Nov 18

Bertitik tolak dari salah satu soalan uji minda aku semalam ada perkara yang ingin aku perkatakan hari ni. Ingat lagi soalan berkenaan 3 ekor katak tu. Soalan tu sebenarnya aku dapat dari buku Azizi Ali yang bertajuk “Millionaires are from a different planet!“. Ada cerita disebalik soalan tu dan entri aku semalam adalah sebahagian dari apa yang ingin aku sampaikan ini hari.

Okeh, pasal kisah katak tu.. ada sambungan sedikit.. ya sebagaimana jawapan yang diberikan oleh mereka yang menyertai kuiz tak rasmi semalam ada 3 ekor katak yang tinggal di atas daun teratai tu kerana seekor daripadanya hanya berkeinginan untuk melompat tetapi belum lagi melakukannya. Sambungan dari kisah tu.. selang beberapa minit ketiga-tiga ekor katak itu lenyap kerana dibaham oleh seekor ular. Sekarang apa yang korang dapat dari kisah ni?

Itulah yang selalu terjadi dikalangan kita yang mana acap kali kita berkeinginan terhadap sesuatu tetapi kita melengahkan masa untuk bertindak yang akhirnya akan memakan diri sendiri. Aku bagi satu contohlah , ramai antara kita yang berkeinginan untuk mencari wang diinternet. Kalau boleh ingin bergerak secara fulltime (aku kee tu..) tetapi benda tu hanya ada dalam kepala otak sahaja dan tak diterjemahkan kepada tindakan. Pelbagai kaedah dan peluang dah dikongsikan oleh para-para blogger dan juga IM bagaimana nak menjana pendapatan di internet tetapi kita hanya suka melihat statement pendapatan diorang. Lepas tu cakap dalam hati “nanti aku cuba..” Eh beb! taknak kee jadikan amount yang sama tu berada kat akaun korang? Kita hanya meniti satu peluang ke satu peluang yang dikongsikan tetapi untuk cuba.. HARAM… (mungkinlaa benda ni tak berlaku pada korang tetapi secara jujur ia pernah berlaku keatas diri aku)

Memetik sedikit apa yang dikongsikan oleh Azizi Ali didalam bukunya “Kita boleh punyai segala pengetahuan dan juga kebijaksanaan, tetapi tanpa tindakan tiada apa yang akan berlaku.” Kita hanya  dikedudukan dimana kita berada sekarang tanpa berganjak sedikitpun.

Orang yang hanya suka menangguhkan keinginan ni akan menjadikan perkara tu satu tabiat dalam diri dan akhirnya sampai kesudah mereka tak dapat apa-apa. Yang pelik mereka masih mencari dan memburu peluang seterusnya tetapi bila sesuatu dah berada didepan mata mereka menjadi katak sebagaimana dalam soalan uji minda tu.. hanya meletakkan kenginan tanpa bertindak yang kesudahannya memusnahkan dan menghancurkan hidupnya sendiri.

Dah faham maksud tersirat disebalik kuiz tak rasmi aku semalam? Macammana?

Bersedia untuk Bertindak??

* Bercakap Tentang Peluang aku ada satu peluang yang masih panas lagi dan mampu memberi pulangan untuk korang kerana ia tak melibatkan modal. Ianya produk dari The reds. Hanya download dan edarkan sahaja. Ianya percuma. Korang diberikan RM 1 untuk setiap referral yang download dari link korang. Menarik? hah! Tunggu apa lagi..

Bookmark Artikel nih:
  • BlinkList
  • co.mments
  • De.lirio.us
  • del.icio.us
  • Digg
  • Facebook
  • Furl
  • Google
  • Netvouz
  • NewsVine
  • Reddit
  • Smarking
  • Socialogs
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati
  • TwitThis
Oct 31

Sebagai seorang Islam kerap kali aku memikirkan apakah aku benar-benar mengamalkan segala titah tuhan dalam keseluruhan hidup aku. Secara jujur ramai antara kita yang hanya meletakkan Islam dalam ruang lingkup ibadah sahaja tetapi dalam soal kehidupan bermasyarakat, ekonomi dan politik kita hanyut, di mana banyak yang menyimpang dari kehendak Islam sebagai Ad-din.

