Bengkel Blogging : Bukan keuntungan yang dikejar tetapi ilmu yang berjaya disampaikan

Alhamdulillah..  rasanya itu kata-kata terbaik selepas aku berjaya mengharungi minggu yang boleh dikatakan begitu padat dengan aktiviti. Seperti yang telah sedia diketahui bahawa pada hujung minggu lalu aku dan shaffik telah menganjurkan satu bengkel yang dinamakan Bengkel Asas Blogging untuk mereka-mereka yang memang tidak ada langsung ilmu tentang blog. Bengkel tersebut dijalankan dari 8.30 pagi hingga 5.30 petang untuk 2 hari berturut-turut manakala pada sebelah malamnya pula aku terlibat dengan perjumpaan bersama pengurus besar Stormreaders yang berlarutan hingga ke tengah malam.

Berkenaan dengan Bengkel Asas Blogging, ianya hampir-hampir dibatalkan oleh sebab lebih separuh daripada mereka yang mendaftar pada awalnya telah mengundurkan diri atas sebab pelbagai alasan. Sehinggalah hanya tinggal 4 orang sahaja yang benar-benar mengesahkan penyertaan. Aku yakin bahawa untuk sesetengah pihak mungkin tak berbaloi untuk membuat kerja 2 hari pada 4 orang peserta sahaja tetapi bagi aku dan Shaffik, objektif utama diadakan bengkel ini ialah untuk menyampaikan ilmu dan berkongsi pengalaman kerana itu kami tetap teruskan cuma lokasinya kami terpaksa ubah ke FMCC yang merupakan tempat dimana FuhyooFM beroperasi.

3 daripada 4 orang peserta yang menyertai bengkel ini adalah mereka yang memang tidak mengetahui selok belok dunia blog jadi itu merupakan satu cabaran bagi kami untuk memberi tunjuk ajar sehingga mereka benar-benar ‘celik blog’ sejurusnya sahaja tamat bengkel pada petang ahad serta telah mempunyai sebuah blog yang diimpikan. Apa yang menariknya kesemua peserta bengkel ini adalah begitu ’sporting’ walaupun semuanya datang dari latar belakang yang berbeza.

Kalau nak cerita soal letih memang letih tetapi apabila melihatkan wajah-wajah puas dikalangan para peserta bengkel semalam segalanya bagaikan terubat. Apa yang diharapkan kesemua mereka dapat mempraktikkan apa yang telah ditunjuk ajar di dalam Bengkel Asas Blogging ini. Ilmu itu tak terhenti disitu.. insya_Allah apa jua maklumat dan peluang akan dikongsikan melalui email. Kepada semua peserta aku doakan mereka berjaya memperolehi apa yang mereka mahukan dari blog.

Bengkel dibuat secara santai oleh sebab peserta hanya 4 orang. Dihujung yang macam professor tu ialah Bro Rio.

“Klik kat sini ye bang..” Mungkin itu yang diperkatakan Shaffik kepada Abang Mohamad ( orang lama ni.. 56 tahun!)

Saudara Khairul begitu tenang menyerap apa yang dicurahkan hari tu. Camne pulak dengan abang Jo kita?

Walaupun 4 orang.. yang penting semua puas!

Bookmark Artikel nih:
  • BlinkList
  • co.mments
  • De.lirio.us
  • del.icio.us
  • Digg
  • Facebook
  • Furl
  • Google
  • Netvouz
  • NewsVine
  • Reddit
  • Smarking
  • Socialogs
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati
  • TwitThis

Related posts:

  1. Sekitar Bengkel + Seminar buat duit dari aktiviti blogging Ahad lalu bersamaan 12 Julai 2009 telah berlangsungnya satu...
  2. Corat-Coret Trip dan Seminar Blogging di Melaka Wah.. masih lagi hangat pasal seminar di Melaka aku nih.....
  3. Allah Lebih Mengetahui… “Camna Mad, Ko rasa nak buat Jugak ke?” tanya...
  4. Walau apapun halangan, blogging tetap akan diteruskan! Terkadang rasanya bagaikan ingin menempik atas apa yang berlaku keatas...
  5. 9 Perkara yang mahu dicapai pada 2010 Lega sungguh rasa hati aku bila kerja-kerja audit penutup tahun...

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

19 Comments

  • At 2010.02.08 17:00, sangilapi said:

    terima kasih cikgu mat dan cikgu shaffik,di atas tunjuk ajar yg mantap semasa bengkel tersebut.

    • At 2010.02.09 11:38, nuaeman said:

      Terima Kasih bang Jo.. moga murah rezeki di rezeki murah ye.. :)

    • At 2010.02.08 17:48, superkhairull said:

      terima kasi sifu mat n sifu shaffik..ilmu dari anda berdua sangat berguna..semoga terus sukses setiap hari

      • At 2010.02.09 11:37, nuaeman said:

        Theme baru tu (superkhairull) chantek banget Khairul..!
        Teruskan update blog dan pelajari ilmu baru..

      • At 2010.02.08 18:38, Abg Rio said:

        Akum,
        Terima kasih kepada kedua dua cikgu yang bagi ilmu tentang blogging..kalau ada kursus lain jangan lupa kami..tahniah dan syabas kedua dua di samping abg rohaizad…walaupun kami org veteran..heheh

        • At 2010.02.09 11:36, nuaeman said:

          Veteran tetapi masih tak putus asa mengejar ilmu.. itu semangat yang patut dipuji.. semoga terus suksess berblog bang ye..

        • At 2010.02.08 22:21, adamfaiz said:

          Wah bro Nuaeman dah jadi cikgu sekarang, Tahniah bro semoga terus berjaya

          • At 2010.02.09 12:04, nuaeman said:

            Terima Kasih AdamFaiz

          • At 2010.02.09 00:16, Shaffik said:

            Wei tukar theme eh…cun tu….

            • At 2010.02.09 11:34, nuaeman said:

              lama sangat mengadap yang lama.. tukar seleralah pulak.. heh

            • At 2010.02.09 02:05, samanosuke_04 said:

              hehehe… ilmu memang kena sampaikan.. hoho, memang tekejut gak aku yang lama2 pun beminat nak blog2! Pasnie blogging nie untuk semua orang laa kot..

              • At 2010.02.09 11:39, nuaeman said:

                Blog dah boleh jadi aktiviti orang pencen..sekarang heh!

              • At 2010.02.09 11:05, hafizmd said:

                Tahniah Bro Nuaeman dan Shafik. Lebih baik mengajar yg sedikit tapi ade daya ‘drive’ ke depan yg tinggi..moge semuanya berjaye yer..ameen

                p/s – theme baru nie..cun betulla..

                • At 2010.02.09 13:55, nuaeman said:

                  Harap begitulah Hafiz…

                  p/s: Theme baru ni tak sengaja dipilih tetapi rasa selesa pulak.. huhu

                • At 2010.02.09 15:34, cyza said:

                  Caya lah sama lu bro…teruskan menyebarkan ilmu…

                  • At 2010.02.11 11:32, nuaeman said:

                    Lepas ni boleh fokus projek kita.. heh

                  • At 2010.02.11 11:19, titan said:

                    hoho..tahniah. bukan senang nak menyampaikan ilmu nih. :)

                    • At 2010.02.12 09:26, dr.aku.la said:

                      semoga terus sukses!

                      • At 2010.02.12 15:44, menj said:

                        Hohoho dah buat bengkel dah? Hebat!

                        (Required)
                        (Required, will not be published)