“Apa-apapun yang kita buat, kita sandarkan kepada Allah taala. Minta pada-Nya dan jangan sesekali putus asa. Tapi janganlah pula usaha ikhtiar sambil lewa. Kita kena kerja kuat. Saya ni pun hamba Allah biasa, budak dangau macam saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja. Proses kematangan saya yang membezakannya. saya percaya sesiapa pun boleh menjadi apa sahaja asalkan mereka berusaha dengan tekun. Tetapi tentulah ia memakan masa. Tiada jalan singkat untuk berjaya,”
“Ini bukan saya punya kerja ni…, Ada ke ini pun nak suruh saya buat” rungut seorang staff berhubung tugasan yang diberikan oleh Mr Boss kepada beliau.
Dalam sektor pekerjaan banyak berlaku kes-kes sebegini. Pekerja merungut soal gaji, soal kerja lebih, kerja luar dari skop yang diberikan dan pelbagai lagi. Terlalu banyak merungut sampai kerja yang ada tak dijalankan dan tugasan yang diberikan pun lambat disiapkan. Bila ini berlaku kesalahan nak diletakkan atas bahu siapa?
“Ekonomi dah tak berapa stabil sekarang, aku ingat nak cari kerja part time laa untuk tambah pendapatan, aku tengok ada orang buat duit kat internet senang jee.. kalaulah ada sesiapa yang tahu dekat-dekat sini.. aku nak belajarlah..” rungut seorang kawan.
“Emm.. aku ada seorang kawan ni, dia ada buat couching pasal nak buat duit dengan blog tapi kena modallah bayar dia sikit untuk dapat ilmu tu” rakannya cuba memberi cadangan
“Nak kena modal ke.. takpelah kot.. sebab aku rasa dah selesa dengan kehidupan aku sekarang, lagipun blog-blog ni aku bukan suka sangat, chatting oklah!” Lantas jawapan yang diberikan berubah 360° dari apa yang dah dikeluhkan sebelumnya.
Ini situasi biasa yang mana ramai manusia nak senang tetapi mereka tak mahu bersusah dahulu dan kalau boleh nak sesuatu tu dalam sekelip mata tanpa mengeluarkan modal senang cerita nak benda free jee.. ( Banyak cantik..!)
Lumrah manusia sepertimana kata Irfan Khairi didalam bukunya “Nota Jutawan,Nota Motivasi” yang mana setiap kali kita nak keluar dari zon selesa kita, secara psikologi akan menarikkan kita kembali ke zon selesa. Macam kawan kita sepertimana perbualan diatas tadi, dia ada hasrat untuk melakukan sesuatu tetapi berundur selangkah bila satu perkataan masuk dikepalanya iaitu MODAL. Sebab utama dia berikan jawapan demikian kerana dia telah ditarik kembali untuk berasa puas hati untuk terus berada didalam zon selesa nya. Sikap ini juga akhirnya boleh mendatangkan sifat taknak berusaha atau lebih senang disebut MALAS.
Dalam hal sebegini kita memerlukan sesuatu alasan yang kuat untuk mendorong kita berusaha untuk keluar dari zon selesa tersebut. Memikirkan tanggungjawab terhadap masa depan anak-anak serta isteri telah menolak aku keluar dari zon selesa untuk lakukan sesuatu bagi membina legasi buat mereka. Bagaimana pula untuk kawan-kawan semua. Dah bersedia untuk keluar dari zon selesa??
p/s : Entri ini tercipta selepas aku diundang berkongsi pengalaman sewaktu seminar blogging saudara Rohaizad di UTM semalam.
Pada 8 Ogos 2005, dunia gempar dengan sebuah cerita rompakan bank. Wang di Bank Banco Central di Fortaleza, Brazil telah dicuri dengan kerugian sebanyak 164,755,150.00 reais (USD 69.8 juta atau £ 38.6 juta atau € 56 juta ). Beberapa bulan sebelum kehilangan besar itu, perompak telah menyewa sebuah bangunan selang dua blok daripada bangunan bank dan luarannya digambarkan adalah sebuah syarikat lanskap.