Lambakan informasi-informasi yang mengelirukan bahkan ada juga yang menyesatkan menjadikan kita semakin jauh dengan ajaran Islam sebenar sebagaimana yang diwahyukan kepada Rasulullah SAW. Di tengah-tengah arus kemodenan ini aku lihat Islam di tekan dari setiap penjuru. Ianya bukan sahaja datang dari kaum kafir dan juga misionaris Kristian yang sememangnya telah dinyatakan didalam Al-quran sebagai golongan yang sesat bahkan tambah buruk Islam di pijak oleh penganutnya sendiri. Atas nama mengikut peredaran zaman wujudnya jenama-jenama baru seperti Islam Liberal, Islam Progresif dan beberapa lagi. Kehadiran jenama-jenama baru ini telah menodai kesucian Islam dan mengundang senyum para Ahli Kitab yang telah sekian lama berhasrat untuk memusnahkan serta melemahkan keyakinan umat Muhammad.

Usaha para ahli kitab seakan berjaya apabila timbul terlalu banyak keraguan yang diwujudkan oleh umat Islam sendiri. Sebahagian yang kononnya memperjuangkan feminisme cuma membuktikan bahawa ajaran yang dibawa Rasulullah ada yang telah lapuk dan tidak up to date. Tidak kurang yang mengatakan ianya menindas kaum hawa. Ya Allah.. apa ini semua? Dan aku.. sebagai seorang yang seumur hidupnya mengakui Islam adalah agama yang diwahyukan tuhan. Apa sumbangan yang mampu aku lakukan untuk menangkis ini semua. Kiranya datang golongan -golongan tersebut ataupun mereka-mereka yang sangsi dengan Islam dan bertanyakan tentang kekeliruan yang timbul ini apakah aku telah bersedia dengan segala hujah dan dalil untuk dijadikan perisai bagi melindungi Ajaran suci ini.  Owh.. secara jujur aku sendiri lemah..

Sekiranya difikir sejenak, Allah telah sediakan petunjuk kepada kita iaini Al-Quran sebagai panduan. dan Rasulullah pula telah tinggalkan hadis buat umatnya sebagai rujukan tetapi umat islam sendiri yang menjauhkan diri dari kebenaran walhal segalanya telah ada didepan mata. Ramai dari kita  yang hanya mengguna pakai ajaran Islam yang dirasakan bersesuaian dengan kehendak diri manakala yang berlawanan kita buat-buat terlepas pandang. Tidak sedikit pula yang juga ada menaruh rasa benci pada agama yang mereka anuti ini. Jika inilah yang ada pada jiwa seorang Islam apakah mereka akan menemui jalan kebenaran?

Aku sebenarnya merujuk pada diri sendiri yang kononnya ingin mencari kebenaran tetapi tindak-tanduk sendiri masih lagi banyak yang menjarakkan hubungan aku dengan Allah. Dalam aku tercari-cari informasi-informasi yang berguna dalam merungkai permasalah yang berlaku di kalangan umat Islam tika ini, akhirnya aku ditemukan dengan satu laman yang mempunyai misi yang cukup jelas. Bagi aku ini adalah salah satu laman yang bermanfaat dalam menjawab isu-isu yang aku bangkitkan tadi. Sesuai dengan pencarian aku, blog ini juga dinamakan sebagai Inilah kebenaran. Ianya dikelolakan saudara Menj. Selain padat dengan artikel-artikel tentang permasalahan dan juga perbandingan agama yang kerap dikemaskini ada juga disediakan pautan ke laman-laman yang seumpamanya.

Sekiranya korang juga seperti aku yang cuba mencari sesuatu maka sudah barang tentu korang juga akan teruja dengan blog ini. Bagi aku Inilah kebenaran kiranya itu yang dicari..

Assalamualaikum..

nuaeman

Bookmark Artikel nih:
  • BlinkList
  • co.mments
  • De.lirio.us
  • del.icio.us
  • Digg
  • Facebook
  • Furl
  • Google
  • Netvouz
  • NewsVine
  • Reddit
  • Smarking
  • Socialogs
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati
  • TwitThis
Sep 9

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu siangnya engkau sibuk berzikir
Tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu
Mendayu…merayu…kepada-NYA TUHAN yang Satu

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu solatmu kau kerjakan di awal waktu
solat yang dilaksanakan….sungguh khusyuk lagi tawadhu’
tubuh dan qalbu…bersatu memperhambakan diri
menghadap Rabbul Jalil…menangisi kecurangan janji iftitahmu.
( Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku…
kuserahkan hanya kepada ALLAH tuhan seru sekelian alam
)

