Mar 8

Suatu petang di gedung buku kelihatan satu pasangan suami isteri sedang berbaris untuk menunggu giliran bagi membuat pembayaran. Ada sedikit perbualan antara mereka…

Suami : Awak ambil buku apa?

Isteri  : Novel.. ni ha.. Salju Sakinah. Novel Zaid Akhtar.. Dah lama release tapi belum pernah baca lagi.. Abang pulak ambil buku apa?

Suami : Abang ambil dua.. yang satu ni Sakinah . Buku Ustaz Ubaidillah Alias yang tulis novel Warkah Cinta Berbau Syurga tu.. Abang cari sambungan dia Kala Cinta dan Wahyu Bersatu.. tapi takde lagi.. mungkin belum release kot..

Isteri  : Habis lagi satu abang ambil buku apa?

Suami : Err.. emm buku ni..

Isteri  : Hah! buat apa beli buku ni…!?

Read the rest of this entry »

Bookmark Artikel nih:
  • BlinkList
  • co.mments
  • De.lirio.us
  • del.icio.us
  • Digg
  • Facebook
  • Furl
  • Google
  • Netvouz
  • NewsVine
  • Reddit
  • Smarking
  • Socialogs
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati
  • TwitThis
Feb 12

” Kau tak beli bunga?” tanya seorang rakan sekerja

“Beli bunga?? untuk apa?” soalan tadi dikilas dengan soalan juga

“Hai.. takkan kau tak tau.. dua hari lagi Valentine’s Day.. Beli bunga untuk kekasihlaa..” terangnya sambil mengusik

“Oh! rasanya aku tak perlu tunggu hari Valentine nak beli bunga kot.., lagipun bukanke hari kekasih tu bukan budaya kita? Buat apa nak ikut..” jawab aku sedikit panjang

“Aku taulaa tu.. tapi kita bukan membesarkan hari tu pun.. kita gunakan tarikh tu untuk ingat kekasih sendiri.. macam kau ni pun.. kalau guna hari tu untuk ingat isteri.. takkan salah kot?” dia cuba gunakan alasan biasa yang digunakan ramai orang dalam usaha menghalalkan sambutan Hari Kekasih.

“Aku mintak maaf kalau kau terasa apa yang aku cakap.. tapi sebagai orang Islam, kita tak perlu tunggu Hari Kekasih untuk lakukan semua tu.. aku terfikir.. kekadang kita ni lebih besarkan kekasih yang sementara dan tak pasti daripada kekasih yang Kekal ” aku mengumpan untuk perbincangan yang lebih panjang.

“Kekasih yang Kekal??” dahinya berkerut dengan reaksi yang dahagakan jawapan segera.

Read the rest of this entry »

Bookmark Artikel nih:
  • BlinkList
  • co.mments
  • De.lirio.us
  • del.icio.us
  • Digg
  • Facebook
  • Furl
  • Google
  • Netvouz
  • NewsVine
  • Reddit
  • Smarking
  • Socialogs
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati
  • TwitThis
Feb 3

Biasanya kalau anda pilihan untuk kita samada untuk menggunakan tangga ataupun eskalator, ramai yang akan memilih eskalator kerana tak perlu penat-penat untuk mendaki tangga. Bagaimana agaknya untuk membuat orang ramai berbalik kepada memilih tangga berbanding eskalator? Kalau kita hanya beritahu bahaya yang bakal diundang sebagaimana kemalangan yang berlaku baru-baru ini rasanya tak cukup kuat untuk orang ramai meninggalkan eskalator. Lagipun kemalangan itu dipercayai berpunca dari kasut yang dipakai.

Bagaimana pula dengan idea dibawah ini?

 

 

Bookmark Artikel nih:
  • BlinkList
  • co.mments
  • De.lirio.us
  • del.icio.us
  • Digg
  • Facebook
  • Furl
  • Google
  • Netvouz
  • NewsVine
  • Reddit
  • Smarking
  • Socialogs
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati
  • TwitThis
Oct 20

Alhamdulillah.. syukur kehadrat Allah..

Wajah yang kurindukan menjelma juga..

Wajah ceria..

Wajah kesayangan hamba..

Ayah menarik nafas lega

Ibu tersenyum gembira tak terkata

Si Abang..? Aisehh nak interframe juga..ke?

ok ok.. Inilah Ammar yang rajin menemani ayahnya berblog

Walaupun awan mendung telah berarak pergi

Aku dan isteri tetap kena berhati-hati

Terima kasih kepada semua rakan-rakan yang mendoakan serta bersimpati

Bookmark Artikel nih:
  • BlinkList
  • co.mments
  • De.lirio.us
  • del.icio.us
  • Digg
  • Facebook
  • Furl
  • Google
  • Netvouz
  • NewsVine
  • Reddit
  • Smarking
  • Socialogs
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati
  • TwitThis
Sep 12
Iklan Raya TM 2009
icon1 nuaeman | icon2 Santai.. | icon4 09 12th, 2009| icon310 Comments »

Selalunya kalau tiba musim raya ni antara yang menjadi perhatian ialah Iklan Raya khususnya Iklan Raya Petronas. Tetapi tahun ni tak muncul-muncul pula iklan raya Petronas yang selalunya menggunakan sentuhan Allahyarham Yasmin Ahmad. Setakat ni hanya satu iklan yang boleh dikategorikan agak menarik iaitu iklan TM. Katanya iklan ni arahan Khabir Bhatia. Walaupun seperti kurang ‘touching’ kepada aku tetapi kira ok jugakla.

