fly.co.uk cheap flights from the uk to the whole world
Qatar Flights Flights to Johannesburg
Find Deals Discount Fares

Blog nuaeman

Blog, Blogger,Blogging.. asalkan jangan jadi Goblok!
Random Image

Blog untuk anda berkongsi ilmu, idea, tips, dan juga pengalaman. Have fun!!


Archive for the ‘Uncategorized’


SMS ucapan Selamat Hari Raya

Tahun ni bertalu-talu sms aku terima untuk ucapan Hari Raya. Sampai penuh inbox dibuatnya, maklumlaa telefon canggih sangat.. itu yang space tak cukup nak simpan semua message tu.. Ini yang tak bestnya bila ucapan raya guna SMS ni.. kalau dah delete takde lagi dah apa-apa yang buat kita ingat pada orang yang menghantar ucapan tu.. kalau dulu-dulu masa benda-benda ni semua takde.. syokjee dapat kad raya.. ok gaklaa boleh simpan atau buat perhiasan. Apa nak buat zaman dah berubah.. dunia dah maju.. entah akan datang camne lak rupa orang nak menghantar ucapan nih.

Aku amat -amat menghargai pada yang sudi menghantar ucapan ni walaupun sekadar sms sebab sekurang-kurangnya itu sebagai tanda ingatan depa kat aku cuma lain kali aku mintak kengkawan yang tukar no. baru tu tulis laa nama lepas bagi ucapan. Dah jadi satu keje aku contact balik sebab nak tahu siapa yang hantar ucapan nih.. ada juga yang tersilap hantar.. nak hantar kat orang lain terhantar kat aku aiyak!!

Ada pelbagai bentuk ucapan. Banyaknya dalam bentuk pantunlaa yang mana sayang pulak rasa nak buang tapi kalau inbox dah penuh terpaksalaa.. jadi untuk abadikan ucapan-ucapan tu aku rasa elok aku letakkan kat sini. Just untuk mana-mana ucapan yang menarik dan kreatiflaa so mungkin kita boleh guna untuk next raya..  :)

“Lisan kadang-kadang tak terjaga, Janji kadang-kadang terabaikan, hati kadangkala berprasangka, Sikap kadangkala menyakitkan. harapan ini menjadi indah jika selalu ada maaf diantara kita. Syawal akan menjelang. Mohon Maaf zahir dan Batin”

“Ya Allah, Muliakanlah Saudaraku ini, bahagiakanlah Keluarganya, berkatilah rezekinya, kuatkanlah imannya, berilah kenikmatan ibadahnya, jauhkanlah dia dari segala fitnah. Selamat Hari raya Maaf zahir Batin..”

“Sebelum sampai ke penghujung Ramadhan, sebelum orang berpusu-pusu nak hantar ucapan, dan sebelum network/line trafik jam..! diucapkan.. Selamat hari raya Aidilfitri. moga disambut merih disisi keluarga hendaknya..”

Anak kucing curi ketupat, kena kejar terlompat-lompat, nak hantar kad raya dah tak sempat, hanya SMS laa yang paling cepat.. Selamat Hari Raya Aidilfitri.. maaf zahir batin”

Jika hati sejernih air, jangan biarkan ia keruh.., Jika hati seputih awan, jangan biar ia mendung.., jika hati seindah bulan, hiasi ia dengan Iman dan takwa, Jika hati tersentuh oleh salah dan silapku. Mohon diberi kemaafan. Salam Aidilfitri”

“Dalam bemesra mungkin terkasar bahasa,Dalam bergurau mungkin terlanjur senda, dalam berjanji mungkin ada yang belum dikota, dalam berbicara mungkin ada yang menyingung rasa. jika ada kemaafan.. itu jualah yang dipinta.. Selamat Hari Raya..”

“Ketupat dan rendang juadah raya, mari dimakan bersama Keluarga, Ampun dan Maaf pohon bersama, agar bahagia sepanjang masa..”

“Jambangan Indah lagi berseri, menjadi hiasan di Aidilfitri, Sms dikirim penganti diri, tanda ingatan tak layu dihati. Selamat hari raya Maaf zahir Batin..”

“Ramadhan berlalu sepantas larian Penagih dikejar Polis, Syawal tiba girang di hati bak menang kes 39B Akta Dadah berbahaya, hati bak seputih Syabu, kasih dihati sewangi ganja. Kami susun jari mohon maaf zahir batin biarpun dosa sekecil ecstacy.. Selamat hari Raya..”