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir..
tidak akan kau sia siakan walau sesaat yang berlalu
setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja
di setiap kesempatan juga masa yang terluang
alunan AL-Quran bakal kau dendang… bakal kau syairkan

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu malammu engkau sibukkan dengan
bertarawih…berqiamullah…bertahajud…
mengadu…merintih…meminta belas kasih
“sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU
tapi… aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU”

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu dirimu tak akan melupakan mereka yang tersayang
mari kita meriahkan Ramadhan
kita buru…kita cari…suatu malam idaman
yang lebih baik dari seribu bulan

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu engkau bakal menyediakan batin dan zahir
mempersiapkan diri…rohani dan jasmani
menanti-nanti jemputan Izrail
dikiri dan kanan…lorong-lorang redha Ar-Rahman

Duhai IIahi…
Andai ini Ramadhan terakhir buat kami
Jadikan ia Ramadhan paling bererti…paling berseri…
Menerangi kegelapan hati kami
Menyeru ke jalan menuju ridha serta kasih sayangMu Ya IIahi
Semoga bakal mewarnai kehidupan kami disana nanti

Namun teman
Tak akan ada manusia yang bakal mengetahui
Apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya
Yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah
Berusaha…bersedia…meminta belas-NYA

Andai benar ini Ramadhan terakhir buat ku
MAAFKAN SEMUA KESALAHAN YANG PERNAH DILAKUKAN..

_________________________________________________

Pada mulanya aku memang behasrat ingin tuliskan satu puisi Andai Ini Ramadhan Terakhir.. kemudian boleh ada pula saudara dari seberang yang dah nukilkan.. benda yang hampir sama.. :)

Kredit buat rsuha Jazakallah…

Bookmark Artikel nih:
  • BlinkList
  • co.mments
  • De.lirio.us
  • del.icio.us
  • Digg
  • Facebook
  • Furl
  • Google
  • Netvouz
  • NewsVine
  • Reddit
  • Smarking
  • Socialogs
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati
  • TwitThis
Jul 8

Hari ni sedikit membosankan untuk aku.. entah kenapa macam tak boleh nak fokus pada sesuatu.. apa kena ngan aku ni eak..? ish .. Rasa macam tak sabar nak tunggu petang.. macam kat sekolah lak kan.. time bosan-bosan camni mesti tunggu loceng bunyi.. bila dengar “kring.!!” je.. berderu keluar.. apatah lagi kalau esoknya cuti.. memanglaa syok sesangat.. huhu.. dan esok memang pun hari cuti untuk warga johor.. yippie!

Sambil duk sesaja aku habiskan waktu lunch ni dengan membelek salah satu buku dalam simpanan aku. Buku ni..hasil tulisan Zabrina A.Bakar tajuknya.. “ Life is an Open Secret “. Aku tertarik dengan satu kupasan yang telah beliau buat mengenai artikel yang bertajuk ” Would you marry you? “. Pertanyaan ni bukan untuk orang belum kahwin jee k.. tapi untuk mereka yang dah kahwin cam aku pun kena fikirkan jawapannya… emm.. bukan fikir soal nak kahwin lagi satu plak.. haa jangan salah paham.. tak pasal plak karang blog aku kene banned ngan wife korang ( bagi yang lelakilaa..) . Ok, untuk memudahkan.. aku jelaskan lagi maksud soalan ni.. mula-mula fikirkan segala sikap baik buruk yang sekarang ni ada pada diri korang then cuba tanya pada diri sendiri..

Kalau aku jumpa seseorang yang mempunyai karakter,sifat dan sikap sebegini adakah aku akan mengahwini dia

Dan jawapannya.. kene fikirlaa sendirikan..hehe.. ini salah satu cara untuk mengenal diri masing-masing sebenarnya.. kalau jawapannya “tak..” emm banyaklaa nak kene ubah..tu then andainya jawapannya “mungkin..” adalaa yang perlu diperbaikikan.. kemudian dari jawapan “tak” dan “mungkin” tu fikirlaa apa yang perlu dilakukan bagi menukarkan jawapannya kepada “YA!“.. eh korang faham kee apa aku membebel nih..?! hehe..

