Semangat-semangat kental peserta Bengkel Blogging
Ditulis pada June 29, 2010 – 11:04 am | Oleh nuaeman Share
Kalau mahu diikutkan rasa letih naik turun kapal terbang serta menempuh perjalanan yang panjang, sampai kini belum lagi hilang. Apa tidaknya, setelah sampai Kuala Lumpur pada tengah malam Isnin minggu lalu aku perlu naik bas pula untuk pulang ke Mersing dan setibanya di kampung pada subuhnya aku hanya berehat sebentar sebelum bergerak memandu kereta je Johor Bahru. Esoknya pula aku sudah memulakan kerja dan kebetulan pula sudah ada projek-projek yang menunggu membuatkan aku tidak senang duduk sehingga Jumaat.
Habis sahaja waktu kerja hari Jumaat kepala sudah pula memikirkan satu program yang sudah tersedia dalam jadual, Bengkel Blogging yang diadakan di Fitrah Media Commercial Center bertempat di Bandar Baru Uda. Sebagaimana sebelum ini, Bengkel tersebut dijalankan selama dua hari berturut-turut iaini pada 26 dan 27 Jun 2010 bermula dari 8.30 pagi hingga 5 petang. Bermakna pada dua hari cuti itu, masa aku benar-benar terisi dengan aktiviti. Secara jujur memang suatu yang agak meletihkan buat aku tetapi perasaan itu hilang sementara apabila melihatkan semangat-semangat kental peserta-peserta Bengkel Blogging kali ini.
Sepertimana Bengkel Blogging terdahulu, peserta yang menghadiri bengkel kali ini juga adalah 4 orang. Bagi mereka-mereka yang melihatkan kepada keuntungan dari segi wang ringgit, rasanya tidak mungkin untuk mereka mengadakan Bengkel sebegini dengan jumlah pesertanya hanya 4 orang. Ditambah pula perlu membayar kos tempat, membiayai kos domain dan hosting serta makan dan minum peserta! Pada sesetengah orang amatlah tidak berbaloi masa yang diperuntukkan selama dua hari dengan pulangan yang mungkin terlalu kecil tetapi bagi aku dan Shaffik, apa yang lebih penting, ilmu itu dapat disampaikan dan diaplikasikan dengan baik oleh para peserta. Tambah membuatkan kami teruja untuk mengajar apabila melihatkan semangat-semangat kental para peserta bengkel Blogging kali ini yang terdiri dari…
Ibu Patimah
Melihatkan pada usianya mungkin bagi sebilangan orang merasakan tidak perlulah untuk dia memikirkan untuk berblog lagi. Elok bermain dengan cucu sahaja tetapi Ibu patimah tidak memikirkan begitu. Beliau mempunyai anak-anak lelaki yang berpengetahuan IT dan mungkin boleh memberi tunjuk ajar kepada beliau berkenaan dunia blog tanpa mengeluarkan apa-apa kos pun. Walaubagaimanapun si Ibu ini mahu segalanya diusahakan oleh dirinya sendiri.
” Ibu nak buktikan pada anak-anak ibu yang ibu boleh buat blog sendiri “
Itu kata-katanya kepada aku pada hari pertama mengikuti bengkel dan pada petang Sabtu lalu lahirlah pula kata-kata ini
Pada jam 3.13 minit petang waktu Malaysia, tanggal 26 Jun 2010 bertempat di FMCC Bandar Bandar Uda, Johor Bahru, terlahirnya sebuah Blog Impian yang selama ini ku impikan sejak 11 tahun yang lalu.
Blog Ibu Patimah akhirnya berjaya di cipta hasil dari usahanya sendiri. Kata-kata diatas adalah catatan pertama beliau di blognya www.ibutee.com.
Sesuai dengan panggilan dan titlenya sebagai seorang ibu manakala kami yang lain ini ibarat anak-anak bagi beliau maka pada hari kedua bengkel berlangsung Ibu Patimah dengan rela hati menyediakan lempeng dan karipap untuk santapan pagi kami semua.
