Pesta Buku Antarabangsa KL menjelma lagi. Aku tak pernah menjejakkan kaki walau sekali ke Pesta Buku ni tetapi rasa teruja untuk kesana memang ada. Jika dibuat di JB rasanya hari-hari aku akan singgah dan mungkin boleh jadi hari-hari duit mengalir. Untuk mereka-mereka yang gemar membaca buku, spesis macam aku ni mungkin inilah Golden Globe dan juga Grammy Award untuk kita sebagaimana kata Ustaz Hasrizal Abdul Jamil. Kebiasaannya bila musim pesta buku ni pasti ada buku-buku yang akan dilancarkan. Untuk kali ini aku ternanti-nanti 3 buah buku…
Belum reda nampaknya Isu tentang Sijil Halal Kopitiam yang mana setakat ini pihak Jakim mengistiharkan hanya dua sahaja kopitiam yang benar-benar telah mendapat Sijil Halal daripada mereka iaitu Pak Hailam Kopitiam dan Jonker Walk Kopitiam. Disebalik isu yang boleh dikatakan agak hangat ini sebenarnya ada satu lagi isu besar yang ramai terlepas pandang iaitu masalah kurangnya nilai sensitiviti umat islam terhadap makanan.
Secara jujur aku sendiri sudah beberapa kali singgah ke kopitiam dan walaupun nama kopitiam ini tidak ada di dalam senarai Jakim, rasa yakin itu cukup menebal bilamana memikirkan pemiliknya seorang muslim serta ditambah dengan pekerja-pekerjanya juga 100% muslim.
Pernah dengar Chamek Kopitiam?
Hari tu cuaca sedikit panas tetapi sepertimana biasa setiap kali aku ke tempat ini pasti ada sahaja penghuni baru yang disemadikan bermakna kematian itu sentiasa berlaku tidak mengira faktor cuaca dan setiap manusia hanya menunggu gilirannya sahaja. Melihat lubang-lubang kubur yang hanya menunggu untuk diisi hati menjadi sebak mengenangkan diri yang masih terpalit dengan dosa.
Seusai melawat dua pusara aku singgah seketika di pintu masuk tanah perkuburan. Sengaja ingin bertemu dengan tuan punya kedai pembinaan kepuk dan batu nisan. Ada hajat yang belum tertunai…
” Assalamualaikum, Hai sibuk nampak gayanya bang..” aku menegur seorang lelaki yang agak kurus susuk tubuhnya. Kepalanya telah penuh diseliputi rambut putih.
“Ngape aku tengok kamu ni doh makin lame makin bulat?”
Adussss… teguran Pak Kadir yang masih pekat telo Peraknya seusai solat Isyak tadi masih terngiang-ngiang di telinga aku sehingga sekarang. Ape bulat sangat ke ghupe teman sekaghang nih? huh!
“Dah Tuhan nak bagi sihat macam ni Pak Kadir.. kita terima jelah.. hehe..”
Itu saje jawapan yang aku terfikir nak keluarkan walhal mungkin juga ada jawapan yang lebih baik daripada tu. Apapun memang benar apa yang Pak Kadir tegur tu.. aku sendiri dapat merasakan pengembangan badan yang bagai dipam pam. Rasanya bukanlah aku ni kuat makan sangat tapi….Kenapa eak..?
“Apa agaknya motif budak-budak perempuan tadi tu?” aku bersuara sedikit mengeluh dengan apa yang aku baru lalui dan saksikan.
“Siapa bang?” soal sang isteri
“Bebudak perempuan yang dekat tempat ayah pilih baju tadilah.., walhal ayah ada betul-betul sebelah diorang. Dengan selambanya diorang boleh cerita hal diorang bercanda dengan boyfriend sampai mengandung, gugurkan kandungan, tunjuk-tunjuk ‘lovebite’ pada kawan-kawan sambil mengakui baru lepas dot dot dot, ish! diorang takde rasa segan sikit pun.. ayah pulak yang malu ada kat situ tadi..” jelas aku sedikit emosi
“Entahlah bang.. saya sendiri tak faham dengan budak-budak sekarang.. rasa malu tu macam dah langsung hilang.. takut jugak tengok keadaan sekarang ni..” isteri aku menambah dengan keluhan.
Rasanya agak lama aku tidak melakukan sebarang kemaskini di blog ini. Percutian yang agak panjang ditambah dengan aktiviti-aktiviti yang agak padat membuatkan aku berasa untuk berehat sebentar dari dunia blog dan internet. Pelbagai perkara yang dilakukan serta dilalui aku sekeluarga di dalam tempoh seminggu ini antaranya:
Balik Kampung dan Berkelah di Air Papan
Mana lagi kalau bukan di Mersing tanah tumpah darahku.. heh!. Dikampung aku banyak habiskan masa dengan membaca dan hanya sesekali menjenguk internet. Dalam tempoh berada dikampung juga aku mengambil kesempatan membawa mak berserta ahli keluarga lain berkelah di Air Papan.
Pada hari kami disanalah berlakunya peristiwa remaja lemas. Memang pada hari tersebut jelas kelihatan laut agak bergelora dengan ombak besar. Aku sendiri tidak membenarkan Ammar mandi waktu itu kerana keadaan laut memang amat-amat berbahaya.



























