Untuk Anak-Anakku..
Ditulis pada June 7, 2010 – 11:16 am | Oleh nuaeman Share
Untuk Anak-Anak Ayah…
Setahun yang lalu, ketika ini ayah sedang bertungkus lumus. Sibuk menguruskan jenazah atok yang pergi meninggalkan kita pada 7 Jun 2009. Waktu itu adik Akram baharu hendak masuk 5 bulan dan Ammar sudah berusia 2 tahun 2 bulan.
Kini selepas setahun, pada tarikh yang sama ayah sedang bersiap-siap untuk tinggalkan anak-anak ayah. Perpisahan ayah dengan anak-anak ayah tidak sama dengan perpisahan atok dengan kita. Perpisahan ayah dengan anak-anak ayah insya-Allah hanya sementara.
Sepemergian ayah, anak – anak ayah janganlah nakal-nakal sangat. Jangan ibu baik-baik dan Jangan susahkan ibu. Ibu itu letih…
Ayah sayangkan anak-anak ayah. Kamulah penghibur hati ayah..
Walau kamu pernah buat ayah terkebil-kebil di office menahan ngantuk kerana menemankan anak ayah menonton kartun backkom jam 3 dan 4 pagi.
Walau kamu sepanjang masa akan menggangu konsentrasi ayah hendak minum air apabila pantang sahaja ayah pegang cawan ada sahaja muka kamu berdua di kaki ayah.
Walau kamu pernah pijak komputer riba ayah sehingga bengkok jadinya.
Walau kamu pernah membuatkan ayah keluar saf di masjid kerana tidak mahu jeritan kamu mengganggu jemaah lain.
Walau kamu pernah merosakkan harta benda kesayangan ayah..
Kamu semua tetap di hati ayah. Tetap berada di dalam doa ayah.
Dan sepergian ayah ini. Doa untuk kamu semua tetap ayah akan utuskan.
Moga putera-putera ayah..
Menjadi manusia yang beriman dan beramal soleh
Mampu membahagiakan ayah dan ibu
Mampu memberi manfaat serta orang ramai.
Amin.
p/s: Pesan dengan ibu jangan sedih-sedih..
Entri Berkaitan:






10 Responses to “Untuk Anak-Anakku..”
By hafizmd on Jun 7, 2010 | Reply
Subhanallah..tanpa ku sedar..berkaca mata ku..aku juge seperti itu..
Moge selamat smpai dan selamat semuanya..ameen
[Reply]
By Bb Hussain on Jun 7, 2010 | Reply
seius tak leh dengar lagu tu..rindu pada almarhum ayah..
[Reply]
By imran on Jun 8, 2010 | Reply
Semoga mendapat umrah yang mabrur!!
[Reply]
By fiezaradzi on Jun 8, 2010 | Reply
luahan hati dari seorang ayah.. agaknya itulah perasaan ayah kita semua.. betapa anak selalu hadir dlm kehidupan,kdg2 mengganggu, tapi ayah tetap sayangkan anak2nya..
**buat akak – insyaallah, doakan yg terbaik..
[Reply]
By mijie on Jun 9, 2010 | Reply
semoga pemergian di berikan rahmat oleh NYA dan kembali dalam keadaan baik
[Reply]
By botak on Jun 10, 2010 | Reply
kalau ade duit lebih nanti boleh beli Quran dan letak dlm masjid kat sana..kira mcm amal jariah laa..tapi kalau nak letak Quran tu,letak kat tempat2 yg strategik skit..hehe cerita berdasarkan pengalaman..
[Reply]
By Cyza on Jun 22, 2010 | Reply
Yeh..ayah dah balik…
Anak suka…
Ibu pun suka…
[Reply]
By nuaeman on Jun 23, 2010 | Reply
Betul tu.. memang bagus buat waqaf al-quran kat sana..
[Reply]
By nuaeman on Jun 23, 2010 | Reply
Terima Kasih Imran..
[Reply]
By nuaeman on Jun 23, 2010 | Reply
Tima kasih banyak mijie.. aku juga doakan kepada semua kawan2 sewaktu disana
[Reply]