Terima Kasih yang tidak terhingga Ibu..
Munir
“Kamu tidur mana malam ni Munir?” soal aku
“Rumah kawan saya.., dekat-dekat sini je..” jawabnya
“Betul ke ni?” aku cuba dapatkan kepastian.
“Betul bang.. petang nanti saya jumpa dia..”
Ini adalah peserta paling muda untuk Bengkel Blogging kali ini. Boleh dikatakan seorang yang misterius. Tidak banyak cakap tetapi mempunyai pemikiran kreatif dan berinovasi. Melihatkan pada zahirnya, orang mungkin tidak menyangka beliau adalah salah seorang pelajar maahad Tahfiz dan jangan terkejut jika aku katakan dia bakal melanjutkan pelajaran ke Universiti Al Azhar di Cairo.
Munir merupakan anak kepada salah seorang peserta Seminar SmartBlogging yang dianjurkan oleh Rohaizad.com. Emaknya sendiri yang memberi dorongan kepada dia untuk datang ke Bengkel Blogging. Terima kasih Puan Maheran kerana mempercayai kami.
Mengapa aku menggelarkan si Munir ini seorang yang misterius? Apa tidaknya, aku tahu dia datang dari Batu Pahat. Kemudian bila aku tanya dia tinggal dimana semasa di JB. Jawapannya amat kurang meyakinkan. Bila ditanya pula kemana dia hendak bermalam pada malam minggu hari itu, dia seperti teragak-agak untuk memberitahu. Aku dan Shaffik menemani beliau sementara menunggu rakannya yang dikatakan akan datang mengambilnya tetapi batang hidung rakannya langsung aku tidak nampak. Huh!
Keesokkan harinya apabila kelas hendak bermula. kami bertanya kepada Munir di mana dia tidur semalamnya. Dengan teragak-agak dia mengatakan yang dia bermalam di Masjid Bandar Baru Uda! Heh! Apapun aku bangga apabila melihat blog dia. Katanya malam itu dia tidak tidur tetapi melepak di kedai mamak sambil menumpang wifi yang disediakan untuk mengulangkaji dan mempraktikkan apa yang diajar oleh kami. Lihat sahajalah blog beliau sekarang di www.munirworld.com . Syabas Munir!
Baizura
Orangnya kecil molek tetapi aku boleh sifatkan beliau sebagai seorang ironlady. Dia berangkat dari Pulau Pinang bersama suaminya pada malam Sabtu sebelum bengkel bermula keesokkan paginya. Dalam keadaan letih yang belum reda selepas menempuh perjalanan yang jauh berserta keadaan suami yang kurang sihat di Hotel, Baizura tetap tiba di FMCC sebagaimana yang dijanjikan.
Ujian untuk Baizura bukan setakat itu, bahkan ianya ditambah lagi dengan kelembapan netbook yang digunakannya. Syukur, beliau masih boleh bersabar dengan kerenah netbook tersebut sehinggalah bengkel berakhir. Berkat kesabaran itu blog beliau yang bertemakan ‘shopping online’ akhirnya dapat juga dihasilkan.
Aku harap Myblogshop4u.com dapat diperindahkan lagi oleh beliau selepas ini.
Zawawi
Beliau hadir ke Bengkel Blogging kerana mahu mempelajari bagaimana untuk menghasilkan sebuah blog yang berunsurkan portfolio kepada syarikatnya. Bukan beliau tidak boleh mengupah mana-mana webmaster untuk melaksanakan tugas tersebut tetapi beliau mahu menyelami sendiri dunia blog langsung menghasilkannya dengan tangan beliau sendiri.
Kalau hendak diikutkan, beliau tidak dapat hadir ke Bengkel Blogging disebabkan ada program-program lain yang perlu dihadirinya pada minggu ini tetapi abang Zawawi tetap berusaha meminda jadual untuk memastikan beliau tidak terlepas Bengkel Blogging kali ini.
Beliau telah memulakan langkah pertama apabila terhasilnya HiUltra.com. Aku doakan beliau semoga terus sukses!