Itu pandangan jujur aku laa.. tak tahu pula pada orang lain.

P/S : Tengah boring sebenarnya ni… menunggu kereta siap di servis. dah berejam dah.. adeh..!

Bookmark Artikel nih:
  • BlinkList
  • co.mments
  • De.lirio.us
  • del.icio.us
  • Digg
  • Facebook
  • Furl
  • Google
  • Netvouz
  • NewsVine
  • Reddit
  • Smarking
  • Socialogs
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati
  • TwitThis
Sep 9
Jenis- Jenis Puasa
icon1 nuaeman | icon2 Santai.. | icon4 09 9th, 2009| icon35 Comments »

Akhir-akhir ni aku banyak kene buat kerja luar menjadikan masa untuk mengadap komputer sedikit terbatas. Entri dibawah adalah dari salah satu email yang aku terima pagi ini. Menarik untuk dikongsi.

credit photo:www.archiworks.net

1. Puasa Buta Celik:- Matanya kuyu, layu dan bagai tak larat nak angkat kelopak mata. Mengantuk la tu konon! Tapi bila nampak awek lalu kelopak mata yg tadinya tak larat nak angkat jadi terbeliak! Maknanya puasa korang setakat lapar perut aje!

2. Puasa Buta Membuta:- Selepas berbuka dia akan menidurkan dirinya sebab sudah kenyang tahap maksimum. Dia cuma bangun bila time sahur, itupun kadang-kadang dikejutkan dgn menyimbah sebaldi air. Selepas waktu imsak dia akan sambung tidur sehingga tiba waktu berbuka pada petangnya.

3. Puasa Nyanyuk:- Dia tak tua, dia masih muda. Sihat dari segi fizikal dan mental. Entah bagaimana sebaik tiba bulan Ramadhan penyakit nyanyuknya akan datang menyerang dan asyik terlupa lalu terbuat macam-macam hal memanjang. Bagaimanapun nyanyuk dia cuma sering termakan dan terminum ajer. Tidak pula dia terlupa nama sendiri atau di mana rumahnya.

4. Puasa Asap:- Tak makan dia boleh tahan. Tak minum pon dia tak kisah. Letaklah makanan dan minuman paling lazat kat muka bumi ini nescaya dia akan buat selamba aje. Tetapi cuma korang letakan rokok kat depannya nescaya dia akan menggelupur. Juadah berbuka dan bersahurnya sekotak rokok.

5. Puasa Borong:- Dia puasa macam org lain juga. Namun cuma satu saja masalahnya, iaitu ketika berada di Pasar Ramadhan. Kalau ada 800 jenis juadah yg dijual tak satupun dia tak beli! Sepuluh jarinya penuh jinjit bungkusan plastik. Kalau tak muat dia boleh gantung kat leher dan telinga!

6. Puasa Telan Semua:- Dia takde masalah ketika berpuasa tapi bermasalah besar bila time berbuka tiba. Mana taknya juadah berbuka puasa yg dihidang penuh satu meja dia telan semua. Andai kata kerusi meja itu pun boleh dimakan, nescaya esoknya dia akan makan atas lantai la pulak sbb kerusi meja dia dah telan.Tu pun nasib baik kalau lantai tu dia tak kopak makan.

7. Puasa Ghaib:- Dia bukan ada ilmu ghaib, ilmu hitam atau ilmu alam. Tetapi dia cukup mahir menghilangkan diri pada waktu-waktu tertentu.Bagi orang yang berpengalaman, mereka dengan mudah dapat mengesan org yang macam ni. Pertama cari kat tandas, bawah tangga, stor atau belakang opis. Beberapa meter sebelum menemuinya korang akan dpt menghidu aroma asap atau kari!

8. Puasa Menghitung Hari:- Dia bukan pakar matematik, malah masa exam dulu mmg telah diduga dia akan kantoi subjek matematik.Namun sejak 1 Ramadhan dia cukup rajin mengira. Mengira berapa hari lagi Hari Raya akan tiba. Kan elok kalau kira berapa hari dah berpuasa.

9. Puasa Belakang:- Depan og bukan main letih lagi mukanya. Nak bercakap menggigil bibir, nak melangkah ketar lutut. Macam buleh tumbang je dgn sekali tiup. Tapi dlm letih dan ketar tu dia dukup cekap menghidu mana-mana kedai yg bukak pintu belakang.

10. Puasa Tanpa Nama:- Kira terang-terang tak puasa la tu! Mmg elok sangat kalau kena gantung pinggang mangkuk kat tengkuk dan diarak keliling kampung dgn kereta mayat.

Agak-agak puasa kita sekarang jenis yang mana satu.. :)

Bookmark Artikel nih:
  • BlinkList
  • co.mments
  • De.lirio.us
  • del.icio.us
  • Digg
  • Facebook
  • Furl
  • Google
  • Netvouz
  • NewsVine
  • Reddit
  • Smarking
  • Socialogs
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati
  • TwitThis

« Previous Entries