Buat apa baca al-Quran kalau dah tak faham kandungannya.
Apakah persoalan ini ada terlontar di mulut ataupun dihati kita? Perkara ni pernah menjadi isu satu ketika bilamana bukan sahaja baca al-Quran malah mengaminkan doa pun ada yang tidak mahu atas alasan mereka tak faham isi kandungan bacaan doa kerana ianya berbahasa arab. Jadi sebagai jalan pintas bagi sesetengah orang kita, adalah lebih baik tak payah aminkan doa dan tak payah baca quran. Mudahnya kan? Bukannya nak ambil inisiatif untuk lebih memahami dan mendalami isinya tetapi ditinggalkannya terus.
Tak perlu difikirkanlah siapa tu.. Sekarang, cuba tanya balik diri kita bila pulak kali terakhir kita membaca kitab suci yang diturunkan kepada Rasulullah dan sekelian umatnya. Pagi tadi? Semalam? Minggu Lepas? Bulan Lepas? Tahun Lepas atau ketika belajar mengaji dulu ataupun mungkin juga tak pernah baca langsung? Opss…! Teruk kadangkala memikirkan diri ini. Mengaku beragama Islam, marah bila dikatakan kafir tetapi tugas dan amalan sebagai seorang Islam selalu sangat terlalai. Bukan tak ada petunjuk, saban waktu Allah memperlihatkan kuasanya bagi mereka yang berfikir. Al-Quran..? huh! Surat Khabar, Majalah Ringan dan Blog lagi best. Melakukan blog walking adalah lebih penting dan bernilai dari membaca satu muka surat Al-Quran sehari. Baca dan komen kat blog lebih seronok. Boleh dapat member, dapat backlink, dapat trafik.. kalau Baca Al-Quran kemudian tak faham.. dapat apa??!
Sedihnya aku sebagai hamba tuhan yang kononnya mengaku beriman…
Selingkar Kisah.. aku perolehi dari sebuah Forum Islamik ( aku cuba alihbahasa sebaik mungkin maaf andai ada kesilapan)
Kisah seorang tua berbangsa Amerika yang beragama Islam dengan cucunya. Setiap pagi orang tua ini akan bangun awal pagi lalu duduk di meja dapur membaca Al Quran. Si cucu memerhatikan tingkah laku datuknya dan cuba sedaya upaya mengikut jejak langkahnya. Satu hari si Cucu bertanya ” Atuk, saya cuba membaca Quran sebagaimana yang atuk lakukan tetapi saya tak faham isinya, dan apa yang saya faham akan saya lupa kembali setelah sahaja saya menutup kitab tu”. Si datuk yang dari tadinya memasukkan arang ke dalam dapur mula menjawab ” Ambil bakul arang ni, pergi ke muara sungai dan bawa balik sebakul air”
Si cucu melakukan apa yang disuruh tetapi semua air telah terkeluar sebelum dia sempat sampai ke rumah. Si datuk ketawa sambil berkata ” Kamu sepatutnya perlu lebih pantas ” lalu mengarahkan cucunya melakukan sekali lagi. Maka kali ini si cucu berlari lebih pantas tetapi keputusannya tetap sama dimana dia hanya membawa balik bakul kosong. Dalam keadaan tercungap dia memberitahu datuknya adalah mustahil untuk membawa air dengan bakul lalu bercadang untuk ditukar dengan baldi. Si datuk bersuara ” Atuk tak mahu sebaldi air tetapi sebakul air, kamu tak melakukannya dengan bersungguh” dan beliau keluar ke pintu untuk melihat cucunya terus mencuba. Tika ini, si cucu tahu ianya satu perkara mustahil tetapi dia mahu datuknya menyaksikan sendiri walaupun dia berlari cukup laju bakul tersebut tetap akan kosong setelah sampai sahaja kerumah mereka. Sekali lagi si cucu melakukan perkara yang sama tetapi sesampai sahaja kepada datuknya hasilnya tak berubah.
Dalam keadaan tercungap, si cucu berkata “Lihat Atuk, ianya tak berguna”" Apakah atuk fikir cara ini berguna” Si datuk bersuara ” Cuba tengok bakul tu” dan buat kali pertama sicucu ini menyaksikan bakul arang itu sudah berubah. Berlakunya satu transformasi dari sebuah bakul arang yang kotor kini telah bersih diluar dan dalam. “Cucuku.., itulah yang berlaku tika kita membaca Al-Quran, mungkin saja kamu tak memahami dan mengingati isi kandungannya, tetapi setelah kamu membacanya, kamu juga akan turut berubah, luar dan dalam. Itu anugerah Allah dalam kehidupan kita“
Aku harap perkongsian ini dapat memberikan sesuatu.. buat semua dan lebih penting diri aku yang kerap lalai dan lupa..
Blog untuk anda berkongsi ilmu, idea, tips, dan juga pengalaman. Have fun!!







