memakan diri. ( Boleh jadi..)

Jadi sekarang apakah kita masih lagi mahu menyalahkan lelaki sepenuhnya dalam isu ini. Tak dinafikan soal keruntuhan akhlak memang meruncing tika ini tetapi ianya bukanlah hanya berlaku disebelah pihak. Wanita juga perlu bermuhasabah diri bagi mencari kesilapan di pihak mereka. Bagi aku meletakkan seratus peratus kesalahan kepada lelaki adalah kurang wajar.

Apa pula kata lelaki dan wanita diluar sana? :)

Related Posts with Thumbnails

Entri Berkaitan:

  1. Otak lelaki dan Otak Perempuan: Apa Beza??
  2. Lelaki kencing berdiri tidak layak menjadi Suami?
  3. Apakah kita bersyukur diciptakan sebagai Manusia?
  4. Apakah kita serius dalam mencapai matlamat ?
  5. Apakah Mereka Mengerti?

Artikel ditulis oleh nuaeman

Seorang lelaki, suami dan juga bapa yang sederhana.

Nuaeman Telah Menulis 417 Artikel Setakat Ini .

Langgan feed melalui RSS atau EMAIL untuk mendapat pemberitahuan tentang artikel terkini dari Nuaeman.

  1. 21 Responses to “Andalusia: Apakah semuanya Salah Lelaki??”

  2. By Kujie on Dec 23, 2008 | Reply

    sebenarnya bukan salah lelaki tapi lelaki menyumbang besar sebab2 andalusia tu..hehehe

    bakar…bakar…!

    lelaki khalifah di dunia ni..jadi semua yg berlaku mesti berpunca dari pemimpin.

    uhuhu…hangat le kejap lagi

    [Reply]

  3. By KampungBoy on Dec 23, 2008 | Reply

    Pe2hal, dalam semua perkara tidak kira samada laki atau pun perempuan. Tolak ansur adalah perlu dititikberatkan…

    KampungBoy’s last blog post..Seharian Aku Di Kebun…

    [Reply]

  4. By |1f34|-|1r3 on Dec 24, 2008 | Reply

    btol ker ramai sangat andartu kat malaysia ni? untuk pengetahuan ramai…aku ada makcik yg andartu 4 org..2 normal…2 kurang normal sket…tuh daripada 10 org adik beradik…5 lelaki..5 perempuan

    |1f34|-|1r3’s last blog post..HOT : Thunder Cats The Movie trailer released !

    [Reply]

  5. By Khai on Dec 24, 2008 | Reply

    test

    [Reply]

  6. By Khai on Dec 24, 2008 | Reply

    aku pon ada makcik yg andartu.. ustazah.. umor dah 52… sampai skang x khawin2.. dulu ada orang datang nak masuk minang, dia reject baik punya cilok.. alasan lom bersedia… ada la 2 orang usyaz plak tu datang ajak khawin.. tapi tu bertahun2 yg dulu la.. skang umur dia pon dah 52.. hurm, betul2 menjerat diri sendiri.. aku kesian dengan dia.. nenek aku cerita, masa dia tanya makcik aku tu nanti bila mak dah takde, siapa nak nengokan kau…

    makcik aku jawab, takpe la mak, nanti cik pergi la masuk rumah orang tua tua…hurm..so kesian…

    kepada anak2 dara luar sana… jgn la terlalu memilih dan memilih kerjaya… cepat2…. ramai lelaki luar sana yang single.. termasuk saya yang baru clash.. meh khawin dgn sayee.. asalkan sponsor.. hahahaa.. gurau je oii..

    [Reply]

  7. By nadinezuharra on Dec 24, 2008 | Reply

    betul kate Kujie tu..kalau lelaki zmn sekarang ni semuanya boleh dijadikan contoh,bertanggungjawab dan boleh dipercayai,orang perempuan sendiri pun malu nak berkelakuan songsang..