Rompakan ini dirancang dengan begitu teliti sehingga perompak seramai 10 orang telah membina terowong bawah tanah sepanjang 78 meter dengan system lampu dan penghawa dingin yang lengkap. Mereka berjaya memecahkan dinding konkrit setebal 1.1 meter dan kemudian menggodam bilik kebal. Operasi mengangkut duit keatas seberat 3500 kilogram berjalan teratur dengan perancangan licik.
(Kisah dipetik dari buku U-turn Ke Jalan Lurus hasil karya Ustaz Zul Ramli M. Razali)
Apa yang kita dapat dari cerita diatas? Ini adalah contoh manusia yang berkehendakkan sesuatu dan mereka melakukannya betul-betul cuma cara mereka laksanakan untuk dapatkan apa yang diingini adalah salah.
Dalam kehidupan insan biasa seperti kita juga tak terkecuali untuk mengimpikan sesuatu. Tetapi cuba kita tanya balik diri kita apakah kita telah benar-benar berusaha untuk dapatkan apa yang kita impikan. Apakah kita mempunyai pelan perancangan kehidupan? sebagaimana Fahri watak lelaki didalam novel Ayat-Ayat Cinta yang bersiap sedia dengan pelan 10 tahunnya dan sentiasa membuat semakan apakah setiap sasaran yang diletakkan dalam pelan kehidupannya telah dicapai. Walaupun itu sekadar imaginasi penulisnya Habiburahman El-Shirazy tetapi kenyataannya itulah yang perlu kita lakukan!
Masalah ramai dikalangan kita ialah tak bersungguh untuk mencapai kehendak kita. Kita menjadi seperti bangunan-bangunan projek perumahan yang terbengkalai dan tinggal separuh siap. Usaha hanya sekerat jalan kemudian cepat putus harap bilamana terdapat sedikit ujian maka apa yang telah dilakukan sebelum ini hanya sia-sia kerana tak dilakukan sehabis mungkin.
Sedikit cerita dari pengalaman sendiri.
Aku juga ada pelan perancangan yang mana kiranya diizinkan tuhan aku tidak mahu lagi bekerja makan gaji. Ingin sekali aku tumpukan kepada keluarga dan aktiviti kemasyarakatan disamping mempunyai satu bisnes sendiri. Satu peluang pendapatan yang aku rasa begitu kena dengan diri aku ialah internet. Pelbagai cara aku lakukan untuk hasilkan wang dari sini dan salah satunya adalah melalui blog setelah aku mengikuti personal couching oleh Rohaizad.com
Alhamdulillah apa yang aku pelajari aku dapat praktikkan dengan baik dan dengan izin tuhan aku mampu memperolehi pendapatan sampingan dari kaedah ini antara RM800-RM1800 pada bulan-bulan pertamanya. Sehingga pada satu tahap tiba-tiba talian internet aku menghadapi masalah. Aku tidak boleh lagi online pada waktu-waktu biasa dan ini merencatkan usaha aku untuk capai matlamat aku.Tambah berat bila laptop aku rosak yang memaksa aku membeli laptop baru.
“Mungkin ini ujian tuhan ye bu.., tapi kadang-kadang hati ini jadi geram. Tak tahu nak marah siapa. Celcom dah banyak kali kita call..” terkeluar juga keluhan dari aku kepada isteri bilamana masalah ini berlarutan.
Disebabkan masalah ini sasaran aku juga turut perlu diubah yang mana kalau sebelum ini aku letakkan mesti dapatkan 300 usd sebulan dari aktiviti blogging maka kini aku perlu turunkan kepada 100 usd. Syukur pada tuhan sasaran ini dapat dicapai.
Tapi bilamana memasuki bulan Ogos aku rasa perlu sasarkan lebih sedikit kerana tak lama lagi akan tiba musim perayaan. Aku letak semula sasaran kepada 300 usd dengan keadaan talian internet masih lagi bermasalah cuma setelah sedikit ujikaji aku lakukan didapati masalah kurang berlaku antara pukul 1.30 pagi hingga 7 pagi. Maka dengan itu aku ubah strategi untuk tidur awal dan bangun semula pada jam 2.45 pagi bagi melakukan apa yang menjadi kebiasaan. Aku nekad sasaran 300 usd mesti aku capai. Hari ini 27 Ogos dan aku masih punya 5 hari lagi dan mungkinkah aku mampu mencapai sasaran. Ini yang aku mampu perolehi setakat ini..