“Setitik embun dipohon rimbun, Di atap nipah air tergenang, Dosa tertimbun Mohon diampun, Silap dan salah jangan dikenang. Selamat hari Raya , Maaf Zahir Batin..”

” Anak babun isap rokok salem, Rokok dibeli di kedai Pakya, Sebelum line telefon ni problem, Aku ucapkan Selamat menyambut Hari Raya..”

Aduh.. letih nak menulis.. semuanya.. cukup yang ni kot dan kalau korang ada yang lebih best kasi tambah-tambahlaa.. :)

Bookmark Artikel nih:
  • BlinkList
  • co.mments
  • De.lirio.us
  • del.icio.us
  • Digg
  • Facebook
  • Furl
  • Google
  • Netvouz
  • NewsVine
  • Reddit
  • Smarking
  • Socialogs
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati
  • TwitThis

Salam Aidilfitri Dari Nuaeman untuk semua…

Alhamdulillah.. aku ada sedikit masa dan kekuatan untuk menulis hari ini. Sejak post aku yang terakhir aku diserang demam, batuk dan selsema hinggalah ke hari ini. Tapi hendak tak hendak aku fikir adalah lebih elok sebelum aku bercuti panjang sebaiknya aku coretkan sedikit sepatah dua kata di blog ini.

Esok aku tetap akan berangkat ke Mersing untuk menyambut raya disana. Plannya jam 4 pagi.. tengoklah camne. Aku rasa ramai dari kita yang dah berada di kampungkan..? kalau dikampung talian internet ok mungkin  tak jadi masalah untuk aku update apa-apa cerita yang berlaku kat sana tapi.. korang sendiri taukan.. apa dah jadi ngan Celcom Broadband kat kampung aku.. takkan nak jadi macam iklan Petronas kot..

So oklah.. dikesempatan ini aku sekali lagi menyusun sepuluh jari memohon ampun kepada semua rakan-rakan cyber, teman-teman seperjuangan, my students, my customer, my staff dan semua yang mengenali nuaeman. Kalau yang berada di sekitar JB tu jemputlah datang rumah. Open house aku tak pasti buat ke tidak tahun ni tetapi yang pasti rumah aku sentiasa terbuka untuk sesiapa yang nak berkunjung beraya ( bukan jual barang aa…)

Akhir kata.. Salam Aidilfitri.. Mohon maaf Zahir dan Batin.. :)

Bookmark Artikel nih:
  • BlinkList
  • co.mments
  • De.lirio.us
  • del.icio.us
  • Digg
  • Facebook
  • Furl
  • Google
  • Netvouz
  • NewsVine
  • Reddit
  • Smarking
  • Socialogs
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati
  • TwitThis

Apa nak dibelikan untuk Mak dan Abah Raya ni..?

Selingkar Kisah 20 tahun yang lalu..

Pagi Sabtu tu merupakan hari yang begitu indah dan ditunggu-tunggu bagi sebilangan adik beradik ini kerana si Ayah nak membawa mereka ke pekan membeli baju raya maklumlah 1 Syawal tinggal beberapa hari saja lagi. Bagi mereka hanya masa-masa begini sahaja mereka berpeluang untuk memakai baju baru dan untuk si kakak juga abang, mereka sedia tahu serta faham keadaan ekonomi keluarga jadi mereka tidaklah terlalu meminta.

Dengan berbekalkan gaji si Ayah sebagai tukang kebun sekolah serta ditambah sedikit dengan hasil jualan kuih si ibu ruang perbelanjaan keluarga 7 beradik ini agak terbatas tetapi mereka tetap bahagia dan tidak ada seorang pun dari mereka yang  terabai atau tak cukup makan pakai. Adakala si ayah keluar ke laut untuk memukat. Sekurang-kurangnya ikan dan udang  tak perlu dibeli.

“Cukup ke duit nak beli baju budak-budak tu ayahnya? ” si ibu seakan bimbang andai wang yang di bawa Si Ayah tak mencukupi lalu di tambah sedikit dengan wang hasil jualan kuih. Setelah Si Ibu selesai menyiapkan si adik  maka berangkatlah semuanya ke Pekan bersama si Ayah. Gembira betul anak-anak ini dapat merasa naik bas yang pada ketika itu tambangnya hanya 20 sen. Tidak sampai 20 minit sampailah mereka semua ke Pekan.