    Yang sebenarnya kalau terlampau memandang pada keduniaan,maka akan rugilah seseorang manusia tu…yang lelaki nak menunggu yang secantik bidadari,maka lambat kahwin,yang perempuan pula nakkan harta setimbun,yang ditunggu tak kunjung tiba..
    so,pahala yang Allah SWT kurniakan begitu banyak sekali dalam sebuah perkahwinan akan terlepas begitu sahaja..
    Tapi,kalau dah ditakdirkan jd andartu(tanpa penolakan sendiri) mereka perlu redha, krn pasti ada hikmah di sebaliknya..InsyaAllah..

    nadinezuharra’s last blog post..:: Dunia Maya vs Dunia Realiti..

    [Reply]

  8. By papabear on Dec 24, 2008 | Reply

    bagi aku ittakes two to tango, kalau x de angin masakan pohon bergoyang, kalau tepuk tangan sebelah mana berbunyi… kalau perempuan salah kan lelaki dan lelaki salahkan perempuan, sampai bila2 pun x abis punya…

    papabear’s last blog post..The Sweetness of Blogging

    [Reply]

  9. By Richie on Dec 24, 2008 | Reply

    lelaki dibuat lebih kuat daripada perempuan daripada segala aspek. jadi sabar je k :)

    Richie’s last blog post..Awie Bengang Dituduh Gengster Naga Merah

    [Reply]

  10. By chuckiesd on Dec 24, 2008 | Reply

    Bukan semuanya salah lelaki sebenarnya. Kena kaji kenapa orang tu sampai boleh jadi andartu. Adakah terlalau memmilih? Adakah die tu kepala batu yang asyik nak ikut kepala die jer? Atau adakah die terlau mementing kerjaya dan ingin mencari oarang yang berkerjaya jugak..Bende2 macam ni harus di fikirkan sebelum 100% menyalahkan lelaki..

    chuckiesd’s last blog post..Kasut di Kepala Bush Tinggi Nilainya.

    [Reply]

  11. By nuaeman on Dec 24, 2008 | Reply

    Ya, adakala pemimpin ada silapnya tetapi tak semua kesalahan perlu diletakkan kepadanya.

    Yang dipimpin juga harus memikirkan. Bukankah mereka juga makhluk beraqal.. yang pasti tiada dikalangan Andalusia ni punya sebab sebagaimana Rabiatul Adawiyah kan.. :)

    nuaeman’s last blog post..Andalusia: Apakah semuanya Salah Lelaki??

    [Reply]

  12. By nuaeman on Dec 24, 2008 | Reply

    yep.. tidak terlalu menyalahkan mana-mana pihak.. bermuhasah dan fikir kesilapan di pihak masing-masing dan cari jalan penyelesaian.. Poligami ok tak..? :)

    nuaeman’s last blog post..Andalusia: Apakah semuanya Salah Lelaki??

    [Reply]

  13. By nuaeman on Dec 24, 2008 | Reply

    Kesian ko khai.. hehe.. first reply ko tu ada.. cuma tunggu approved jee.. tapi oleh kerana sama je kandungan dengan yang ini aku keluarkanlah.. wah baru jadi single ke? Banyak gadis-gadis yang belum berpunya sedang online nih.. pilih jee hehe.. jangan terpilih mak gadis sudah.. :)

    nuaeman’s last blog post..Andalusia: Apakah semuanya Salah Lelaki??

    [Reply]

  14. By nuaeman on Dec 24, 2008 | Reply

    Bersetuju dengan pandangan kamu.. kedua-dua pihak perlu memikirkan aspek ini.

    nuaeman’s last blog post..Andalusia: Apakah semuanya Salah Lelaki??