Aku masih percaya aku mampu capai apa yang disasarkan tetapi sekiranya tidak, aku redha atas rezeki yang tuhan tentukan. Tuhan itu maha adil, kalau perompak sebagaimana kisah diatas berjaya melakukan kerja tidak betul dengan usaha betul-betul masakan kita yang punya matlamat lebih baik tidak boleh. Meminjam kata Ustaz Zul Ramli di dalam bukunya “buat betul biar betul-betul!”.
Kita semuanya lebih kurang sama, sentiasa cuba mengintai ruang dan peluang untuk beroleh rezeki. Ada yang suka dengan kerja-kerja yang bermajikan dan ada yang suka bekerja sendiri. Di tengah-tengah kegawatan ekonomi ini ramai pula yang cuba-cuba untuk mencari pendapatan sampingan dan salah satunya adalah dari Internet.
Satu mitos yang selalu bermain dikepala ramai orang, menjana pendapatan diinternet ini adalah satu perkara mudah. Boleh releks duduk rumah, goyang kaki dan duit masuk akaun setiap masa, tak perlu modal dan pelbagai lagi ayat-ayat manis. Jadi bila mereka-mereka yang berfikiran begini mahu mencuba menjana wang diinternet mereka akan mengharapkan keuntungan dalam jangka masa singkat. Apabila mereka tak dapat apa yang mereka mahu maka mereka akan mula mengatakan pendapatan online ini karut, yang jual produk itu dan ini semua tipu, hype dan macam-macam lagi.
Aku sedar ada segelintir manusia yang cuba menipu dengan menjual produk sampah dan dimainkan dengan hype atau janji-janji manis pada surat jualan. Tetapi bila kita cuba nilaikan balik, benda-benda macam tu yang orang kita suka. Takde modal kemudian untung berjuta. Ceh! Cuba kalau diletakkan ada perlu untuk buat itu dan ini nanti ramai pulak yang tak suka. Dah memang mentaliti yang dipegang nak kerja mudah pastu boleh goyang kaki dan duit masyuk.
Kita mencari-cari lagi rahsia-rahsia menjana pendapatan dari Internet dengan produk-produk yang tertumpu kepada perkataan “RAHSIA” tetapi bia kita dah dapatkan rasa macam takde apa. Kita tertanya-tanya mana rahsianya. Huh! aku teringat pada filem animasi “Kungfu Panda“. Ringkasnya didalam filem tersebut kononya ada satu jurus terbaik warisan tok guru yang menjadi rebutan tetapi bila dah diperolehi rupanya ianya tak lebih dari satu scroll kosong. ‘Po’ (watak hero filem tu..) rasakan dia seperti tertipu tetapi mula mengubah persepsi beliau apabila bertemu ayahnya “seitik” penjual mee. ‘Po’ bertanya kepada ayahnya apakah “secret recipe” yang membuatkan mee ayahnya disukai ramai. Ayahnya mengatakan yang sebenarnya tiada rahsia apapun dan realitinya yang menjadikan sesuatu tu hebat adalah diri kita sendiri.Ahuh!
Jadi kita berbalik dalam soal nak menjana pendapatan di internet ni. Kita nampak seseorang tu melakukan sesuatu perkara macam senang jee nak buat duit tetapi bagi kita ibarat terlalu sukar. Kenapa?? Kita tahu tak bagaimana dia berusaha? Dan kita, apa pulak yang kita buat? setakat beli ebook sahaja belum cukup.. Rahsia besar dan sebenarnya adalah diri kita sendiri. Segalanya merangkumi usaha, kesungguhan, tahap sabar, disiplin, istiqamah dan akhirnya bertawakkal. Tetapi ingat! Walau bagaimana hebat pun usaha kita, harus ada kesedaran bahawa kita tak mampu menolak takdir dan sekiranya segalanya dah dilakukan tetapi masih belum berhasil, ada kemungkinan ianya tak sesuai buat kita.
Jadi bagi yang bertanya kepada aku bagaimana aku mampu buat duit di internet, (tak banyak manapun… sebenarnya) inilah jawapannya. Aku bukan otai atau terer manapun.. aku hanya laksanakan urusan aku dan soal rezeki itu urusan tuhan. Tetapi jangan pula salahkan ketentuan dari langit sekiranya belum diperolehi apa yang kita mahukan. Dia maha mengetahui dan siapa tahu ada sesuatu yang lebih baik buat kita.. wallahuaklam..
