Di dalam Islam, Murabbi membawa pengertian yang luas yang mana bukan sahaja sebagai pendidik bahkan turut menyemai nilai adab serta dilengkapi dengan keperibadian yang mulia untuk menjadi ikutan manusia disekelilingnya. Diakui peranan sebagai Murabbi itu begitu mencabar pada masa kini dengan masalah sosial seperti zina, rogol, buang anak, dan ragut semakin menjadi-jadi. Segala kekusutan umat semakin tak terbendung bilamana kes-kes pembunuhan kejam juga berleluasa. Di era siber ini mampukah blogger muslim itu diberi peranan sebagai Murabbi?
Allah berfirman:
“Pada hari ini Kami tutup mulut mereka, dan berkatalah kepada Kami tangan mereka dan memberi kesaksian pula kaki mereka terhadap apa yang dahulu mereka usahakan.” (Yassin : Ayat 65)
Jika kaki, tangan dan mulut akan menjadi saksi di akhirat
Blog pula adalah salah satu bahan bukti kepada tangan serta jari jemari.
Apa yang kau tulis?
Apa yang kau gambarkan?
Suatu hari pasti akan diperhitungkan..
Blogging merupakan suatu aktiviti yang dilakukan oleh seorang seorang blogger terhadap blog yang dimilikinya. Ini termasuk kerja-kerja mengemaskini blog, meletakkan pautan di blog, menyusun atur kedudukan widget di blog dan pelbagai lagi. Jika telah memiliki blog aktiviti-aktiviti ini merupakan satu perkara biasa. Secara kasar, tidak nampak sebarang unsur haram pada aktiviti-aktiviti yang disebutkan.
Dimana Haramnya?
” Rasulullah saw diutuskan oleh Allah ke dunia ni untuk memimpin umat manusia ke jalan yang selamat di dunia dan akhirat… Kita kena sentiasa ingat bahwa Baginda Rasul adalah rahmat yang tak ternilai harganya untuk kita dan sekelian alam sebagaimana Allah ada menyebut di didalam surah Al-Anbiya ayat 107 ’ Dan tidaklah kami utuskan engkau wahai Muhammad melainkan sebagai rahmat untuk sekelian alam’ ”
Cantik sungguh mukaddimah Ustaz ketika memberikan tazkirahnya. Kandungan tazkirah kali ini lebih menjuruskan kepada memperingati keperibadian dan juga pengorbanan Rasulullah SAW bertepatan dengan keadaan waktu ini yang mana kita berada di bulan kelahiran Baginda Rasul.
” Kau tak beli bunga?” tanya seorang rakan sekerja
“Beli bunga?? untuk apa?” soalan tadi dikilas dengan soalan juga
“Hai.. takkan kau tak tau.. dua hari lagi Valentine’s Day.. Beli bunga untuk kekasihlaa..” terangnya sambil mengusik
“Oh! rasanya aku tak perlu tunggu hari Valentine nak beli bunga kot.., lagipun bukanke hari kekasih tu bukan budaya kita? Buat apa nak ikut..” jawab aku sedikit panjang
“Aku taulaa tu.. tapi kita bukan membesarkan hari tu pun.. kita gunakan tarikh tu untuk ingat kekasih sendiri.. macam kau ni pun.. kalau guna hari tu untuk ingat isteri.. takkan salah kot?” dia cuba gunakan alasan biasa yang digunakan ramai orang dalam usaha menghalalkan sambutan Hari Kekasih.
“Aku mintak maaf kalau kau terasa apa yang aku cakap.. tapi sebagai orang Islam, kita tak perlu tunggu Hari Kekasih untuk lakukan semua tu.. aku terfikir.. kekadang kita ni lebih besarkan kekasih yang sementara dan tak pasti daripada kekasih yang Kekal ” aku mengumpan untuk perbincangan yang lebih panjang.
“Kekasih yang Kekal??” dahinya berkerut dengan reaksi yang dahagakan jawapan segera.
Suatu Ketika..
Adam yang akhirnya bertemu Hawa di bumi ciptaan Allah lalu terus saja memulakan hidup sebagaimana fitrah. Dari hidup berdua Allah kurniakan pula cahayamata. Begitu hebat kuasa tuhan setiap yang lahir pasti berpasangan. Ada lelaki dan ada perempuan. Diantara yang ramai, Qabil dan Habil menjadi tumpuan atas sebab satu kisah yang takkan luput diingatan. Diantara keduanya pula Qabil dahulu yang ditakdirkan melihat dunia bersama pasangan kembarnya Iqlima sebelum menyusulnya Habil berserta Lubuda. Setelah menjalani hidup sehingga kenal rasa cinta dan nafsu berahi datang pula ilham kepada Adam untuk menjodohkan Qabil dengan adik kepada Habil,Lubuda manakala Habil pula perlu mengambil Iklima sebagai isteri. Memberontaklah Qabil tanda tidak setuju dengan keputusan sang Ayah dek kerana dirinya telah dikuasai rasa cinta pada fizikal Iklima yang menurutnya tidak mampu ditandingi Lubuda. Berbeza pula dengan Habil yang redha dengan apa jua ketentuan.


