Aku harapkan semangat-semanagat yang ditunjukkan oleh mereka akan berkekalan dan diharapkan objektif mereka menghadiri Bengkel Blogging juga tercapai. Jika menghadapi apa-apa masalah jangan segan-segan untuk hubungi pihak Bengkel Blogging!
Entri Berkaitan:
- Bengkel Blogging : Bukan keuntungan yang dikejar tetapi ilmu yang berjaya disampaikan
- Sekitar Bengkel + Seminar buat duit dari aktiviti blogging
- 7 nasihat untuk Peserta Seminar SmartBlogging
- Corat-Coret Trip dan Seminar Blogging di Melaka
Tags: belajar buat blog, bengkel blog, Bengkel Blogging, seminar blog






19 Responses to “Semangat-semangat kental peserta Bengkel Blogging”
By Shaffik on Jun 29, 2010 | Reply
Semoga semangat mereka terus berkobar-kobar untuk menulis artikel.
[Reply]
By suri on Jun 29, 2010 | Reply
ku ucapkan slmt berbloger kpd smu..
[Reply]
By sangilapi on Jun 29, 2010 | Reply
jadi mana satu kawan shaffik yang nak buat blog kereta tu,mat ?
[Reply]
By Nadri on Jun 29, 2010 | Reply
ternyata mereka mmg kental demi menuntut ilmu blogging..syabas kpd mereka semua..mmg touching bila membaca entri nie..
[Reply]
By Shukor on Jun 30, 2010 | Reply
Good luck utk semua peserta…
[Reply]
By rizzal on Jun 30, 2010 | Reply
mata pena lebih tajam dari pedang….
[Reply]
By nuaeman on Jun 30, 2010 | Reply
Aku juga doakan begitu..
[Reply]
By nuaeman on Jun 30, 2010 | Reply
Dia nak guna duit buat beli kereta dulu.. hehe.. saja gurau.. mungkin ada hal disaat akhir jadi dia tidak dapat menghadirkan diri..
[Reply]
By nuaeman on Jun 30, 2010 | Reply
Mereka baru menerjah ke dunia blog.. harap semangat yang ada tidak luntur
[Reply]
By nuaeman on Jun 30, 2010 | Reply
Semestinya..!
[Reply]
By nuaeman on Jun 30, 2010 | Reply
Kita doakan semangat itu tidak hilang begitu sahaja.. mungkin lepas ini mereka boleh sertai seminar smartblogging pula..
[Reply]
By nuaeman on Jun 30, 2010 | Reply
Tapi kita tulis blog dah tak pakai pen.. hehehe
[Reply]
By rizzal on Jun 30, 2010 | Reply
tak pa aku tukar pepatah.. papan keybord lebih tajam dari mata pedang
[Reply]
By suri on Jul 1, 2010 | Reply
ya..semoga akan berjaya dlm niche masing2.amin
[Reply]
By Johor Bahru Guy on Jul 3, 2010 | Reply
Tahniah kepada ko dan shaffik sebab menganjurkan seminar yang bagus camni…
Well done…
LAma-lama korang akan ada byk anak murid berjaya…huhu
[Reply]
By donnyien on Jul 4, 2010 | Reply
Selamat menulis kpd peserta baru blogging..tahniah anda memilih jalan yg betul…
[Reply]
By nuaeman on Jul 5, 2010 | Reply
Harap-harap begitulah… terima kasih kerana doakan kami..
[Reply]
By hafizmd on Jul 7, 2010 | Reply
tahniah buat peserta dan penganjur..mmg saye kagum dgn semangat kamu semua..
penat itu bukan halangan bila semangat mengatasi segalanya..:D
hafizmd recently posted..Se’coet’ rezeki dari blogging
[Reply]
By Maliq on Aug 16, 2010 | Reply
tidak mustahil satu hari nanti blogging akan jadi satu career tetap di Malaysia
Maliq recently posted..Sambil Layan SEO Hidup Seorang Blogger- Sambil Kita Buat Pahala Derma Anak Yatim
[Reply]