Aku rasa ini kaedah yang paling mudah untuk kita kenal diri kita sendiri.. macam telah diterangkan oleh Zabrina ni.. kita boleh ubah soalan tu kepada ” Would I befriend me?, Would I trust me?, Would I love me?” dan apapun lah… setelah memberi jawapan pada soalan-soalan tu.. fikirlah apa bentuk perubahan ataupun transformasi yang harus dilakukan keatas diri kita.. ibarat cam cermin muka sendirilaa… tak faham lagi..?

Banyak lagi yang dikupas oleh Zabrina ni.. padat beserta dengan maksud hadis dan juga ayat-ayat al-quran.. memang bagus buku ni sebagai motivasi buat diri kita.. cari jeelaa kat MPH atau mana-mana bookstore mesti ada punya.. dan aku pasti tak rugilah duit korang tu.. atau nak jadikan hadiah untuk seseorang pun aku rasa sesuai sangat.

Lepas baca beberapa kisah dalam buku ni aku dah kembali bersemangat nak buat kerja.. rasa bosanpun dah kurang sikit.. nak rasa camtu tak? so apa tunggu lagi? lepas ni pegilaa cari..! :)

Salam..

Bookmark Artikel nih:
  • BlinkList
  • co.mments
  • De.lirio.us
  • del.icio.us
  • Digg
  • Facebook
  • Furl
  • Google
  • Netvouz
  • NewsVine
  • Reddit
  • Smarking
  • Socialogs
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati
  • TwitThis
Jul 1

Kusut melayankan kerenah anak-anak buah aku di tempat kerja ni.. yang si Supervisor mengadu hal masalah dengan orang tu.. , yang si engineer ngan kerani pulak mengadu masalah dengan orang ni.. hishh.. buat hilang selera makan tengahhari aku jee.. tak habis – habis ngan office politic.. dah macam cerita panas kat luar pulak.. nasib baiklaa takde sesapa yang mengadu diliwat.. kalau tidak.. erk..!! haru sungguh..!

Bila datang hal-hal macam ni.. mulalaa bermain kat kepala aku.. memikirkan tarikh yang sesuai untuk tinggalkan semua nih. Sebab kalau dah nama kerja ngan majikan kat mana-mana pun situasinya hampir sama. Tapi.. kalau nak tinggalkan pun kena pastikan kantung aku cukup.. ape aku dah cukup kaya kee..? hoho.. tak boleh.. tak boleh… . Perlu kerja keras sikit nii.. kene kaji balik camne orang-orang yang rich and famous ni menempa kejayaan macam John D. Rockefeller,Bill Gate ataupun Thomas Edison. (ada ramai lagi tapi tak laratlaa nak sebut semua… :) )

Aku ada terbaca sedikit kisah Thomas Edison ni.. ramai yang kenal beliau sebagai pencipta mentol tetapi hakikatnya tidak.. sebenarnya beliau hanya menyempurnakannya sahaja padahal sebelum itu sudah ada orang yang terlebih dahulu mencipta mentol tetapi masalahnya ia kurang praktikal. Mentol yang mula-mula dicipta tidak mampu menyala dengan lama dan penciptanya juga tak mampu menerangkan bagaimana mentol boleh menghasilkan nilai komersil maksudnya buat duit dari mentol tu…leee.. :) jadi Thomas Edison lah yang lakukan . menarik..?

Thomas Edison

Sebelum menjadi seorang multi-millionaire Thomas Edison pernah digugurkan dari sekolah kerana gurunya merasakan beliau tidak cukup bijak untuk berada di sekolah tersebut. Beliau kemudiannya bekerja sebagai penjual gula-gula dan juga majalah . Dari situ beliau telah mengembangkan kemahiran berbisnes hinggakan tidak lama selepas itu beliau telah mula mencetak akhbarnya sendiri dan mengambil sekumpulan kanak-kanak sebagai pekerja, kali ini bukan hanya menjual gula-gula tetapi turut menjual akhbar beliau. Dalam masa setahun beliau telah mengambil lagi 12 orang kanak-kanak untuk dijadikan sebagai pekerja . Hebat tak?