    [Reply]

  15. By aman on Dec 26, 2008 | Reply

    Haha. Mungkin sebab laki kurang berani nak mengayat wanita..

    aman’s last blog post..Street Fighter Kembali Selepas 9 Tahun

    [Reply]

  16. By titan on Dec 26, 2008 | Reply

    pempuan pun lebih kurang aje..haha. normal la tu..

    titan’s last blog post..Komisen dari Ammar dan Masalah Streamyx

    [Reply]

  17. By senapang on Dec 28, 2008 | Reply

    huhuhu..skang nih masalah kawin lewat laki or pompuan nih takleh salah kan mana2 pihak da…

    sume terletak kat tangan sendiri kan skang..dorg berhak tentukan dorg nak kawen bila…cuba kite ubah kan jd mcm dulu, kawin ditetap kan oleh mak bapak..msti mslh nih kurang..ekeke

    aku rasa la kan…huhuhu

    senapang’s last blog post..aku mawi ekin dan kenduri kawen…

    [Reply]

  18. By nadia on Feb 15, 2009 | Reply

    kenapa wanita banyak jadi andartu? Tak dinafikan kerana lelaki2 kini kurang berkualiti. Berfikiran singkat, tapi tidak semua begitu :)

    http://nadia-ady.blogspot.com/2009/02/nota-untuk-lelaki-secebis-untuk.html

    p/s: Mereka ingat bila mereka offer macam2, perempuan nak agaknya. Mungkin ada.Saya tak suka lelaki sebegitu. Owh, menyampahnya. Hanya jadi pak turut.Hanya setuju. Kalah dek kerana nafsu. Beginikah pemimpin keluarga yang kita mahu cari? :)

    nadia’s last blog post..Antara status dan darjat

    [Reply]

  19. By a on Mar 10, 2009 | Reply

    lelaki skrg malas belajar agama. mcm mana nak jadi imam dlm rumahtangga kalau bacaan quran pun teruk, soal2 hukum pun tak tahu? org prmpuan takde hak utk memilihkah?

    org prmpuan bukan tunggu malaikat dari langit, tapi cukuplah kalau dapat bertemu dengan lelaki yang boleh memimpin rumahtangga, menjadi ayah yg bertanggungjawab dan mampu mendidik isteri, mengemudi bahtera ke jalan yg lurus.

    masalahnya: lelaki ego utk terima hakikat bhw mereka KURANG ilmu & amal. lelaki2 yg baik selalu cepat sold out, sebab permintaan melebihi stok… hahahaha….

    [Reply]

  20. By cikseri on May 7, 2010 | Reply

    saya stuju dgn kata2 a lelaki yg baik cepat sold out..Perlukah salah menyalah sedangkan jodoh di tgn tuhan? Bg saya kiranya jodoh tak sampai2 sedangkan kita dh berusaha utk mendpt jodoh yg terbaik utk diri tp masih tak menemuinya, adakah perlu disalahkan? Itu maknanya jodoh tak sampai lg. Bg saya yang kita cari kt dunia ini bahagia..kalau sekadar kahwin tp tak bahagia apa maknanya..bukan ke menambah dosa yg ada?

    [Reply]

  21. By Apa2 je lah on Jun 21, 2010 | Reply

    memang sifat perempuan macam tu, dia rasa semua yang dia dapat tak memuaskan hati dia. Oleh kerana adanya andartu, dia tetap juga cari jalan mengatakan lelaki itu ini, ada berapa bilion lelaki kat dunia ni?mesti suku daripadanya ada yang baik. Sebab tu perempuan tak boleh jadi pemimpin, memang sifat dia suka komplen, emosi, suka menyalahkan orang lain walupun diri sendiri yang salah, suka burukkan sifat suami dan macam2 lagi. Cuba kaum hawa ni carikan lagu yang deorang pernah buat untuk lelaki la senang citer, xyah bnyak bagi 3 cukup la. Pastu cuba sket buat kaji selidik, berapa banyak buku, majalah atau website yang berusaha untuk memberi kebahagiaan kepada suami, mesti kurang punya la dari artikel cara2 lelaki menunjukkan kasih sayang kat wanita. Bnyk komplen, nasib baik ada undang2, kalau tak kaum wanita ni jadi macam zaman negara jahiliyah or kat afghanistan, duk rumah sediakan makanan untuk suami je.

    [Reply]

  1. 1 Trackback(s)

  2. Dec 24, 2008: Blog Nuaeman » Blog Archive » Rogol Bayi 20 Bulan:Ini Benar-Benar Binatang!!

Post a Comment

CommentLuv badge