Langkah seterusnya bukanlah mencari gedung atau pasar raya besar tetapi cukuplah sekadar kedai baju berhampiran Stesyen Bas. Disitu boleh tawar menawar dan harga pun tidaklah semahal pakaian-pakaian yang berjenama sepertimana terjual di Pasaraya tu. Bagi adik beradik ini asal sedap mata memandang serta berjenamakan “baju baru” atau “baju raya” dah cukuplah untuk mereka. Alhamdulillah duit yang dibawa si Ayah mencukupi. Beratus juga keluar dari dompet lusuh Si Ayah bagi menyempurnakan impian anak-anaknya untuk memakai baju baru raya nanti.

Girang sungguh adik beradik ini apabila pulang kerumah mempamerkan baju raya masing-masing kepada Si Ibu. ” Amboi! dah tak sabar nak raya ye kamu semua” kata Si Ibu sambil tersenyum serta ditemani Si Ayah disamping. “Mak ngan Abah tak beli baju raya ke?” tiba-tiba si adik bongsu bertanya.. semua terdiam seketika kemudian Si Ibu memecah suasana ” Mak dan Abah tak kisah.. janji kamu adik beradik dapat merasa.. nanti Mak ngan Abah belilah..” jawab Si Ibu yang masih tak lekang senyuman dibibirnya sambil diiyakan pula oleh Si Ayah.. Suasana kembali ceria. Untuk adik beradik ini mereka puas kerana impian setahun sekali mereka tercapai dan bagi Si Ibu dan Si Ayah mereka juga puas melihat anak-anak mereka gembira dalam menyambut kedatangan Syawal…

24 September 2008 bersamaan 24 Ramadhan 1429

20 tahun dah berlalu. 7 beradik ini semuanya telah meningkat dewasa. Si Abang dan Si Kakak telah pun berumah tangga dan mempunyai keluarga masing-masing.  Si Adik pula baru sahaja setahun bekerja setelah tamat pengajian di IPT. Dalam menuju kedatangan Syawal ni kesemua mereka masih lagi tertanya-tanya apa yang nak dibelikan untuk dibawa pulang pada mak dan abah. Si Abang baru sahaja menukar kereta baru dan dah banyak juga berhabisan untuk keluarga sendiri manakala Si Kakak pula dah banyak wang dibelanjakan untuk pengubahsuian rumah dalam menyambut kedatangan Syawal. Mereka bukan sahaja tak pasti apa yang nak dibelikan untuk mak dan abah bahkan Raya ni belum tentu mereka akan pulang ke Kampung. Untuk Si Adik pula.. orang baru bercinta.. gaji banyak dihabiskan untuk Si Buah Hati. Tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk menyambut kehadiran 1 Syawal tetapi apa yang nak dibelikan untuk Si Ibu dan Si Ayah yang sanggup berkorban untuk mereka satu ketika dahulu masih belum ada jawapan ataupun mungkin takkan dibelikan kerana bajet yang tak mencukupi.

Di Kampung, dirumah yang sama dimana ketujuh-tujuh beradik itu membesar. Masih tinggal dua tubuh yang semakin susut dimamah usia. Mereka masih tersenyum seperti dulu cuma senyumannya seakan sedikit tawar. Mereka juga masih berasa gembira kerana kesemua 7 beradik itu berjaya dalam hidup mereka serta mempunyai keluarga sendiri. Dalam menanti Ramadhan sampai ke penghujung mereka tidak terfikir atau mengharapkan apa-apa yang akan dibawa pulang oleh anak-anak itu untuk mereka tetapi cukuplah sekiranya Syawal nanti mereka dapat melihat ketujuh-tujuh batang tubuh yang pernah satu ketika menari dan bergelak ketawa sambil menunjukkan baju baru yang dibelikan Si Ayah kembali meriuhkan rumah itu yang sudah sekian lama sunyi…

___________________________________________________________

* Cerita ini adalah berdasarkan gabungan pengalaman dan Imaginasi penulis sahaja.. entah kenapa aku sendiri mengalirkan air mata ketika mengarang cerita ni..

Untuk korang pulak.. dah beli ke apa-apa untuk mak ngan ayah korang? dan agak-agak balik kampung tak raya ni? ( Bagi yang ada kampunglaa..)  :)

Bookmark Artikel nih:
  • BlinkList
  • co.mments
  • De.lirio.us
  • del.icio.us
  • Digg
  • Facebook
  • Furl
  • Google
  • Netvouz
  • NewsVine
  • Reddit
  • Smarking
  • Socialogs
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati
  • TwitThis

’Ajax