Alhamdulillah.. rasanya itu kata-kata terbaik selepas aku berjaya mengharungi minggu yang boleh dikatakan begitu padat dengan aktiviti. Seperti yang telah sedia diketahui bahawa pada hujung minggu lalu aku dan shaffik telah menganjurkan satu bengkel yang dinamakan Bengkel Asas Blogging untuk mereka-mereka yang memang tidak ada langsung ilmu tentang blog. Bengkel tersebut dijalankan dari 8.30 pagi hingga 5.30 petang untuk 2 hari berturut-turut manakala pada sebelah malamnya pula aku terlibat dengan perjumpaan bersama pengurus besar Stormreaders yang berlarutan hingga ke tengah malam.






