Sebelum terlupa aku nak ucapkan terima kasih kepada saudara Hafiz dari Jerteh, Terengganu kerana mendapatkan pakej blogcashblueprint dari link aku. Aku doakan beliau berjaya meraih sesuatu dari pakej tersebut. Banyak yang boleh dipelajari sebenarnya.
Berapa ramai yang kenal dengan Mark Zuckerberg. Tetapi kalau ditanya pernah dengar Facebook? aku pasti cukup ramai yang tahu serta mempunyai akaun disana. Sebagaimana yang telah kita sedia tahu Facebook adalah salah satu laman Social Networking yang tak kurang popular di Internet tika ini. Tahukah kita bahawa pemiliknya adalah seorang remaja awal 20-an. Siapa lagi kalau bukan Mark Zuckerberg yang pernah dinobatkan selaku jutawan termuda dalam sejarah!
Sebenarnya matlamat awal penciptaan Facebook adalah untuk membina satu tapak Social Networking bagi pelajar kampus sahaja. Mark yang ketika itu menuntut di Universiti Harvard merancang untuk membina satu platform bagi menghubungkan rakan-rakan satu kampus. Tidak hairanlah nama yang dipilih adalah “Facebook” yang mana ianya merupakan nama sebuah buku yang mencatatkan nama-nama anggota komuniti berdaftar di dalam Universiti. Kebiasaannya buku ini diberikan pada pelajar atau staf yang baru supaya mudah mengenali mereka-mereka yang telah sedia ada di Universiti.
Dengan kepakaran yang ada pada beliau, Mark berjaya menghasilkan laman web Facebook dalam masa 2 minggu sahaja pada tahun 2004. Beliau tak mengambil masa yang lama untuk mengumumkan laman web nya itu kepada rakan-rakan Universiti. Sesuatu yang menakjubkan apabila Facebook berjaya menarik lebih dua per tiga mahasiswa Universiti Harvard dalam waktu yang sungguh singkat.
Mark terus mengorak langkah apabila membuka keahlian Facebook kepada pelajar-pelajar kolej pula dan pada pertengahan 2006 ianya telah berjaya mempunyai 7 juta pengguna berdaftar yang mana kebanyakkannya adalah dikalangan pelajar universiti dan kolej. Mark mula merancang untuk lebih serius dengan Facebook dan dengan bantuan tiga rakannya Andrew McCollum, Dustin Moskovitz, dan Chris Hughes, Mark terus mengorak langkah dengan membuka keanggotaan Facebook kepada umum.
Usaha Mark tak terhenti disitu. Bagi menjadikan laman social networking nya lebih menarik dan bermanfaat Mark telah menambah pelbagai aplikasi yang menjadikan Facebook bukan sekadar tempat untuk bersosial sahaja. Demi keselesaan pengguna, Facebook akhirnya mempunyai 9373 aplikasi yang terbahagi kepada 22 kategori. Sekarang orang ramai sudah boleh berchatting, bermain games, dan juga membuat duit di Facebook dengan kepelbagaian aplikasi yang wujud didalamnya. Semua ini menjadikan Facebook kian popular dan dikenali ramai. Untuk tahun 2008 Mark menyasarkan untuk mempunyai 200 juta pengguna berdaftar.
Dengan nama besar yang telah ditempa oleh Facebook khabarnya ia turut dilamar oleh Microsoff. Kononnya untuk memiliki saham sekitar 1.6 peratus sahaja Microsoft perlu mengeluarkan dana sekitar 240 juta USD. Hasil usaha dan ketekunan, Mark telah berjaya membina empayarnya sendiri dan melayakkan beliau dinobatkan sebagai jutawan termuda yang hanya baru berusia 23 tahun. Hebatkan?
Membaca kisah kejayaan Mark Zuckerberg memang amat mengujakan. Semua orang ada impian tapi tanpa usaha yang gigih, ketekunan dan kecekalan ianya takkan kemana.


