Itulah lebih kurang kisah bagaimana Thomas Edison memulakan karier bisnes. Dari sini kita dapat lihat satu transformasi dalam hidup beliau dari seorang pekerja kepada seorang pemilik bisnes (business owner). So kalau nak kaya ( kaya bertakwa ok… :) ) kenalaa berusaha menjadi pemilik bisnes. Minda pun kene ubah.. kat malaysia pun tak kurang individu-individu yang boleh dijadikan contoh.. Yang terbaru si Labanon tuu… baru 17 tahun.. jangan asyik ternganga jee camne dia dapat 10k tapi belajar dan buat kaji selidik bagaimana beliau mampu menghasilkan keuntungan macam tu.(Ebook dia pun dah adakan.. beli je laa) Kemudian praktikkan.. yang jadi masalah kita selalunya.. nak jadi kaya tapi malas berusaha.. jawapannya… Lu pikir laa sendiri!! kata Nabil :)

Bookmark Artikel nih:
  • BlinkList
  • co.mments
  • De.lirio.us
  • del.icio.us
  • Digg
  • Facebook
  • Furl
  • Google
  • Netvouz
  • NewsVine
  • Reddit
  • Smarking
  • Socialogs
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati
  • TwitThis
Jun 28

Dah seminggu aku menulis dan meng”update”kan blog yang begitu mentah ni… Terima kasih tak terhingga buat mereka-mereka yang sudi berkunjung dan memberi komen. Kalau nak ikutkan… menulis dah memang sebahagian dari kerja aku sebab sebelum ni pun (hingga sekarang pun..) selain tugas harian di tempat kerja, aku memang cari makan dengan setiap patah perkataan yang aku tulis cuma untuk berblog secara serius tu baru sekarang terlaksana.. dan harapnya berterusanlah.

Apa yang aku risau pasal nak berblog ni sebenarnya.. kalau kalau aku tak mampu beri fokus yang sebaiknya hingga hilang kemahuan dan juga semangat nak mengemaskini. Mungkin aku berjaya untuk seminggu ni tapi bagaimana untuk hari-hari seterusnya.. huhu.. perjalanan masih jauh.. hasrat aku memang nak blog ni bertahan lama supaya bolehlah menjadi tempat yang dapat menghiburkan aku bilamana aku bergerak secara fulltime nanti. Itupun bila aku dapat pulangan bersih 5 angka sebulan secara stabil. Boleh ke?? hehe.. insya_Allah dengan fokus dan kesungguhan aku percaya boleh!

Menurut Napoleon Hill melalui bukunya “Think and Grow Rich” terdapat 6 langkah praktikal yang perlu dilaksanakan bagi membakar semangat kita untuk terus berusaha dalam mencapai impian.

1. Sematkan didalam minda kita angka ataupun lebih tepat nilai yang ingin dicapai. Tidak cukup dengan hanya mengatakan saya mahu wang yang banyak adalah lebih baik nyatakan secara lebih jelas berapa nilainya .

2. Nyatakan apakah yang kita sanggup berikan untuk mencapai sasaran yang telah kita tetapkan. Nakkan sesuatu kita mestilah sanggup laburkan sedikit masa, wang ringgit.. emm bukan senang nak senangkan..

3. Tetapkan bilakah tarikh yang kira rasakan segala impian itu akan dicapai. Ini sebagai satu psikologi untuk kita lebih serius dengan matlamat.

4. Rangkakan satu plan yang efektif apa yang nak dilakukan dalam usaha mencapai matlamat kita. Haa.. bukan setakat cakap sahaja tapi kenalaa.. ada perancangan yang teliti.. baru boleh fokus.

5. Tuliskan pada satu kertas atau buku kesemua yang dah kita tetapkan tadi bermula dari target kita, apa yang sanggup dilaburkan, bila tarikh yang sesuai untuk kita grab semua tu. Masukkan sekali pelan jangka panjang tu… :)

6. Baca apa yang dah kita tulis tu dua kali sehari. Sekali sebelum kita lelapkan mata dan lagi sekali setelah bangun dari tidur. Ini semua untuk membakar semangat.. serta memotivasikan kita supaya sentiasa berada dilandasan yang betul kearah hala tuju kita.

Nampak macam taklaa susah mana cuma masalah utama kita selalu hilang fokus.. tapi aku rasa kalau kita cuba betul-betul praktikkan apa yang dah disarankan ni.. insya_Allah tak mustahil untuk capai semua yang kita inginkan.. aku pun perlu didik diri aku untuk lebih FOKUS!

Bookmark Artikel nih:
  • BlinkList
  • co.mments
  • De.lirio.us
  • del.icio.us
  • Digg
  • Facebook
  • Furl
  • Google
  • Netvouz
  • NewsVine
  • Reddit
  • Smarking
  • Socialogs
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati
  • TwitThis

« Previous Entries Next Entries »